h

Warga 69

Friday, August 13, 2010

Paris Hilton Kena Saman

http://www.hollywoodnews.com/wp-content/uploads/2010/05/paris-hilton-prphotos-headshot-600x400.jpg
LOS ANGELES: Bintang selebriti terkenal, Paris Hilton disaman AS$34 juta (RM105 juta) atas tuduhan memakai rambut tiruan kepunyaan orang lain.

Syarikat yang mengeluarkan rambut tiruan untuk dipakainya mendakwa Hilton yang kini berusia 29 tahun melanggar kontrak memakai dan mempromosikan produk rambut tiruan yang ditandatanganinya pada 2008.

Hairtech International Inc memfailkan tuntutan ganti rugi sebanyak AS$35 juta - 10 kali ganda daripada jumlah habuan yang diterima Paris dalam kontrak itu.

Tuntutan itu juga mendakwa Hilton gagal menghadiri satu majlis pelancaran produk rambut berkenaan sepanjang beliau berada dalam penjara pada 2007.

Hilton dijatuhi hukuman penjara 23 hari pada 2007 selepas didapati bersalah memandu dua kali ketika lesennya tamat tempoh serta dalam perhatian kerana memandu dengan cuai.

Syarikat itu mendakwa kehilangan AS$6.6 juta (RM20.46 juta) disebabkan ketiadaan Hilton pada majlis pelancaran itu sahaja.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment