Uban menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak berhampiran masjid di Taman Bukit Cheras, dekat sini. Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar semalam.
Bekas penyanyi Sera, Mohammed Zamree Abidin, 44, atau dikenali juga sebagai Oyee menyatakan rasa sedih berikutan kehilangan rakannya.
“Semua ini ketentuan Allah, apapun saya bersyukur kerana sempat juga bertemu arwah pada Khamis lalu selepas terbaca laporan akhbar ini (Harian Metro) mengenai keadaan Uban yang menderita kerana kanser.
“Saya sedih, lebih-lebih kami tidak berjumpa sejak 1996. Tiada siapa dapat melawan takdir, mungkin Allah lebih menyayangi arwah,” katanya ketika dihubungi semalam.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan bekas gitaris kedua kumpulan Sera menderita barah usus peringkat akhir dan berharap rakan lama, terutama di kalangan anggota kumpulan Sera, melawatnya ketika masih berpeluang.
Kumpulan Sera yang pernah muncul ketika era rock kapak dulu popular dengan Di Badai Asmara. Album pertama Sera, Sentuhan Rasa diterbitkan pada 1991.
Kumpulan ini berkubur selepas anggota kumpulan terbabit berpecah dan membawa haluan masing-masing sekitar 1996 dan 1997.
takziah kepada keluarga Allahyarham Uban..
ReplyDeleteInnalillah...
ReplyDeleteAl-Fatihah..
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama org2 beriman.. amin..
Takziah..
ReplyDeleteSalam Takziah buat keluarga Arwah. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya...Amin
ReplyDeletePerkembangan Oyee? sy minat sgt2 kat Oyee... :'(
Gadis dari Singapura..
ReplyDeleterndu cik uban , teringt kembali kalau rambut dh panjang jee pegi kdai rambut dye .. huh ! al-fatihah...
ReplyDeleteAl-Fatihah ...
ReplyDelete