h

Warga 69

Saturday, August 21, 2010

Penjual Nasi Lemak

Serik nak makan nasi lemak Kg Baru.
UNTUK SEMUA ......... yang pernah makan nasi lemak Kg Baru, KL.

SATU PENDEDAHAN:

NASI LEMAK KG BARU - PENGAJARAN UNTUK SEMUA ......... AWASLAH!

Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian ....
Mengisahkan berkenaan seorang peniaga
Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan
setiap hari memenuhi kedainya
untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal
keluarga turun-temurun merupakan
strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang
dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang
digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular
berkenaan diwapkan didalam
periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Eeey..!!

Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama
betulnya perlu dirahsiakan)
bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan
beliau. Pada malam sebelum
beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya
meraung-raung kepanasan walhal
malam itu hujan agak lebat diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat
apa-apa, maka beliau memanggil orang
kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu.

Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu
perubatan ini. Saya sampai kira-kira
jam 10.30 malam, ketika itu hujan masih lebat belum berhenti di sambut pula
dengan raungan Kak Kiah yang
semakin kuat. Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2
tingkat di Lorong Raja Muda itu dan
memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam. Kak Kiah berada
ditengah dengan 6 orang lelaki
memegang tangan dan kaki beliau.

Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh
manakala kulitnya seperti hendak
menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan
bilis daripada anak lelakinya. Ianya
tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian dalam
perniagaan mereka. Saya
gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan Kak Kiah semakin kuat dan
nyatanya beliau sungguh marah
sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar
lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa
membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan
dengan air masak, rontaan Kak
Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya
minta anak lelakinya mencurahkan
santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada
bawah tilamnya. Bau yang busuk
tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah
tilam. Saya arahkan jiran-jiran
mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh
dengan ........Pernipuan SERTA MERTA



Heh...Heh...Heh...Jangan marah ...... Dah! Cerita ni tipu jer ........P la wat kerja balik...nanti boss hampa marah pulak hehehehe
*p/s : Janganlah marah! aku pun dah terkena daaaaa ..... "mangkaq betul! bukan
main serius aku baca cerita ni tadi, !!"
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment