h

Warga 69

Saturday, April 30, 2011

Ajaibnya Kucing Nie

Ajaib-ajaib,gambar kat bawah nie menunjukkan seekor kucing yang sanggat comel dan mempunyai kaler mata yang berlainan,mata sebelah kiri kaler brown dan sebelah kanan kaler biru.Orang dan binatang jugak terdapat perkara ajaib nie,ia di gelar Heterochromia.

Jom saksikan gambar luar biasa ini!

Monday, April 25, 2011

Facebook Atau Usopbook ?

Facebook Atau Usopbook? anda plih yang mana...?mana lagi hebat? sejak gambar hantu kak limah balik rumah nama usop wilca semakin popular,sehingga Mark Zuckerberg pon nak tukaq nama facebook ke usopbook hehehe.

Sunday, April 24, 2011

Lelaki Misteri Di Kaca Tv

LONDON - Seorang lelaki tempatan, Paul Yarrow menjadi topik sensasi di Internet selepas dia kerap muncul di belakang wartawan penyiaran yang membuat lintas langsung siaran berita televisyen di sekitar London sejak setahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia yang berasal dari Bermondsey di selatan London dan pernah berkhidmat sebagai pengiring keselamatan Kementerian Pertahanan tampil dengan berpakaian baju sejuk tanpa kolar berwarna cerah.

Sebuah laman web fidgetwith.com menyenaraikan kemunculan Yarrow di beberapa lokasi berbeza termasuk ketika siaran langsung mengenai protes kapal bantuan kemanusiaan Gaza di sini pada 31 Mei lalu melalui stesen Perbadanan Penyiaran British.

Pada 16 Julai lalu, Yarrow kelihatan berdiri dan memandang ke arah kamera dan memegang sebuah telefon bimbit seperti sedang berbual di sini.






Lovepolice
220710-2
Mysteryman8
Famous_for_15_seconds_7
190710-1
http://img.metro.co.uk/i/pix/2010/07/29/article-1280396227668-0A9CBF59000005DC-504524_636x366.jpg
http://resources2.news.com.au/images/2010/07/30/1225898/732090-paul-yarrow.jpg

memang gila la mat salleh misteri nie....kat mana saja berita mesti dia ada...apa dia punya motif pun aku tak tau la....siap kaleh muka kat kamera pulak..hahahhaha kadang2 aku tengok dia dah macam patung kuning macam iklan digi ja

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6uHJq-R_LUbD_01Edoty569h82qE15eMUsKLtK70-Ow53p445JjxkEibHe72QwmwmgTFXLCJ1uuo6YVuS6Rntjlvlcqrv6pPc0rsJpTJ7HsdQNjNcdEwgUgxGAtv1k3PBDGUEZjcZOuo/s400/digi-yellowman-300x300.jpg
Ku bersamamu....

Habuan 1 Ribu

Hebat-hebat! tawaran istimewa bagi sesiapa yang dapat menjumpai anjing nie...! tuan dia akan menghadiahkan 1 ribu ringgit kalau kita dapat anjing nie...wow sayang betul tuan dia nie kat anjing sampai sanggup bagi hubuan sampai nilai ribu!!

Tuesday, April 19, 2011

Ini gambar siapa?

Seorang wanita telah mengajak teman lelakinya ke rumahnya supaya dapat berdua-duaan di malam minggu. Jadi teman lelakinya bersetuju. Tau-tau sajalah apa yang dia orang buat di malam minggu tu berdua-duaan di dalam bilik wanita tu..... kira malam minggu tu milik dia oranglah. Selepas selesai melakukan adengan yang dicensoredkan, si lelaki ni pun berehat sambil mengambil rokoknya tapi mancis takder.

Bertanyalah si lelaki ni kepada teman wanitanya; "Darling! ada mancis tak?". Ada kat dalam laci sebelah katil tu", jawab si wanita tu. Masa buka laci tu,terpandanglah si lelaki tu sebuah potret lelaki di dalam laci tu. Bertanyalah si lelaki tu pada teman wanitanya; "Gambar siapa ni yang? Gambar suami sayang ker? "Bukan" jawab si wanita tu. "Kalau bukan gambar suami sayang, gambar tunang sayang ker?", "Bukan jugak" jawab wanita tu lagi. "Kalau bukan jugak, habis gambar ni gambar siapa?" tanya silelaki tu untuk mendapat penjelasan lanjut "Yanggg! Gambar tu adalah gambar saya sebelum saya menjalani pembedahan jantina" jawab si wanita tu dengan penuh manja.

AAAaaaawwWW?

Credit:http://gelihati.blogspot.com/

Cabut Gigi

Pada satu hari, seorang pemuda pergi berjumpa doktor gigi. Nama dia Syakirin.
Syakirin: "Selamat pagi doktor".
Doktor : "Selamat pagi, ha duduk!"
Syakirin: "Doktor, berapa harga nak cabut sebatang gigi".
Doktor : "Sebatang RM120 sahaja!"
Syakirin: "Tak der yang murah lagi ker doktor?"
Doktor : "Kalau nak murah, cabut guna playa RM50 saja! nak ker?"
Syakirin : "Masih mahal lagi doktor! ada tak yang paling murah?"
Doktor : "Ada! Apa kata saya suruh anak buah saya yang cabut, cuma RM20 saja!".
Syakirin : "Cantik doktor!! terima kasih! okey bubuh nama bos saya untuk rawatan esok!."

Credit:http://gelihati.blogspot.com/

Monday, April 18, 2011

Binatang

"I percaye sume lelaki same saje. Mereke adalah buaye-buaye ganas yang zalim,buas dan mementingkan nafsu sendiri. Wanita bagi mereke hanyelah bahan mainan..." kate seorang gadis pade kekasihnye dengan penuh semangat.
"Takkan I pun u anggap begitu?"tanye kekasihnye.
"Ye..u juge buaye macam lelaki lain!"tegas si gadis.
"Kalu i buaye, kenape u masih mendekati diri i???"
Dengan selambe si gadis menjawab"pasal I suke pade sume jenis binatang..."

Credit:http://gelihati.blogspot.com/

Saturday, April 16, 2011

Wasiat Nenek

Setelah sekian lama di perantauan akhirnya Rahmat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.

Nenek : "Rahmat, nenek sudah tidak kuat lagi, nenek minta kamu sambung mengusahakan kebun nenek..."

Rahmat : "Jangan cakap macam tu, nek..." (dalam hati, tak sia-sia aku balik kampung... dapat pulak harta pusaka nenek).

Nenek : "Segala isi perkebunan, ternakan, villa, traktor untuk kamu. Tolong jaga baik-baik, jangan lupa disiram tiap hari tanaman nenek."

Rahmat : "Baik nek, nenek jangan bimbang tentang hal itu... Tapi dimana kebun nenek? Rahmat tidak pernah tahu?"

Nenek : "Di Facebook nenek, FARMVILLE, nanti nenek bagi tau passwordnya."

Rahmat : "?????"

Credit:http://gelihati.blogspot.com/

Monday, April 11, 2011

Wanita Yang Mempunyai Kaki Terbesar Di Dunia

Mandy Sellar 34 tahun seorang wanita british,wanita ini mempunyai penyakit sindroma proteus
iaitu kaki wanita ini akan bertumbuh dan akan membesar.Mandy Sellar telah menangung 34 tahun penyakit ini...size kakinya sekarang berat 70 kg dengan ukuran panjang 41 cm, diameter telapak kakinya 89 cm, dan 71 cm pada bagian atas.Sindroma ini sangat jarang ditemui. Tercatat hanya 120 orang yang menderita penyakit ini..Pada rancangan ‘The Tyra Show’, Mandy mengatakan pada Tyra Banks bahawa dia menghabiskan US$3.800 untuk memesan kasut. Kasut tersebut mengambil masa 6 bulan untuk menyiapkan .


Jom Baca Lagi

Saturday, April 9, 2011

Khasiat Pisang Yang Perlu Anda Tahu

Entry nie 100% copy dari blog anizyn.Kisah 69 copy nie untuk warga 69 tahu tentang khasiat pisang nie,pisang sebenarnya adalah buah-buahan yang paling berkhasiat dalam dunia...macam-macam khasiat sebenarnya ada dalam pisang! salah satunya jom kita baca

Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.

Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.

Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.

Ketua Diatetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata seperti yang kita tahu, semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda.

"Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau berkata, pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.

"Sebagai contoh, 2 biji pisang emas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium," katanya.

Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.

Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.

Daun pisang

# Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.

# Digunakan sebagai pelindung hujan

# Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.

# Batang pisang

# Digunakan untuk membuat rakit.

# Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.

Buah pisang

# Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.

Jantung pisang

# Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.

Khasiat pisang dari sudut kesihatan

# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

INFO

# Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.

# Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.

# Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.

# Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga.

Oleh Hidayah Mohammad

Wednesday, April 6, 2011

ISTERI KU SEORANG JANTE GHUPENYE!

Walaupun cerita nih hot kelmarin, tapi kisah69 still kongsikan dengan warga69...jgn perkara macam ni berlaku atau 'ter'berlaku kat Malaysia sudah lah....ngapain Frans lu tipu gue!..huk2


Frans lu tipu, tipu gue lagi!..huk2

wajah2 pembohongan Fransiska Anatasya Octaviany (susah nak akad nikah nih nama mcm nih!)

Selepas 6 bulan Nikah, Baru Tahu Isteri Ialah Lelaki

JAKARTA - Setelah bernikah selama enam bulan, seorang lelaki, Umar baru mengetahui bahawa isterinya itu ialah seorang lelaki tulen, lapor akhbar Sumut Pos semalam.

Umar berkenalan dengan isterinya itu, Fransiska Anatasya Octaviany menerusi Facebook setelah tertarik dengan kecantikan wajahnya.
"Semasa mereka bertemu, lelaki yang mengaku wanita itu memakai tudung," kata seorang pegawai polis di Jatiasih, Bekasi, Darmawan Karosekali kelmarin.

Namun, setelah enam bulan bernikah, Umar melihat terdapat sesuatu yang mencurigakan pada tubuh isterinya itu kerana dia kelihatan tegap.
"Selepas diperiksa (oleh Umar), ternyata dia (Fransiska) memang laki-laki," kata Darmawan.

Umar yang berasa tertipu kemudian membuat laporan polis. "Buat masa ini, kita sudah tahan (lelaki yang menyamar wanita itu) dan kesnya sedang disiasat," kata Darmawan.

Pasangan itu berkahwin seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri setelah jiran-jiran Umar mengadu dia tinggal bersama Fransiska selama seminggu. Perbuatan tersebut tidak elok dipandang masyarakat dan agama.

Jiran-jirannya itu meminta mereka berkahwin dan pasangan itu bersetuju.
Jelas Darmawan, Fransiska memalsukan kad pengenalan dirinya, manakala dua orang rakannya menyamar menjadi ibu bapanya semasa akad nikah.

Jika didapati bersalah, Fransiska akan dihukum penjara tujuh tahun kerana menyamar menjadi lelaki. - Agensi

kredit to :-http://www.gempak.org/forum/showthread.php?t=45036