h

Warga 69

Wednesday, December 8, 2010

Ahmad Busu Sakit

Pelakon komedi veteran yang popular dengan watak Mat Deris dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Ahmad Busu telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini kerana strok.
Beliau yang baru sahaja menyambut hari lahirnya ke-56 pada 10 September lalu telah dimasukkan ke wad neurosains hospital itu pada pukul 8.30 pagi semalam berikutan mula menunjukkan simptom penyakit tersebut.
Isterinya, Seri Mohamad, 50, berkata, pelakon komedi itu dimasukkan ke hospital apabila mula sukar berjalan ke tandas di rumahnya pada 11 September lalu.
"Setakat ini, doktor beritahu hasil imbasan sinar-X dan ujian elektrokardiogram (ECG) yang dijalankan mendapati tiada sebarang petunjuk menghidapi penyakit jantung.
"Seterusnya doktor akan buat ujian lanjutan bagi menentukan jenis strok yang dihidapinya," kata Seri ketika ditemui di hospital, di sini hari ini.
Seri berkata, Ahmad yang telah berkecimpung dalam bidang seni sejak tahun 1978 itu juga sering mengadu pening kepala sejak dua bulan yang lalu.
Katanya, beliau juga telah melakukan pemeriksaan di salah sebuah klinik swasta berdekatan dengan rumahnya pada 3 September lalu yang kemudiannya disyorkan supaya melakukan pemeriksaan lanjut di situ.
"Saya bimbang keadaan dia pada masa itu dengan harapan doktor akan menahan dia (Mat Deris) di wad untuk ujian lanjutan.
"Tetapi setelah buat ujian di sini mendapati tiada menunjukkan sebarang simptom penyakit itu. Disebabkan keadaan selesema **** atau influenza H1N1 yang serius pada masa itu, doktor menyarankan agar mengambil ubat yang diberi dan berehat di rumah sahaja," jelasnya.
Namun, katanya, ubat tersebut tidak memberi sebarang kesan terhadap masalah pening kepala suaminya itu.
Ahmad juga turut menghidapi penyakit kencing manis sejak 14 tahun lalu.
Isterinya ketika ditemui ditemani oleh empat orang anaknya, Nur Hamizah, 25, Mohd Afiq, 24, Muhammad Luqman, 17 dan Nur Hanis, 6.
Dalam pada itu, rakan-rakan artis dalam siri komedi itu turut melawat Ahmad di hospital hari ini.Antaranya Angeline Tan, Zami Ismail, Imuda, dan Sabri Yunus.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment