Itu antara ungkapan yang terkeluar dari mulur peserta Raja Lawak musim kelima (RL5), Sulaiman Ibrahim, 29 atau Leman apabila tersingkir pada minggu ketujuh program itu.
Bergelar seorang peguam, kata Leman dia menyertai RL5 hanya untuk mendapat publisiti agar dikenali oleh komuniti di kampung halamannya, di Kuala Nerang, Kedah.
"Penyertaan saya dalam RL5 adalah strategi terbaik yang difikirkan kerana tujuh minggu berada dalam rancangan ini sudah memberikan publisiti meluas dan menaikkan populariti saya di kalangan komuniti Kuala Nerang.
"Apabila sudah dikenali dan mencipta populariti tersendiri, ia memudahkan laluan saya untuk bergelar YB di kawasan saya nanti.
"Sejak belajar di Universiti Malaya (UM), saya sudah berjinak-jinak dan aktif dalam politik kampus.
"Ini bukanlah omong kosong semata-mata tetapi ia adalah cita-cita saya. Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi, saya berharap hasrat untuk bergelar YB terlaksana," ujar Leman dalam nada yang serius sekaligus .
Kata Leman, melihat kampungnya yang agak daif dia bertekad untuk membawa pembaharuan demi manfaat penduduk di sekitar kampung halamannya.
"Boleh dikatakan, hampir setiap minggu, penduduk di kampung saya mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih.
"Ia akan bertambah kronik menjelang musim perayaan atau pun cuti sekolah. Jadi, itulah perkara pertama yang saya akan tangani jika bergelar YB Kuala Nerang," jelas Leman.
Leman tersingkir dari RJL5 pada minggu ketujuh ekoran peratu undian yang diterima paling rendah.
Saban minggu, peratus undian yang diperoleh Leman meletakkannya di kedudukan paling selesa iaitu paling atas di kalangan peserta-peserta RL5 walaupun persembahan yang dipamerkan di Gelanggang RL5 dilihat longgar dan membosankan.
Namun, dua minggu kebelakangan ini, kedudukannya itu mula rapuh sehinggalah dia tersingkir.
Namun bagi Leman, penyingkiran itu merupakan berita yang mengembirakannya.
Ketika ditanya mengapa dia begitu gembira tatkala pasangan pengacara Zizan dan Johan mengumumkan penyingkirannya, Leman menjawab, keinginannya untuk keluar daripada RL5 akhirnya sudah dimakbulkan.
Dengan itu dia boleh menumpukan usaha bagi merealisasikan cita-cita untuk bergelab YB di kawasannya.
atien memang x pnh tau yg Leman Raja Lawak nie peguam..wahhh ! klu betool laa alasan die tu , hmmmm .. kenape laa die snggup buat mcm tu ..
ReplyDeleteaku x paham betul hahahaha
ReplyDeleteleman terbaik...
ReplyDeletebiar betul? hebat3
ReplyDeleteKak pun macam tak paham betul la, hehe.....gurau saja....:D
ReplyDeletesemoga hasrat leman termakbul...:))
ReplyDeletekoya mu leman, lawak2, hahaha...dah2 la ko buat lawak, rasa nak gelak setahun dengar lawak ko,..
ReplyDeletexabes2 cerita pasal leman......sy harap awk berubah ke arah kebaikan leman
ReplyDeleteapa sebagai seorang peguam berfikir mcm ni...lebih baik dia terlibat dlm pergerakkan belia kalau nak dikenali.lepas tu masuk raja lawak buat main-main.org yg betul2 ada bakat lawak tak dapat kerana dia sorang ni.pemikiran singkat.ini kalu jadi yb bukan setakat kg tergadai negara pun dia sanggup jual.asalkan apa yg diimpikan tercapai....leman-leman.aku tak penah suka pun lawak dia dlm raja lawak.
ReplyDeletebiar la ,itukan cita2 dia..korang sape yg nak halang cita2 orang..mampus lah dia.sileman tu minta duit kat mak bapak ko ker?
ReplyDeletegood luck leman raja lawak,dah nampak dah bunga2 tu nak jadi yb..strategi yg terbaik.tingkatkan usaha.kami menyokongmu.pedulikan puak pemisah yg kat atas yg tak minat ko biar mampus lah kan.like sejuta kali
ReplyDeletekalau kamu buat perkara yg sama spt org lain buat diri kamu tak dipandang dan (ilmu) merketing kamu tidak menjadi itu konsep bisnes, so jgn ambik hati dgn komen2 diblog2 kerna tidak semua berfikiran sama.. ada jenis suka org makan gaji (playsafe), ada org peniaga (hardcore) dan bmcm2... (ilmu masing2 berbeza)
ReplyDeleteyg penting
jangan balah
leman hutang aku masa ko belajar separuh jalan kat UM dulu tu... bila nk byr?????
ReplyDeleteleman ni macai pas je,,then dy ni gile glamor..hahaha
ReplyDeleteMcm² cerita pasal Leman ni...siap tutkan anak dara org. Aku x ckp kosong ni pengakuan dr perempuan tu sendiri siap perempuan tu sanggup buat pinjaman bank RM30k bg kt Leman ni. Betul ke Leman???...x adil dgr cerita seblh pihak ja. Perempuan tu siap cakap Leman siap sihirkan dia sampai sanggup serahkan apa saja...berat tuduhan pd Leman tu.
ReplyDeletePakat2 kena kencing dgn Leman. Masa bila Leman study kat UUM ? SPM pun failed. Sejak bila Leman jadi Peguam ? Sebab selama ni dia dok jual minyak belacak di area Uptown SP pastu pi niaga di Uptown Perda.
ReplyDelete