h

Warga 69

Friday, July 2, 2010

Kecederaan Johan Raja Lawak








  JOHAN  yang cedera di muka dan kepala    mendapatkan rawatan di  Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.
JOHAN yang cedera di muka dan kepala mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Pelawak bergaduh dengan pengarah drama di restoran

SEREMBAN: Pelawak terkenal, Muhammad Yazid Lim atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak cedera pada muka akibat dibaling dengan gelas kaca selepas bergaduh dengan seorang pengarah drama di sebuah restoran di Taman Sri Pulai 2, Sikamat di sini, kelmarin.
Difahamkan suasana menjadi kecoh apabila pengarah berkenaan tiba-tiba bertindak membaling gelas kaca ke arah Johan hingga menyebabkannya cedera pada muka manakala Ozlyn Wati yang cuba meleraikan pergaduhan turut cedera pada muka.
Comments
0 Comments