h

Warga 69

Friday, July 23, 2010

Kisah ! Pemuda Arab Dirantai Enam Tahun Kerana Dirasuk Jin Wanita


GAMBAR menunjukkan Turki dirantai di tingkat bawah tanah apartmen lebih enam tahun di Mekah, Arab Saudi.


MEKAH - Seorang pemuda Arab Saudi berumur 29 tahun yang dikenali sebagai Turki dirantai di tingkat bawah tanah apartmen selama lebih enam tahun kerana bapanya percaya dia dirasuk oleh jin perempuan yang jahat, lapor sebuah akhbar semalam.

"Apabila dia cergas, dia menggigil dan seluruh tubuhnya bergerak-gerak manakala matanya menjadi putih," kata bapanya.

"Malah, suara seorang wanita boleh didengari datang daripada dirinya," tambahnya.

Turki tinggal di sebuah bilik kecil, aparmen di ruang bawah tanah dengan ibunya di sini.

Pada mulanya, bapanya berkata, dia telah membawa anaknya menemui beberapa orang alim tempatan untuk membantu memulihkan anaknya itu.

"Namun, kebanyakan alim ulama itu dilanda ketakutan selepas satu suara wanita yang keluar daripada tubuh anaknya itu memberitahu dia ialah jin wanita dan tidak ada seorang pun yang boleh mengeluarkannya kecuali Turki meninggal dunia," kata bapanya.

Seorang guru agama menasihatkan bapa pemuda itu supaya merantai anaknya di tangan dan kaki manakala ayat suci al-Quran dibacakan untuknya.

Seorang aktivis hak asasi manusia, Profesor Muhammad Al-Suhaili berkata, Tukri tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya.

"Dia (Turki) tidak boleh makan, minum atau menggunakan tandas tanpa bantuan orang lain," kata profesor syariah itu.

Menurutnya, apabila ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan, Turki akan berasa terkejut sehingga dia hampir terjatuh dari katilnya.

Profesor itu meminta kerajaan Arab Saudi memberi bantuan kepada keluarga pemuda tersebut yang miskin.

2 comments: