h

Warga 69

Saturday, August 21, 2010

Keris Taming Sari


Keris ini adalah Keris Kerajaan bagi Jawatan Laksamana Melaka, yang akhir sekali dijawat oleh Hang Tuah.

Keseluruhan sarung keris ini diseliputi oleh dedaun emas. Keris ini dihargai sebagai berkeupayaan untuk berlegar di udara ke mana-mana haluan dalam mengejar musuh. Adalah dikatakan bahawa Hang Tuah memberi keris ini kepada Tun Mamat untuk dibawa balik mengadap Sultan pada masa itu kerana beliau terlalu malu untuk mengadap sendiri ke bawah Duli Sultan kerana gagal untuk mendapat Puteri Gunung Ledang untuk baginda. Tatkala Sultan Mahmud meninggalkan Melaka baginda membawa keris ini bersama-sama baginda ke Kampar-Sumatera. Kemudian baginda mengurniakan keris ini kepada anakanda baginda Raja Mudzaffar Shah, yang kemudiannya berangkat ke Perak.

sumber : keris-Alat-Alat Kebesaran Negeri Perak

adakah ini adalah gambar sebenar keris taming sari?

2 comments:

  1. salam...masa saya kecik2 dulu,nama keris ni atuk saya cakap namanya keris tamam sari..salah satu keris istiadat sultan-sultan perak,keris tamam sari tu mirip keris taming sari diatas.wallahualam

    ReplyDelete
  2. lovely jubbly fantastic thanks so much

    My site accident claims

    ReplyDelete