h

Warga 69

Thursday, August 19, 2010

Tini Mengandung



DJ Hot FM Tini bakal bergelar ibu Disember ini.

Apabila sudah bergelar isteri, semua wanita pastinya mengimpikan saat-saat manis untuk bergelar ibu. Kini detik itulah yang dirasai oleh penyampai radio popular, Kartini Kamalul Ariffin atau lebih dikenali sebagai Tini.

Tini, ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran stesen radio Hot FM di Saloma Bistro, Kuala Lumpur semalam, mengakui sedang 'berbadan dua'. Katanya, kandungannya telah masuk lima bulan dan dijangka bakal melahirkan anak pada bulan Disember tahun ini.

"Sebenarnya ramai yang tidak tahu saya mengandung sebab kandungan saya tidak begitu ketara. Cuma orang perasan berat badan saya meningkat.

"Maklumlah semenjak mengandung berat badan saya naik lapan kilogram, dari 58kg kepada 66kg. Tetapi saya tidak kisah kerana ianya sesuatu yang ‘normal’.

"ada awal mengandung, saya juga sama seperti wanita lain, turut mengalami alahan. Saya cepat pening terutama ketika memandu dan menaiki lif. Kini setelah lima bulan usia kandungan, masalah alahan sudah tiada lagi," ujarnya ceria.

Dalam pertemuan itu juga, isteri kepada Nur Sulhi Jasmin atau Sol itu sempat memberitahu bahawa dia dan suami belum tahu jantina bayi yang dikandungnya. Namun dia tidak kisah sama ada lelaki atau perempuan asalkan anak yang bakal dilahirkannya itu sihat dan sempurna.

"Saya tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan kerana saya bukan mahukan seorang anak sahaja. Kalau kali ini dapat anak perempuan, lain kali dapat anak lelaki pula. Begitu jugalah sebaliknya.

"Tetapi kalau boleh, saya tidak mahu terlalu ramai. Tiga orang anak pun rasanya sudah memadai. Saya bersyukur kerana sepanjang kehamilan saya ini, suami banyak memberikan sokongan dan suka kerana bakal bergelar bapa tidak lama lagi," jelas Tini yang sebelum ini pernah mengacara program 3R.

Tini turut menyatakan bahawa dia tidak mengalami sebarang masalah untuk berpuasa walaupun sedar terdapat segelintir wanita yang tidak berupaya untuk berbuat demikian ketika mengandung.

"Selepas mendapat nasihat doktor, saya berusaha untuk berpuasa. Cuma kalau dulu saya tidak suka bangun bersahur, tetapi demi menjaga kandungan serta kesihatan, saya akan bangun bersahur untuk sekurang-kurangnya minum susu serta makan pil vitamin yang dibekalkan doktor.

"Selain itu, semua kerja-kerja di pejabat juga berjaya dibereskan seperti biasa walaupun sepanjang bulan Ramadhan ini banyak kerja yang perlu dilakukan terutamanya menghadiri majlis berbuka puasa serta pelbagai program yang diatur oleh Hot FM," katanya.
info MForum
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment