h

Warga 69

Monday, February 21, 2011

Sheera Iskandar Melanggar Kontrak

POPULAR sebagai gadis bergigi jongang menerusi telefilem Halimah Jongang, Sheera Iskandar mengecap manis dan pahit yang terlalu banyak.

Manis kerana popularitinya sedikit terangkat dan namanya yang selama ini sekadar ada semakin terserlah sinarnya. Ketika Halimah Jongang musim ketiga masih ditayangkan, tiba-tiba sahaja dia dilabel sebagai artis tidak berdisiplin, melanggar kontrak termasuklah memotong rambut ala tomboy seperti yang diuar-uarkan oleh penerbit drama berkenaan, A. Aida.

Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar mesra disapa Sheera bersama ibunya, Aznah Hamid tergamam berikutan cara isu itu ditangani yang dianggap terlalu keras. Penggambaran siri berkenaan tamat sekitar Ogos 2010 tetapi menjadi kontroversi hanya pada bulan lepas.

"Dalam keadaan sekarang, saya tidak boleh nak menjelaskan apa-apa, kami tidak tahu dan tidak dapat apa-apa maklumat tentang tindakan pihak penerbit berkenaan, nak saman atau bagaimana. Untuk tidak mengeruhkan suasana, lebih baik saya tutup mulut, risau pula takut diputarbelitkan, akhirnya saya juga yang menjadi mangsa.

Jom Baca Lagi

"Keadaan itu menyebabkan saya tertekan dan penat melayan macam-macam pertanyaan orang," katanya yang sedang menghabiskan penggambaran sebuah drama bersiri Iparku Diva untuk siaran Astro Warna.

Sedang muncul dengan drama bersiri Fantasi Cinta Teruna serta Si Capik 3, Sheera bakal muncul di pawagam pada tahun ini menerusi filem KL Gengster dan Aku Bukan Tomboy.

4 comments:

  1. ragam dunia artist. sikit2 nak saman. a. aida tu dah kemaruk ngan saman. nyampah aku.

    ReplyDelete
  2. wah, sheera nampak cam lelaki lah dalam gambar last tue.huhuuh

    ReplyDelete