h

Warga 69

Saturday, May 21, 2011

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal


SUATU ketika dahulu, bukan sahaja kejelitaannya menarik perhatian malah lakonannya juga begitu mempesonakan.

Meski waktu berlalu pergi, nama serta gerak-geri seniwati Mahyon Ismail di layar perak tidak pernah luput daripada ingatan. Sebenarnya, dia tidak keseorangan dalam menempuh dunia seni. Pertemuan dengan Hussein Abu Hassan, seorang lagi pelakon kelahiran Singapura, telah melahirkan bibit cinta antara mereka.

Tidak hairanlah apabila darah seni yang mengalir pekat dalam diri pasangan ini tidak putus begitu sahaja dan diwarisi oleh tiga cahaya mata, Faizal Hussein, 42, Fairuz Hussein, 44 dan juga Dilla Hussein, 46.

Memang benar Mahyon bintang lama. Namun bak berlian berkilauan, sinarnya tidak dimamah usia. Walaupun usia telah menjangkau 67 tahun, seniwati veteran ini masih gah melangkah.

Jika dilihat daripada gaya serta pertuturannya, jelas wanita ini pernah melalui zaman kegemilangan. Orangnya juga sangat ramah menyusun kata ketika berbicara.

Menyingkap kembali penglibatannya dalam bidang seni, Mahyon mula dikenali menerusi filem Abu Nawas dan Tun Teja pada awal tahun 1961. Ketika itu beliau hanya berperanan sebagai pelakon tambahan.

"Saya ingat lagi, saya sedang berlatih menyanyi di Merdeka Studio, lepas itu mereka panggil saya berlakon untuk cukupkan watak," imbaunya ketika pertama kali tampil di layar perak.

Antara filem yang pernah menaikkan namanya ialah Bunga Padi Berdaun Lalang (1975), Tiada Esok Bagimu (1978), Dia Ibuku (1980), Senja Merah (1982), Gila-Gila Remaja (1986) dan Pemburu Bayang (1991).


BERLAKON bersama Hussein dalam Bunga Padi Berdaun Lalang.


Berbicara lanjut mengenai perjalanan seninya, Mahyon mengatakan kegigihan, kesungguhan dan kesabaran menjadi inti pati kepada kejayaannya.

"Hidup sebagai anak seni tak menentu. Kena reda. Kalau ada job, adalah rezeki. Kalau tak ada, kena faham dan cari jalan lain untuk tampung kehidupan.

"Pendapatan pun tak tetap. Bayaran dulu bukan macam sekarang. Tapi sebab nak teruskan hidup, saya terima sahaja apa-apa tawaran selagi ia bersesuaian," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Gombak, Selangor.

Pada era 1960-an, Mahyon sempat berkongsi pentas bersama seniman agung Tan Sri P. Ramlee dalam filem hitam putih Nasib Do Re Mi.

"Dia (P. Ramlee) seorang yang membentuk acuan, dan dia tidak mengikut acuan yang tersedia," ulas Mahyon apabila ditanya mengenai individu yang sangat dikaguminya itu.

Bakat lakonan Mahyon juga melangkaui sempadan. Dia juga terlibat dalam sebuah filem seram, The Red Spells, yang menjalani penggambaran di Sarawak keluaran sebuah penerbitan Hong Kong, yang masih diingati ramai.


ALLAHYARHAM Hussein Abu Hassan, lelaki yang pernah bertakhta di hati Mahyon.


Sudah lumrah bergelar artis, kontroversi bagaikan menjadi sebahagian daripada hidup. Dek sebuah artikel bertajuk Mahyon Naik Risau Hussein Kahwin Lagi, mahligai indah yang dibinanya dengan suami bergolak.

"Masa itu saya sangat marah. Mereka kata mereka sengaja buat cerita tu untuk naikkan nama saya.

"Tapi saya katakan pada mereka kalau nak buat kontroversi, buatlah yang elok. Bukan yang tak elok. Itu menjejaskan nama baik keluarga saya," sanggah pelakon ini.

Namun dengan tenang dia menempuh peristiwa itu dan dibiarkannya berlalu.

Bercerita tentang kehidupan terkini, Mahyon banyak menghabiskan masa di rumah dengan menjaga keluarganya. Namun begitu, Mahyon masih mahu menaburkan bakti dalam dunia seni.

Terbaru, beliau sedang sibuk menjalani penggambaran bersama anaknya, Faizal Hussein dalam drama 26 episod terbitan Brand Network, Seharum Kenanga yang bakal disiarkan di saluran RTM.

7 comments:

  1. innalillah...
    semoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. insyaAllah...

    ReplyDelete
  2. Al fatihah... ingatkan ada artikel tentang pemergian arwah tadi... maybe next post?

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah untuk Mahyon Ismail

    ReplyDelete
  4. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.Amiin!

    ReplyDelete
  5. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya...Al Fatihah.......

    ReplyDelete