h

Warga 69

Friday, December 31, 2010

Lawak Keturunan



Ada seorang Ibu sedang bercerita pada anaknya.

Ibu :”Dulu katanya keluarga kita adalah keluarga yang sangat kaya raya dan kekayaan harta keluarga kita cukup untuk 7 turunan”

Anak :”Tapi, kenapa keluarga kita sekarang miskin sangat bu?”

Ibu (tersipu malu) : “Kerana kita ini keturunan yang ke 8″

Credit : kahkahkah cerita lawak

Cara Nak Jimatkan Kos Lampin Anak

Nie tip untuk mak atau bapak yang nak jimat kos anak untuk tahun baru nie...kalau rasa baget kurang atau nak jimat kos lampin anak...disini ada menyelesaian kes anda...hanya perlu beberapa barang saja...

Peserta Raja Lawak Musim Ke 5

Al-Kisah Raja Lawak

30 & 31 Dis 2010, Khamis & Jumaat
2 eps x 60 minit, 9.00 malam – 10.00 malam

Program yang akan memaparkan perjalanan ujibakat Raja Lawak Astro di setiap lokasi yang telah di tetapkan. Di dalam program ini, segala apa yang berlaku dan juga suka duka serta pengalaman para peserta ujibakat akan di rakamkan. Di samping ujibakat, terdapat juga perkara yang berlaku setelah habisnya ujibakat di seluruh Negara termasuk proses pemilihan para peserta serta ujibakat peringkat kedua bagi memilih para peserta akhir Raja Lawak Astro musim ke-5. Terdapat juga profile/latarbelakang para peserta yang terpilih yang akan di paparkan kepada penonton bagi memberi peluang kepada semua untuk mengenali siapa peserta raja lawak musim ini dengan lebih dekat.

Setiap Isnin hingga Khamis, bermula 3 Jan 2011

Program yang memaparkan segala aktiviti para peserta sepanjang minggu mereka berada di dalam Raja Lawak Astro.Di dalam program ini juga di paparkan segala usaha dan pelakuan mereka dalam menyahut segala tugasan yang diberikan oleh pengkritik tetap dan pengkritik jemputan. Selain daripada menyiapkan tugasan yang diberikan, program ini juga memaparkan aktiviti luar para peserta dan juga kejutan2 yang bakal diterima oleh mereka. 44 eps x 5 minit, 9.00 malam – 9.05 malam

Gelanggang Raja Lawak

Setiap Jumaat, bermula 7 Dis 2011
Eps 1-3 : 3 eps X 2 jam, 9.00 malam – 11.00 malam
Eps 4 – 11: 8 eps X 1½ jam, 9.00 malam – 10.30 malam

Program ini merupakan program kemuncak dalam setiap minggu dalam Raja Lawak Astro. Di pentas Raja Lawak ini, para peserta akan membuatpersembahan/ tugasan yang di berikan bagi memastikan mereka layak di angkat sebagai Raja Lawak Astro. Setiap minggu mereka akan diberikan tema tugasan dan para peserta di kehendaki membuat satu persembahan lawak dalam masa yang di tetapkan. Persembahan mereka akan dikritik oleh pengkritik tetap. Para penonton berpeluang untuk memilih peserta pilihan mereka dengan menggunakan SMS.


KUMPULAN BALAS
Nama Sebenar: Fandi Bin Muhammad , Mohammad Shukri Bin Mohamed Sahar.
Nama Tipu: Fendi, Shuk.
Umur: 25, 24.
Asal: Pulau Pinang , Pulau Pinang.
Status: Bujang, Bujang.
Pekerjaan: Berniaga, Belajar.
Pengalaman: Lemas dalam kolam cetek. Selamatkan Shuk yang lemas tadi.
Kebolehan selain melawak: Menjinakkan kucing liar. Menukar siaran TV dengan pantas.
Pelawak kegemaran: Stephen Chow kerana idea lawak yang lain daripada yang lain.
Mengapakah menyertai Raja Lawak: Suka dengan sesuatu yang boleh buat ketawa.
Jika diberi peluang untuk menjadi
hero, siapakah anda?:
Ultraman, sebab nak lawan tadi.
SMS: Taip LAWAKBALAS atau LAWAK<3/5/10/>BALAS untuk (3/5/10 undian) ke 32999
CONTOH:
1) LAWAK5 BALAS ke 32999
2) LAWAK20 BALAS ke 32999

Jom Baca Lagi

Thursday, December 30, 2010

Potong Rambut Dengan Sabit

Macam-macam cerita haritu ada entry potong rambut dengan api dengar pon dah tau bahaya dia macam mana...nie potong rambut guna sabit pulak..mai ai berani gila...murah ja kot potong rambut dengan sabit nie..x pi risiko habis jahat hilang teliga ja!! hahaha sikit ja tu..
Jom Baca Lagi

Website RTM Kena Hack Dengan Pencacai Indonesia

Indonesia nie memang x habis2..lepas satu..satu depa dok bagi masalah...kisah 69 ternampak dekat status sorang mamat nie...dia kata"website RTM habis kena hack"mula2 kisah 69 ingat tipu ja status dia...try la masok website rtm ...memang comfirm dah kena hack...memang betoi la musibat punya hacked indonesia...suka cari pasai!!!

Malaysia Juara Sejati Piala AFF Suzuki

Pasukan Kesayangan Kita, Malaysia Menjuarai Piala AFF Suzuki Buat Kali Pertama Apabila Menewaskan Indonesia Dengan Argreget Malaysia 4-2 Indonesia

Tahniah buat pasukan Malaysia....WE are the champion!!!! Syabas pada pasukan Indonesia...pasukan yang hebah!!...tahniah kepada peminat bola sepak!!! tanpa anda siapalah pemain bola sepak...dan tanpa pemain bola sepak siapalah anda!hahahaha...hari jumaat cuti!!!!!!!!horey!!!horey...!!sembahyang jumaat jangan lupa..x cuti tau!!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.-

2 kejuaraan dlm tempoh 2 tahun yang dilakukan rajagobal mmg menakjubkan..sedangkan sebelum ini,jurulatih mengambil masa bertahun2 untuk mengecap kejayaan

Latest tweet by Man Utd star Rio Ferdinand @ rioferdy5 Rio Ferdinand: Congratulations 2 Malaysia who beat Indonesia in the Suzuki cup final. I played against Malaysian u23 team 18months ago, quite a good team...Dunia Mula Mengenali MALAYSIA...!!!
Jom Baca lagi

Wednesday, December 29, 2010

Live Soccer Malaysia Vs Indonesia

Live Soccer untuk sesiapa yang nak tahu perkembangan team malaysia lawan indonesia malam ini!!

Gelagat Penyokong Indonesia Di Stadium Bung Karno Penuh Dengan Laser

Indonesia masih tidak puas hati pasal Malaysia menang hari tu...3-0 di tempat sendiri..depa kata malaysia menang di sebabkan laser kan?? hahahaha nak tergelak aku...dah terang2 haritu ultraman yang guna laser..salahkan orang malaysia pulak..!!! lupa nak bagitau...warga 69 doakan penyokong malaysia di sana...keadaan di stadium bung karno sekarang memang tidak terkawal...Ya allah selamatkan orang malaysia disana....Dikatakan dekat stadium dah penuh orang bawak laser betoi ka nie? kisah 69 pon cari la dekat facebook terjumpa gambar penyokong depa dekat Stadium memang penuh...dengan laser sekali...malam nie kalau stadium x buka lampu limpa pon x pa..kita guna cahaya laser banyak2...dah macam disco la...hahaha
Jom Baca Lagi

26 Haribulan Adalah Badi Buat Indonesia

26 haribulan adalah badi yang paling teruk melanda indonesia...jom kita saksikan di sebalik 26 haribulan...aPa2 pun 26 haribulan ni di harap sedekahkan lah al-fatihah kepada mereka yang terkorban( bagi yang beragama islam) semasa kejadian tsunami pada 26 hb disember 2004 di utara semenanjung dan di acheh,indonesia..
Jom Baca Lagi

Monday, December 27, 2010

Ditangkap Di Stadium Bukit Jalil Kerana Laser

Tahniah buat Malaysia misi membalas dendam dah selesai di laksanakan dengan baik..Malaysia membawa bekalan selesa setelah mengalahkan Indonesia 3-0.... Keeper indonesia nie kata depa kalah disebabkan....laser yang di pancarkan oleh malaysia...sebenarnya bukan orang malaysia yang melakukannya....nasib baik la lepas perlawanan pihak polis dapat menangkap seorang lelaki berpakaian merah..disyaki..penyokong indonesia....jo m kita tengok muka orang yang laser semalam...
Jom Baca Lagi

Gajah Mati

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.

Lelaki : Saya bukan penjaga gajah ini, tuan. Tetapi sayalah yang ditugaskan untuk menggali kubur dan menanamnya.

Sunday, December 26, 2010

Malaysia Vs Indonesia

Saturday, December 25, 2010

Treatment Muka Untuk Segar Muka Dengan Lipas

Nak tanya sikit warga 69 nak x..treatment free dekat muka...kisah 69 belanja...muka korang gerenti bersih pastu....jerawat pon x kan tumbuh dah...pastu muka korang bersih ja sentiasa...tapi busuk la sikit hehehehe...nak tengok sebab apa busuk..mana x busuk dekat jepun depa nak bagi muka segar...depa blend lipas sapu kat muka...geli aih....tengok...macam nie punya orang pon ada..!!!
Jom Baca Lagi

Lawak Cerita Hantu Yang Bodoh!!

Kisah 69 nak kongsi cerita lawak tentang kisah kehidupan Hantu A dan Hantu B semoga anda terhibur!!

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

Jom Baca Lagi

Rantai Besi Tembus Tangan

Hah...!!!rantai besi tembus tangan..macam mana tu..memang pelik first time kisah 69 tengok memang geli kot!!!pelik gila besi tu boleh tembus kat tangan orang nie..memang ngeri la...sampai tangan dia pon ada kesan lubang dekat tengah2..Kisah 69 x paksa sapa yang nak tengok read more la...yang x nak tengok baca entry yang lain ok....!!
Jom Baca Lagi

Penyerang Malaysia Berkahwin

Tahniah buat Norshahrul Idlan Talaha yang telah menamatkan zaman bujangnya dengan seorang peramugari.Norshahrul Idlan Talaha dan Isya Adam baru sahaja 4 bulan berkenalan bertunang dan berkahwin....Semoga perkahwinannya ini akan membakar semangatnya untuk lebih berjaya lagi...Steady MAT YO !!!!!!!!!!

Friday, December 24, 2010

Lawak Sepasang Kekasih

Malam tu lepas makan malam, Ajoi lepak-lepak di depan TV sambil berbual dengan isterinya.

Ajoi: “Kalau abang meninggal, ayang menikah lagi tak?”

Isteri: “Tentu saja tidak! Ayang akan duduk dengan adik perempuan Ayang. Abang pulak camner kalau saya meninggal, abang nikah lagi tak?”

Ajoi: “Tentu sekali tidak , sama juga macam ayang… abang juga akan tinggal bersama dengan adik perempuan Ayang…

Credit:http://gelihati.blogspot.com/

Gambar-Gambar Kesian

Kali ini kisah 69 nak kongsi koleksi gambar-gambar lawak dan kesian...kisah 69 tengok sedih...x tau la pulak warga 69 sedih atau nak gelak2...

Jom Baca Lagi

Thursday, December 23, 2010

Gambar Lawak Ikan Duyung

Hahaha selalu nya kalau cerita tentang ikan duyung nie mesti ramai orang tau kan..cerita dia macam mana...gambar nie memang lain dari lain...ending pon lain...hahaha...tengok ja pon boleh gelak...bye2 Ikan Duyung

Jom Baca Lagi

Tip Bunuh Nyamuk

Entry kali nie kisah 69 nak bagi gadget tau dak apa..? gadjet cara nak bunuk nyamuk...nyamuk nie memang nakal kan..suka kacau kita bila malam2...nak tidur pon susahkan...kalau warga 69 dah cuma spraykan x mati,yang ubat nyamuk elektrik pon x mati....macam2 cara buat nyamuk x mati jugak...nie hah kisah 69 nak bagi alat zaman sekarang...sekali kena melekat...kalau x mati dan x berkesan boleh tukar balik duit tuan2 dan puan2 hehehe

mesti tak tau kan nak guna alat nie camna,Mai sini kisah 69 ajar
Jom Baca Lagi

Beca Tercantik Di China

Dekat Malaysia beca kita nie x la sehebat beca dekat china...beca kita x habis2 mesti ada kipas angin tu pastudan bunga banyak2 dekat beca,satu lagi beca tu pon dah buruk2 kan...betul tak? nie hah kisah 69 nak gitau dekat china beca depa memang power...siap ada bumbung kereta lagi dekat atas...macam nie naik beca baru la best orang kata layan.......!!!! hehehe xpi kalau kita fikir2 balik orang yang kayuh baca nie mesti penat punya kan hehehe dah la ada tayar kereta lagi...kita lagi...mesti beratnya kesian dia kayuh...padan muka hahaha

Jom Baca Lagi

Pemandu Teksi Terkejut

Seorang penumpang teksi mencuit bahu pemandu teksi yang dinaikinya.
Terkejut dengan cuitan itu, pemandu teksi hilang kawalan menyebabkan teksinya melelong lalu melanggar divider jalan. Selepas dapat memberhentikan teksinya, pemandu itu spontan bercakap “Ingat…. jgn sesekali buat begitu lagi.
Awak menakutkan saya!” Penumpang tadi meminta maaf sambil berkata:”saya tak sangka pakcik terkejut sangat dengan cuitan saya tadi.” Dengan selamba pakcik itu menjawab:”mau tak terkejut.. Yelah, nie hari pertama pakcik bawa teksi selepas 12 tahun jadi PEMANDU KERETA JENAZAH kau faham2 sajalah!”


Info:http://ceritalawak.blogmas.com/

Akibat Suka Main Perempuan

Seorang lelaki bernama Hadi yang baru saja melalui malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemusykilan ini kepada seorang kawan, Abu.

Abu : Apa yang berlaku semalam?

Hadi : Begini. Kau kan tahu masa bujang aku suka !@#$%^& perempuan!

Abu : Ho oh! Okay

Hadi : Semalam selepas bersama, tanpa sengaja aku berikan RM 100 pada isteri aku...

Abu : Gila (Abu terperanjat) Bagaimana? Isteri kau marah ke?

Hadi : Itulah yang aku hairan Abu...Aku tak tau kenapa bini aku beri balik rm25 baki kat aku...

Info dari:Mastika(Julai 2010)

Wednesday, December 22, 2010

Jom Bersenam

Jom bersenam bersama kisah 69...gerenti keluar peluh lebih daripada korang poco-poco kat rumah...

dapat baca sampai habih tanpa tersekat2 memang mata dengan tengkuk korang sihat la tu..

Cara Orang Cina Letupkan Bangunan

Sepatutnye jatuh habis kebawah..ni tumbang ke tepi pulak


Lawak Printer Rosak

Ajoi baru beli printer dari sebuah IT Mall. Balik ke rumah dengan ghairahnya dia memasang printer tersebut dan sekali install jer Ajoi berjaya print beberapa keping gambar.

Tapi Ajoi pelik setiap kali ada warna kuning mesti tak jadi warna kuning. Yang keluar ialah warna cyan dan magenta jer.

Telah cuba berpuluh kali, Ajoi mula geram dan dibeleknya resit pembeliannya tadi dan menelefon kedai tadi. Customer service yang bernama Sumardi

Sumardi: “Hello!”

Ajoi: “Halo..halo apasal aku punya printer yang baru beli tadi takde warna kuning?”

Sumardi : “Aiya bunyi cam pelik jer tu bro..?”

Ajoi: “Kalau saya print warna biru jadi warna hijau..

Sumardi: “Ok cuba encik keluarkan balik catridge warna lepas tu masukkan balik..”

Ajoi: “Ok..ok.. ha done!”

Sumardi: “Cuba encik print lagi warna biru”

Ajoi: “Ok…. ha dia kuar warna hijau lagi nih!”

Sumardi:” Alamak … encik tak masuk ketat-ketat ker?”

Jom Baca Lagi

Host Tv Silap Umum Pemenang

SYDNEY – Para penerbit rancangan televisyen pencarian model terkenal, Australia’s Next Top Model menanggung malu selepas hos yang juga seorang supermodel, Sarah Murdoch mengumumkan nama pemenang yang salah pada malam kelmarin.

Akhbar-akhbar menyifatkan kesilapan mengumumkan pemenang itu sebagai insiden televisyen yang paling pelik pernah berlaku di Australia.

Sarah yang merupakan menantu kepada taikun media Australia, Rupert Murdoch hampir menangis apabila menyedari bahawa dia tersilap mengumumkan kemenangan Kelsey Martinovich, 19, dari Sydney sebagai pemenang siri terakhir yang disiarkan oleh Foxtel TV secara langsung.

Stesen Foxtel dimiliki oleh syarikat telefon Telstra, News Corp milik Rupert Murdoch dan firma Consolidated Media Holdings.

Jom Baca Lagi

Mulan Jameela Sudah Bertudung

Mulan jameela yang popular dengan lagu aku makhluk tuhan paling seksi...sudah bertudung baguih3 akhirnya pintu hatinya sudah terbuka..
Jom Baca Lagi

Tuesday, December 21, 2010

Lembu Pelik

Seekor lembu yang memiliki tanduk seperti kuda unikorn menjadi daya tarikan utama para pelancong...
Jom Baca Lagi

Kena Serang Dengan Beruang

Kesian2 macam mana la mat salleh tu boleh ada kat bawah tanah tu dengan beruang..kisah 69 x tau situasi kejadian nie...rasa2 nie dekat zoo kot...yang pasti mat salleh nie parah ja...nasib baik x jadi arwah hehehe

Jom Baca Lagi

Pelajar Jumpa Duit 2011

Menarik juga kisah penemuan yang jarang-jarang berlaku oleh seorang Pelajar Sarah Legg dari Fareham,Hants nie bila beliau terjumpa satu Syiling yang bertarikh tahun hadapan iaitu 2011. Semasa penemuan beliau berada di Kolej pada waktu rehat untuk makan dikantin. Beliau terpandang syiling 50p yang masih berkilat yang menarik perhatian beliau dan mula membelek-belek syiling tersebut dan terperanjat ia bertarikh tahun 2011.
Jom Baca Lagi

Kisah Paling Sedih

Cerita lawak kali nie kisah 69 kata cerita paling sedih kat dalam blog nie...sedih yang macam mana itu yang kita x tahu nak tau baca la..
(gambar kat bawah nie tiada kaitan langsung saja ja nak letak)
Ada tiga orang sahabat si A, si B dan si C, yang tinggal serumah di sebuah apartment setinggi 60 tingkat. Pada suatu petang setelah tamat bertugas mereka ini telah kembali dari bertugas untuk pulang ke rumah.Dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupanya elektrik padam dan lif tidak berfungsi... .

si A : Macamana ni...rumah kita lak atas sekali?
si B : Aduhhhh...bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
si C : Aku rasa baik kita panjat tangga aje...kita pun tak tahu bila agaknya elektrik ada balik
si A : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak...kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa...biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 60. si A mula bercerita... .

si A : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku...aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku....bla bla bla bla bla.......

Jom Baca Lagi

Penipuan Di Facebook

Penipuan di facebook? hah nie kisah 69 nak hurai kan...kita sebenarnya sering di tipu di facebook kaw2 punya cuma kita ja x perasan...kali ini crew kisah 69 membuat liputan tentang kes tersebut hehehe...di luar negara dan mereka telah mendapat bukti bahawa kes penipuan ini memang betul2 terjadi...
Jom Baca Lagi

Monday, December 20, 2010

Rozita Che Wan Ketika Remaja

Rozita Che Wan Sekarang
Rozita Che Wan yang berusia 19 tahun ni,benar-benar tidak sama dengan yang sekarang, biasalah evolusi peringat usia,nie la muka original tiada bulu mata pelesu....tiada contact lens.
gambar nie dari majalah remaja edisi Jun 1993.
Jom Baca Lagi

Kek Untuk Isteri Tercinta

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya.

“Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?” tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu.

“Mmmm, tulis saja “Sayang tidak bertambah tua” di bahagian atas, kemudian sambung dengan “Sayang cuma bertambah cantik” di bahagian bawah,” kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain.

Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu … :

'SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS .. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH'

Akibat Gila Telur Rebus

“Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu… ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada ’surprise’ untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Jom Baca Lagi

Sunday, December 19, 2010

Lirik Lagu Yang Sempurnakanku-Sixth Sense


Kaulah bidadari dalam hidupku
Yang selalu hadir di dalam mimpiku
Bunga yang selalu harungi hariku
Anugerah Tuhan yang sempurnakanku

Bila kau jauh
Aku selalu rindu
Bila kau ada
Hatikan berbunga

Ku akan selalu menjadi bintangmu
Menerangi gelap dan mimpimu
Aku setia di sini mengusap tangismu
Menemani sunyi di hatimu


Sinopsis Kongsi

Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.



Makanan Paling Mahal

Betul ka nie? nasi campur sampai Rm 100.00 ringgit mahal gila...pakai beras apa sampai mahal macam tu...beras emas ker? ataupon nih saja buat resit claim company nih... makan rm10 jek.. tapi minta resit rm100 he he he
(yang mana tau tau la) Kisah 69 x tau betul ke x? warga 69 camna pulak betul ker nie?

Marion Counter Selamat Diijabkabulkan


Pengacara popular Marion Counter selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pewaris Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin di kediaman lelaki itu di Bukit Tunku, dekat sini malam tadi.

Dengan sepersalinan serba putih, Marion atau nama Islamnya, Marion Rose Caunter Abdullah mengenakan baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Rizalman Ibrahim.

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga serta teman-teman rapat sahaja.

Majlis resepsi pula akan diadakan malam Jumaat (malam ini) pada pukul 7 petang di dewan utama Hotel Mandarin Oriental dan ia juga diadakan secara tertutup dan para tetamu perlu berpakaian kemas mengikut tema yang diberikan iaitu sut (lelaki) dan pakaian formal ala barat (wanita).

Pada malam resepsi nanti, pengacara E! News Asia itu akan memakai pakaian rekaan Vera Wang.

Majlis resepsi pernikahan mereka itu diadakan secara tertutu dengan kehadiran tetamu jemputan sahaja.

Pihak media tidak di undang membuat liputan sebaliknya hanya krew E!News sahaja dibenarkan untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu.

Pasangan itu juga akan mengadakan sebuah lagi majlis di kepulauan Maldives tidak lama lagi.
Jom Baca Lagi

Tom And Jery

Tom and Jery memang x asing lagi bagi budak-budak kat malaysia,Tom adalah seekor kucing yang berwarna kelabu dan Jery seekor tikus yang comel berwarna koko.Tom and Jery nie kiranya kartun paling untuk kanak2 la..jalan cerita kartun nie tak la best sanggat asyik2 kejar mengejar ja...tom mesti nak makan jery,pastu tom mesti kena dengan perangkap yang dilakukan oleh tikus kecil itu..hehehe lebih kurang macam tu la cerita dia...sebenarnya kisah 69 nak kongsi sikit Tom And Jery di dunia nyata nie memang ada...kalau x percaya
Jom Baca Lagi

Razif Juara Mari Menari

Tahniah untuk pasangan Razif kerana berjaya menjadi Juara Mari Menari musim pertama.Malam kemuncak Mari Menari ini akan disiarkan secara langsung di Astro Ria saluran 104 ini akan menggunakan undian 100% dari penonton untuk menentukan juara Mari menari.Juara musim pertama Mari menari 2010 akan menerima sebuah kondominum The Haven di Ipoh, Perak yang bernilai RM358,000.

Saturday, December 18, 2010

Lirik Lagu Aishiteru- Zifhilia


Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…

Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan

walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru

hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hantu Kak Limah Balik Rumah mengisahkan tentang Husin yang telah lama bekerja di Singapura dan mengambil keputusan balik ke kampung halamannya iaitu Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.
Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin, menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.
Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ di pawagam berhampiran anda bermula 9 Disember ini.


Lawak Orang Sengau

Seorang lelaki yang sengau naik ke sebuah bas lalu bertanya kepada pemandu bas

“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).
Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu.
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu itu pun menjawab: “Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…

Potong Rambut Dengan Api

Potong rambut dengan gunting biasa la kita dengar,tak tau lak kisah 69 ada cara baru potong rambut..jenis baru potong rambut zaman lanie..potong rambut dengan api macam mana tu x terbakar ka rambut? bau semestinya macam haram la kan...nie kalau silap buat gerenti botak la jawapannya..
Jom Baca Lagi

Kanak-Kanak Kurang Upaya

Kesian kat budak nie walaupun dia x seperti kanak-kanak yang sempurna,dia tetap boleh bersukan,keluar bermain..baguih2 kisah 69 tengok mat salleh punya parents supportive walaupun anak dia cacat dia tetap kasi pendidikan suruh masuk sports apa2 je lah.


Jom Tengok Lagi

Friday, December 17, 2010

Terapi Urutan Ular

Terapi urutan ular..macam2 depa nie aritu terapi ikan....nie ular pulak,kalau kat malaysia ada comfirm x dak sapa pon pi...hehehe...mesti gelikan...banyak2 ular palk tu letak kat atas badan kalau dia gigit baru korang ada akal!!!

Jom Tengok Lagi

Kelebihan Tersendiri

Setiap manusia kat bumi nie mesti ada kelebihan dia tersendiri,setiap manusia macam2 kelebihan ada....korang rasa apa kelebihan orang kat bawak nie? hehehe cuba la teka, pakar gimnastic ka? pandai buat magic ka? try la teka kalau x dapat jawapan jugak
Jom Baca Lagi

Thursday, December 16, 2010

Seluar Guni

Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua

seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh.

Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati
terkejut. Cubateka kenapa?

Jeng… jeng… jeng….

sebab kat seluar dalam tu ada tulis
“Berat Bersih: 50kg”

Berhenti Membeli Rokok

Kisah 69 nak bagi tips sikit pasal berhenti membeli rokok
Jom kita layan cerita lawak nie(tips yang baik)

“Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?” tanya John pada George.
“Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?” kata George.
“Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama.”
“Apa tahap pertama itu?”
“Berhenti membeli rokok!”

Ahli Sumo Terbesar

Manusia terberat dan terbesar di dunia,dia adalah pemegang rekod atlit yang mempunyai tubuh badan paling berat di dunia.Atlit berkulit hitam ini dilahirkan pada 5 September di Rahway, New Jersey.Dia memiliki tinggi 2.03 meter dengan berat badan 363 kilogram.
Jom Baca Lagi

Safee Sali Wira Malaysia

Piala Suzuki 2010: Malaysia menang 2-0 keatas Vietnam hasil dua jaringan Safee Sali. Adakah bekalan dua gol mencukupi untuk bertandang ke Hanoi Sabtu ini?
Tahniah!!! permulaan yang baik ditunjukkan oleh pemain bolasepak Malaysia, tahniah sekali lagi kerana berjaya menundukkan Vietnam dengan 2 gol tanpa balas. (Malaysia 2 vs 0 Vietnam).

Safee Sali menyuluh harapan Malaysia untuk menamatkan kemarau 14 tahun Piala Suzuki AFF.Gol tersebut membantu Malaysia untuk membawa bekalan selesa ke Stadium My Dinh pada hari Sabtu nanti. Pada separuh masa pertama, permainan agak hambar sehingga terikat 0-0 ketika pemain menuju ke bilik persalinan. Anak didik K. Rajagobal memerlukan hampir 10 minit untuk mengubah corak permainan menyerang untuk memperolehi dua gol.




Wednesday, December 15, 2010

Sejarah Yang Tidak Tertulis Didunia

FAKTA 1: Puteri Gunung Ledang
Setelah dikajiselidik melalui sebuah perkuburan yang terdapat dipinggir Gunung Ledang, terdapat kesan-kesan peninggalan dan bukti yang menunjukkan mayat di dalam kubur tersebut ialah Puteri Gunung Ledang. Di sebelah bawah badan mayat tersebut terdapat secalik kertas dan setelah diselidik ia sebenarnya Kad Pengenalan Puteri Gunung Ledang. Nama sebenar Puteri Gunung Ledang yang tertera didalam IC itu ialah Tiara Jeaquelina binti Abdullah.

FAKTA 2: Batu Bersurat Terengganu
Mengikut sejarah, ada seorang hamba sultan Terengganu telah dipancung kerana telah melakukan kesalahan. Namun tidak diberitahu apa kesalahannya. Di atas kajiselidik kami, hamba yang dihukum bunuh itu sebenarnya ialah seorang yang bekerja sebagai posmen tetapi tidak mahu menghantar surat-surat baginda kemudian posmen itu melonggokkan surat dirumahnya. Pulis telah menemui 1,290 pucuk batu bersurat di rumah posmen tersebut. Alasan posmen itu ialah macammana dia nak angkat batu-batu bersurat tu naik basikal untuk dihantar ke penerimanya.

FAKTA 3: Keris Taming Sari
Ramai yang mengatakan bahawa keris taming sari telah hilang dan tidak dijumpai sehingga kini. Namun kami telah menemuinya di salah satu kawasan di pendalaman Melaka. Setelah berbulan-bulan mengadakan ekspedisi mencari keris taming sari barulah kami menemui motor Kris yang ditunggang oleh pakcik Taming yang sedang memakai Sari.

FAKTA 4: Bangunan WTC Runtuh di New York
Sebenarnya bangunan ini dapat diselamatkan dari runtuh namun fakta kami sangat jelas kenapa sebenarnya ia runtuh. Persoalan kenapa bangunan ini runtuh terjawab kerana Superman pada masa tu spender dia basah lalu malu untuk dia keluar tanpa spender dia, Batman pula takleh keluar siang sebab kelawar tidur waktu siang. Spiderman pulak hari tu mengalami kincit perut dan terberak-berak kerana tertelan sarang labah-labah. Manakala Kapten Amerika pada hari tu sedang menghadiri majlis penerimaan pangkat sebagai Kapten. Hulk dan wolverine pula tengah menghadiri interview sebagai pelayan hotel dan last sekali catwomen tengah jahit kostumnya yang koyak. Ini semuanya fakta kenapa bangunan tu runtuh kerana superhero amerika mengalami masalah.

FAKTA 5: Taliban
Sebelum Amerika ingin menyerang Afghanistan, sebenarnya mereka ingin menyerang Malaysia terlebih dahulu kerana pada sangkaan mereka Malaysia ialah pusat pentadbiran Taliban yang diketuai Osama Laden. Namun akhirnya mereka malu pada tahap baboon kerana taliban yang mereka sangkakan itu sebenarnya ialah sebuah syarikat telekomunikasi yang bernama Talikom Malaysia Berhad.

FAKTA 6: Karam Sinkh Walia
Sebenarnya takda apa-apa yang berkaitan dengan dia. Saja je aku nak tulis nama dia. Kui...kui...kui...kui...kono...kono..

Lawak Bermadu


Ada seorang lelaki..dia mempunyai 2 orang isteri, isteri pertama bernama
Hasanah, isteri kedua bernama Aminah...

Maka, walaupun si lelaki ni kurang pengetahuan mengenai agama..tapi kerna
bersemangat nak praktikan (tanpa mencari lebih ilmu/maybe baca dalam buku
je..)..dia ingin bersembahyang berjamaah ngan isterinya satu hari....

So, malam isteri pertama(Pn Hasanah), dia pun bersolat berjamaah ngan si
isterinya, dengan baik..selepas selesai, maka dia pun berdoa la gak..

Malam berikutnya, dia bersolat jemaah pulak dengan isteri keduanya(Pn
Aminah)...selepas je solat, dia baca la doa...

"Robbana Aa tina fid dun ya HASANAH, wa fil Aa qi ro ti HASANAH, wa qi na a' za
bannar (maafkan saya menulis dalam rumi ye).

Maka, si isteri pun menegur...

"Abang..tak aci la cam nie..."

Si Suami pun terkejut,"Kenapa yanggggg?"

"Iye la bangg, nama Kak HASANAH je yang abang doakan, nama saya takde pun abang
doakan jugak.."....

"Laa..macam tu ka?...takpa..abang masukkan nama ayanggg sekali ye.."

So, si suami yang kurang berpengetahuan agama ni pun membaca doa tu kembali....

"Robbana Aa tina fid dun ya HASANAH, wa fil Aa qi ro ti AMINAH, wa qi na a' za
bannar (maafkan saya menulis dalam rumi ye).