h

Warga 69

Friday, August 27, 2010

Kumpulan Amuk

Kumpulan bertopeng pertama di Malaysia
Bandi ialah vokalis utama kumpulan Amuk, kumpulan Melayu yang pertama yang memakai topeng. Ramai yang mengatakan bahawa Bandi ialah bekas vokalis kumpulan Fabians iaitu Nasha. Selain Bandi, kumpulan Amuk dianggotai oleh Metal Jawa (gitar), Din Taring (bass) dan Budu Siam (drum). Kumpulan Amuk pernah dikaitkan dengan gejala Black Metal sehingga mereka pernah diharamkan dari membuat persembahan selama empat tahun di Melaka. Namun kumpulan Amuk menafikan sekeras-kerasnya yang mereka terlibat dengan gejala tersebut. Kumpulan Amuk pernah mencipta kontroversi lain apabila menyanyikan lagi 'Aduh Tsumawi'. Lagu ciptaan Andi Rahman dan lirik oleh Loloq dinyanyikan oleh Bandi mengambil sempena kehebatan aura Mawi pada masa itu.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment