h

Warga 69

Monday, January 31, 2011

Seronok Sangat !!! Padan Muka

Amin datang menemui dua orang sahabat baiknya Bakar dan Husin yang sedang melepak dengan kaki yang berbalut simen. Ini kerana dia baru sahaja mengalami kemalangan motosikal

Bakar: (Sambil ketawa tanpa simpati). Amin, lawanya 'stokin' kau. Beli kat mana? Hahaha...
Husin: (Turut ketawakan Amin). Yela, Besar lak tuh. Boleh masuk 2 kaki sekali. Kahkahkah...
Amin: (Dengan muka sedih). Aku jatuh motor lah.
Bakar: Tu la... Kalau dah tahu kaki tu pendek tak payah lah gatal nak bawa motor.. Hahaha... (Masih lagi gelakkan Amin)
Amin: Tapi, aku jatuh pakai motor kau, Bakar...
Bakar: Tidak!!!.. TZM aku.. Kau kejam, Amin. (Dah menangis..)

Melihat kan keadaan itu semakin kuat pula si Husin ketawakan kedua-duanya.

Amin: Lepas tu pulak kan...
Husin: Ha ah.. ( sambil gelak...)
Amin: Aku terlanggar pulak awek kau, Rosnah. Sekarang tengah ICU kat hospital.
Husin: Tidak!!!... Awek aku..( Kali ini dia ni pula menangis..)

Moral: Jangan gelakkan orang.

Credit:
www.wanitakini.org/

Sunday, January 30, 2011

Keputusan Liga Super 2011 Perlawanan 1

  • SELANGOR 0 KELANTAN 2
  • KEDAH 0 T-TEAM O
  • N.SEMBILAN 1 HARIMAU MUDA A 0
  • K.LUMPUR 1 PERAK 1
  • PAHANG 3 PERLIS 1
  • TERENGGANU 0 SABAH 0
  • JOHOR FC 0 FELDA UNITED O
Kedudukan Terkini LigaSuper 2011 (29/1/2011)

Kedudukan Terkini
1 Pahang
2 Kelantan
3 Negeri Sembilan
4 Kuala Lumpur
5 Perak
6 Terengganu
7 Johor FC
8 Kedah
9 Sabah
10 Felda United
11 T-Team
12 Harimau Muda
13 Selangor
14 Perlis





Kelantan Juara Piala Sumbangsih

KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.

Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.

“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.

Credit:Kosmo

Saturday, January 29, 2011

Pemain Pasukan Kedah 2011


Skuad Kedah 2011.. Penjaga Gawang :
  • Helmi Eliza Elias
  • Mohd Hadi Abd Hamid
  • Mohd Al Hafiz Hamzah
Pertahanan :
  • Azmi muslim
  • Shafizan hashim
  • Thirumurugan
  • Fazliata taib
  • Shahril Faizal
  • Sabree Abu.
  • Khairul Helmi Johari.
Tengah dan Penyerang :
  • Fauzi Shaari
  • Badrol Bakhtiar
  • Aminuddin Azmi
  • Wan Asraf Wan Ali
  • Khyril Muhymeen
  • Azlan ismail
  • Faizal Abu Bakar
  • Azlan Ismail
  • Fauzi Nan
  • Amar Rohidan
  • Firdaus Faudzi
  • Shakir Ali
Credit : http://wavewsa.blogspot.com/

Masuk:

Kedah
  • Amar Rohidan (Perlis)
  • Mohd Fauzi Nan (Perlis)
  • Firdaus faudzi (Terengganu)

Jom Tengok Pemandangan Indah

Berani x lalu atas duduk kat atas jambatan tu tengok pemandangan....Syarat2 pengunjung nak masuk :- tiada sakit jantung, tiada darah tingi, tiada heightrofobia dan masih bujang ni kalau jatuh mau bercerai tubuh....sebelum naik tu bawak mengucap siap2 ok

Tandas Terbaik Dari Ladang

Hahaha rupa ada,siap berfesyen lagi tapi kalau dah x tahan sanggat kat mana pon jadi nak lepas hajat tu....hahaha nie x silap kisah 69 kat indonesia la kot...hehehe x kan kat malaysia pulak kan..hahaha macam gini punya jamban pon ada jugak...siap terbukak kat atas...tepi ja tutup...kalau orang diri comfirm nampak kan....

Asal Usur Perkataan Electrick

Orang Melayu dikatakan mengambil perkataan ELEKTRIK daripada perkataan Inggeris yang juga ELECTRIC. Tetapi yang sebenarnya, ELECTRIC itu diambil dari perkataan Melayu campur Inggeris.

Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.

"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )

Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang

Credit:http://www.yynr.org/

Friday, January 28, 2011

Pantun Negeri-Negeri

Kelantan
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan
Masak lomak cili api
Campo dongan! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri

Selangor/K.Lumpur
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai

Kedah
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau

Penang
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepas raya usah dok triak
Kalu ceti mai ikut dapoq

Perlis
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang

Thursday, January 27, 2011

Tahukah Anda Part 2

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.


4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

15. Tahukah Anda....... tahukah anda.......... tahukah anda..........
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Credit:http://www.yynr.org/

Wednesday, January 26, 2011

Ahmad Dhani Pengetua AF9

PERSOALAN masih belum terjawab membabitkan desas-desus pemilihan pengetua dan pengacara bagi rancangan realiti TV popular Akademi Fantasia musim sembilan (AF9).

Sebelum ini angin bertiup kencang menyatakan komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa bakal menjadi pengetua.


Namun menurut sumber dari seberang, Erwin awal-awal lagi menyangkal perkara itu dengan mengatakan tidak pernah menerima apa-apa tawaran daripada produksi AF9. Malah dia tidak berminat untuk menjayakannya.

Satu lagi nama disebut-sebut, ketua kumpulan Dewa iaitu Ahmad Dhani. Menurut sumber dalaman, kehadiran pencipta lagu dan penyanyi itu ke Malaysia baru-baru ini bagi menjayakan rancangan akhir Tari Menari dan Konsert Ria 2010, sebenarnya turut berserta dengan perbincangan bagi menyuntingnya menjadi pengetua. Begitupun pengesahan belum diperoleh. Sewaktu sidang akhbar pertama rancangan itu diadakan baru-baru ini, pihak pengurusan Astro Ria mengambil tindakan 'tutup mulut' dan memberikan jawapan secara rawak tanpa menjurus kepada mana-mana individu.

Soalan Temuduga SPA Yang Paling Popular

1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?

2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?

5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?

6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?

7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?

8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?

9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?

10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?

11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?

12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?

13. Mengapa anda memohon jawatan ini?

14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?

15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?

Lain-lain info terbaik, tip-tip dan panduan kerjaya atau temuduga boleh anda baca di Blog Tips Kerjaya.

Credit:http://rahsianiaga.wordpress.com/

Tuesday, January 25, 2011

Ragam Kahwin

Apa pendapat mereka-mereka yang dah kawin? Betul ke tak ayat-ayat cinta nie?

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha



Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..


Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…

Credit:http://www.carigold.com/

Monday, January 24, 2011

Kisah Temuduga

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya.
Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.

Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang

calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga.

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun

mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza,
calon
yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"


Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas

sekali?", tanya CEO tersebut.



Calon pertama berkata,

"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari"

"Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua.

"KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua.

"Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga.

"Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun

bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga.

"Jawapan yang terhebat setakat ni. Bagaimana pula dengan kamu?"
CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan

calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan

jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon

keempat dengan yakin sekali.

"Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana

kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan

jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa

sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... ....."

Credit:http://www.carigold.com/

Sunday, January 23, 2011

Fakta Pemain Bola Sepak Yang Anda Perlu Tahu

Entry kali ini adalah fakta2 merapu yang kisah 69 jumpa dekat Website
http://www.yynr.org/...Fakta2 ini adalah tentang pemain bola sepak kebangaan korang...korang semua perlu tahu...fakta tentang mereka...jom baca


Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England

Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal

Jom Baca Lagi

Gadis LRT Yang Sengal

Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda itu bangun, namun belum sempat pemuda itu
berkata apa apa, gadis cantik itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata, "Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan penuh kehairanan.
Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit,
"Woii cik kak !! Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa punya perasan lah dia ni?!!!"

Credit:www.topix.com/

Soal Jawab Shin Chan Dan Guru


Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.

 Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kankelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, iahanya lah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Credit:http://ekawan.com/

Saturday, January 22, 2011

Sinopsis No One Killed Jessica

Bahasa: Hindi

Klasifikasi: Umum

Genre: Thriller

Tarikh Tayangan: 7 Januari 2011

Durasi: 2 Jam 35 Minit

Pelakon: Rani Mukherji, Vidya Balan, Mohammed Zeeshan Ayyub

Pengarah: Rajkumar Gupta

IA mengisahkan mengenai Jessica, seorang model yang ditembak mati pada satu majlis selebriti. Pembunuhannya dikatakan kerana dia enggan menghidangkan minuman setelah tamat waktu perniagaannya. Pembunuh tersebut, Manu Sharma merupakan anak kepada seorang ahli politik terkenal melakukan kesalahan tersebut ketika sedang mabuk dan marah dengan keengganan Jessica.

Walaupun 300 orang menjadi saksi tetapi tiada yang melaporkan kejadian tersebut. Selepas kejadian itu, kakak Jessica, Sabrina dan seorang wartawan TV, Meera yang mula menyiasat. mengenai insiden tersebut. Adakah mereka mampu menuntut bela?


Pakaian Ala2 Lady Gaga

Gambar kat bawah nie menunjukkan minah salleh yang terpengaruh dengan pakaain lady gaga..apa la nak jadi buat malu diri sendiri saja...harap2 kat malaysia x dak orang yang macam nie...

Logo Baru Liga Malaysia

REKA bentuk logo baru saingan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 hanya akan didedahkan secara rasmi pada Rabu ini, tiga hari sebelum sepak mula Liga Super pada Sabtu depan.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa yang juga Pengerusi Malaysia Super League Sdn. Bhd. (MSL) berkata, pelancaran logo itu akan dibuat ketika sesi taklimat pasukan berlangsung, Rabu ini.

"Pada 26 Januari ini (Rabu) kita akan adakan satu perjumpaan dengan wakil semua pasukan bertanding dalam Liga Super dan Liga Perdana untuk sesi taklimat berhubung peraturan dan perjalanan Liga M musim ini.

"Logo baru Liga Super dan Liga Perdana juga akan kita perkenalkan pada hari tersebut. Saya rasa masih sempat untuk setiap pasukan tampal terus patch logo tersebut di jersi masing-masing," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ditanya tentang beberapa contoh reka bentuk dikatakan logo baru Liga M 2011 yang tersebar di laman sosial Facebook dan laman web kelab-kelab penyokong bola sepak tempatan sejak beberapa minggu lalu, Annuar berkata, ia merupakan antara reka bentuk cadangan.

"Memang ia merupakan antara sample logo untuk kita muktamadkan. Kita juga melihat reaksi dan komen peminat tentang logo-logo tersebut. Apa pun logo rasmi yang dipilih akan didedahkan Rabu ini.

"Tentang siapa pula title sponsor untuk Liga M 2011, itu terpulang kepada Astro untuk mengumumkannya," jelas Annuar.

Astro menjadi rakan penaja baru Liga M selama empat musim dari 2011 hingga 2014 menggantikan Telekom Malaysia Berhad (TM), penaja utama Liga M selama tujuh musim dari 2004 hingga 2010.

Bagaimanapun kontrak FAM bersama TM hanya akan berakhir pada Rabu ini dan atas sebab itulah FAM hanya boleh mengumumkan title sponsor baru selepas tarikh tersebut.

Saingan Liga Super bermula 29 Januari ini dengan tujuh perlawanan menyaksikan Selangor bertemu Kelantan di Shah Alam, Terengganu bertemu Sabah, Kuala Lumpur bertemu Perak, Johor FC bertemu Felda United, Kedah bertemu T-Team, Negeri Sembilan bertemu Harimau Muda A dan Pahang bertemu Perlis.

Liga Perdana pula bermula 31 Januari membabitkan lima perlawanan iaitu USM bertemu PDRM, ATM bertemu MP Muar, PKNS bertemu Sime Darby, Johor bertemu Pos Malaysia dan Pulau Pinang bertemu Sarawak manakala aksi Harimau Muda B bertemu SDM Navy berlangsung sehari selepas itu.

Credit:kosmo

Friday, January 21, 2011

Zaquan Dan Ayu Raudhah Selamat Diijabkabul

Pelakon popular, Ayu Raudhah Che Wan dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan, di sini hari ini.

Ayu, 27, dan Zaquan, 24, dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jamil dalam satu majlis di masjid itu di sini pada pukul 3.30 petang.

Pada majlis itu, Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31.

Zaquan yang juga pemain skuad Negeri Sembilan melafazkan akad nikah dengan sekali lafaz sebelum menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan kemudian diikuti dengan acara menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai RM1,888 dan menyarung cincin ikatan pernikahan dan acara membatalkan air sembahyang.

Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat; ibu bapa Zaquan, Abd. Razak Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.

Majlis persandingan mempelai akan berlangsung malam di rumah pengantin perempuan di Taman Mawar di sini bermula pukul 8 malam yang dijangka dihadiri lebih 1,000 jemputan termasuk rakan artis dan pemain bola sepak negara. Credit:Utusan

Facebook Versi Kelantan

Klik Gambar Di Atas Untuk Besarkan

Ceria Huruf P

Cerita dari jiran jauh:

"Paklong Punya Pasal, Pagi-Pagi Pakngah Pergi Pasar. Paklong Pesan Pulut Panggang. Parking Pulak Punyalah Payah. Pakngah Pun Pelik, Pasal Pulak Pagi-Pagi Payah Parking. Pakngah Pun Pusing-Pusing Perhati Parking. Pusing Punya Pusing, Pakngah Pun Pening. Penyudahnya Pakngah Parking Pinggir Parit.

Pening-Pening Pun Perut Pakngah Perlu Penuh. Pakngah Pun Pergilah Pekena Pasembor. Pasembor Pulak Punyalah Pedas. Pergh ! Pedas-Pedas Pun Pakngh Pulun. Pakngah Pulun Pelan-Pelan Pasal Pedas. Pastu Pakngah Pun Pulang.

Pakngah Pulang Punyalah Panas. Pakngah Pun Pasang Penyejuk. Pasang Penyejuk Pun Panas. Pakngah Pun Pelik Pasal Pulak Panas. Pakngah Pun Periksa Penyejuk. Patutlah Panas, Penyejuknya Palsu. Pakngah Pun Pergi Pulangkan Penyejuk Pada Peniaga. Pokemon Punya Peniaga!

Pikir Punya Pikir Pakngah Putuskan Pelihara Puyu. Pakngah Perlukan Peruntukan. Permohonan Peruntukan Pulak Punyalah Panjang Prosesnya. Prosedurnya Pun Payah. Pagi Petang Pakngah Panjat Pejabat Pegawai Perikanan. Pakngah Pun Pedap. Penyudahnya Pakngah Pinjam Paklong .

Pinjam Paklong Pun Paedahnya Pat Persen. Pat Persen Pun, Pat Persenlah. Puyu Punya Pasal, Pedulilah. Projek Pelihara Puyu Perlukan Pondok. Pakngah Pun Perbaiki Pondok Pakngah. Pakngah Paku Papan ... Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang Pung Pang .....

Pengetuk Paku Pulak Patah Patah. Pedulikan Pasal Pengetuk Paku Patah. Pikir Pulak Pasal Perkara-Perkara Penting. Pasal Pimpinan PM, Pasal Pilihanraya, Pasal Pembangunan, Pasal Perpaduan, Pasal Pendidikan, Pasal Perundangan, Pasal Perjalanan Parlimen, Pasal Perairan, Pasal Palestin, Pasal Peluang Perniagaan Pabila Puasa ... Pup .... Pelita Padam !

Penamat"

Credit:carigold.com/

Thursday, January 20, 2011

Fazura Bakal Bertudung

RUPA paras jelita yang dimiliki aktres Nur Fazura Sharifuddin serta profil sebagai pelakon yang berjaya menjadikan Fazura buruan ramai lelaki termasuk mereka yang berpangkat dan berkedudukan tinggi.

Desas-desus kononnya bintang filem Gol dan Gincu itu sedang bercinta dengan seorang anak orang kenamaan di selatan tanah air enggan dijawabnya ketika ditemui pada majlis Green Cheongsam Showcase yang berlangsung di The Weld, Kuala Lumpur baru-baru ini. Dia sekadar membiarkan persoalan itu tergantung dengan jawapan: "No comment."

Bagaimanapun, akui Fazura hatinya kini sedang berbunga cinta dan perasaan bahagia menyelubungi hidupnya. Cinta yang wujud menyebabkan dia melalui hari-harinya dengan indah.

"Sekarang saya gembira dengan kerja dan kehidupan. Cinta menjadikan saya bahagia dan berada di puncak kehidupan. Saya memang sedang bahagia dengan seseorang tetapi saya belum ada sebarang pengumuman penting untuk dibuat," ujarnya

Aktres berusia 27 tahun itu menegaskan meskipun dia mempunyai hubungan yang serius tetapi belum ada sebarang perancangan untuk berkahwin. Tambahnya, dia seorang yang tidak memilih jodoh, semuanya terpulang kepada ketentuan Ilahi.

"Kalau ada jodoh saya kahwin, siapa yang tidak mahu kahwin dan jadi anak dara tua. Saya bukan jenis memilih orang kaya atau berstatus, cukuplah orang itu suka saya seadanya kerana jodoh itu kerja Allah.

"Ada juga orang yang kahwin tetapi tidak gembira ataupun kahwin tidak lama kemudian bercerai. Saya tidak mahu jadi sebegitu atau berkahwin kerana paksaan orang sekeliling. Kalau saya berkahwin dengan lelaki kaya sekali pun saya akan menyediakan diri dengan memiliki empayar perniagaan sendiri sebelum berkahwin.

"Jadi orang tidak boleh cakap yang saya makan duit suami sahaja kerana saya juga boleh buat duit dengan usaha sendiri walaupun tugas suami menyediakan semua keperluan isteri. Saya sudah biasa berdikari kerana telah bekerja sejak berusia 17 tahun, saya tidak mahu bergantung kepada lelaki seratus peratus," kata anak kelahiran Pekan, Pahang ini lagi.

Tegasnya, dia telah meletakkan had dalam kerjaya. Andai dia menjadi isteri, secara automatik dia akan bersara daripada dunia lakonan dan memberi tumpuan kepada keluarga. Itu juga janji yang dibuat kepada ibunya.


TERUJAuntuk ke Mekah buat kali kedua pada Februari depan.

Menunggu Kematian

Seorang Lelaki tua memasuki bilik doktor untuk pemeriksaan fizikal tahunan. Setelah beberapa minit, doktor keluar dan berkata, "Harun, aku minta maaf, tapi kami mendapati anda menghadapi keadaan yang hanya memungkinkan anda untuk hidup 6 minggu sahaja lagi.

"Tapi Doktor," Harun menjawab, "Saya merasa sihat, saya tak merasa lebih baik dari tahun ini... Hal ini tidak mungkin benar. Apakah tidak ada yang boleh saya lakukan?"

Setelah beberapa saat, doktor berkata, "Ya, anda mungkin boleh ke spa kesihatan yang baru di hujung jalan ini dan mandi lumpur setiap hari".

Harun bersemangat bertanya, "Dan itu akan menyembuhkan saya?"

"Tidak," jawab doktor, "tapi itu akan membuatkan anda terbiasa dengan tanah."

Credit:www.agent234.com/

Wednesday, January 19, 2011

Vokalis Sweet September Meninggal Dunia

Penyanyi utama kumpulan Sweet September, Antonio Vincent,57, yang popular pada era 70-an meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Bungah, Pulau Pinang dipercayai akibat sakit jantung.Antonio yang popular dengan lagu Hatiku Kau Guris Luka dan Nak Kahwin Duit Tak Ada ditemui mati oleh isterinya, Annie Ooi kira-kira pukul 4.05 petang, Selasa, di dalam bilik air rumah mereka.

Menurut Annie, dia mengesyaki sesuatu yang tidak kena terhadap suaminya apabila mendiang berada terlalu lama di dalam bilik air selain tidak menjawab sahutannya.

“Saya mengesyaki dia mungkin tergelincir atau menghadapi serangan jantung”

Majlis pengebumian dijangka akan di adakan di Tanjung Bungah, Rabu.

Credit:http://myartismelayu.net/

Berebut Duit Syiling Di Jalan Raya

SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Saturday, January 15, 2011

Pemain Pasukan Kelantan 2011

Senarai Pemain Kelantan Musim 2011

1. Khairul Fahmi Che Mat (GK)
2. Sharizan Ismail (GK)
3. Judtanna Eh Put (GK)
4. S. Subramaniam
5. Farisham Ismail
6. Rizal Fahmi Rosid
7. Daudsu Jamludin
8. Zairul Fitree Ishak
9. Zamri Ramli
10. Mohammad Abdul Aziz Ismail (NEW)
11. Wan Rohaimi Wan Ismail (NEW)
12. Mohd Badri Radzi (C)
13. Shakir Shaari
14. Khairan Eroza Razali
15. Wan Zaman Mustapha
16. Zulyusri Che Haron
17. S. Chanturu
18. Solehin Kanasian Abdullah @ K.Soley (NEW)
19. Nurul Azwan Roya (NEW)
20. Danial Fadly Abdullah @ Wirat Nom(NEW)
21. Khairan Ezuan Razali (NEW)
22. Norshahrul Idlan Talaha
23. Ramzul Zahini Adnan
24. Nizab Ayub
25. Khalid Jamlus (NEW)
26. Nicholas Chan (NEW from Cardiff City)

Credit:http://www.ar-rifke.com/

Friday, January 14, 2011

Cemburu Buta

Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak berkredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di site.

Selepes si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya.

Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi".

Credit:www.wangcyber.com/forum/archive/t-5492.html

Thursday, January 13, 2011

Barang Terbaik Di Mudah.Com

Heheheh kat mudah.com tempat cari barang2 secondhand yang murah sekarang orang pon ada jual jugak hahaha pelik betoi...nie mesti kes naya kawan punya....hehehehe kecian...

Wednesday, January 12, 2011

Jersi Pasukan Sarawak

Jersi pasukan sarawak...hebat dan menarik jersi sarawak untuk tahun ini kalau kita lihat betoi2...jersi home macam Ac Milan dan jersi Away macam Inter Milan...hehehe...

Suami Isteri Bertengkar


Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "

Credit:http://reocities.com/

Tuesday, January 11, 2011

Bodoh Atau Bingai?


Zack : "Apa yang engkau bawa tu?"

Hakim: "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalau tekaanmu tepat.. kesemua dua ekor ayam yang aku bawa ini akan aku kasi pada mu!"

Zack: "Emmmm.. tiga kot..?"

Credit:http://bicaracinta.net/

Memang bingai sungguh Zack nie...bodoh tu cuba la simpan2 sikit...dah sah2 hakim tu kata kesemua 2 ekor ayam...huhuhu...bengap punya Zack

Monday, January 10, 2011

Kawan Makan Kawan

Pada Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yang cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ni! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Maka panglima dan tenteranya pun memulakan perjalanan ke medan perang.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah, kelihatan dari kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan panglima dan tenteranya itu.

Setelah hampir, barulah panglima mengenalinya – dia ialah rakan yang cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf… panglima bagi kunci yg salah!!

Panglima:Mujurlah kita masih dapar berjumpa...

Credit:http://true-mechanic.blogspot.com/

Perbezaan Lelaki Dan Perempuan Bila Tengok Cermin

Nak kongsi sikit perkara yang korang mungkin x perasan...sebenarnya benda nie memang betol2 jadi kat dunia sekarang nie...ok..nak tahu x beza laki dan perempuan bila tengok cermin...ok kita mula dengan lelaki dulu...lelaki bila tengok cermin...lelaki tu misal nya x beberapa handsome mesti dia tengok gambar kat cermin dia kelihatan handsome...smart,bergaya,macam2 la...kalau perempuan pulak...dah cantik,kurus,menawan bila tengok kat cermin dia lihat diri dia macam orang gemuk..sini x kena...sana x kena...macam2 ada.>>!

Sunday, January 9, 2011

Keputusan Anugerah Juara Lagu Ke 25

KU ADA KAMU demi SOFEA JANE aku sanggup BERLARI pantas MENCARI KONKLUSI yang EXTRAVAGANZA tetapi TOLONG INGATKAN AKU supaya tidak HANYUT dek perkara JAHAT yg akan memusnahkan NOKTAH CINTA kita supaya kasih CINTA SEMPURNA DRAMA KING kita tidak seperti KEBAHAGIAN DALAM PERPISAHAN
Juara AJL 25 (trofi & wang tunai RM35,000)- Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku
Naib Juara (trofi & wang tunai RM15,000)- Meet Uncle Hussain& Black
- Drama King
Tempat Ketiga (trofi & wang tunai RM12,000)- Hafiz - Noktah Cinta
Persembahan terbaik (trofi & wang tunai RM10,000) - Faizal Tahir - Hanyut
Vokal terbaik (trofi & wang tunai RM10,000)- Hafiz - Noktah Cinta

Juara Anugerah Juara Lagu Dari Zaman-Berzaman

Entry kali ini khas untuk warga 69..kisah 69 akan berkongsi dengan korang tentang Juara Anugerah Juara Lagu Dari Zaman-Berzaman...mesti korang dah lupakan sapa juara first,second dan lain2 la..korang mesti ingat yang baru-baru nie punya pemenang ja kan...tahun 2009 aizat juara...jom kita imbas juara dulu2 jom2....

Francesca Peter - Sekadar di Pinggiran

Zaiton Sameon - Menaruh Harapan
Ramlah Ram - Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu
Kumpulan Search - Isabella

Jom Baca Lagi

Kerusi Duduk Berbayar

Hahaha memang jarang dan x pernah ada kat malaysia...pelik tapi benar,kita sepatutnya kita patut bersyukur kat malaysia bila jalan2 kat taman or mana tempat riadah mesti ada tempat duduk atau bangku la...boleh la kita rest sat letih berjalan betoi kan...nie hah kat negara orang lain nak duduk pon kena bayar kot...hahaha kesian...punya la berkira sampai nak bagi duduk pon kena bayar...sapa2 yang nak duduk kat kerusi tu kena bayaq dulu...masukkan duit syiling kat dalam mesin tu pastu...automatik paku kat kerusi tu hilang...hahaha..yang kisah 69 x leh tahan...kalau tempoh masa tu dah nak habis dah...kerusi tu akan beri amaran dan bunyi...masa tu korang pandai2 la mangkit ok...!!!


Jom Baca Lagi