h

Warga 69

Friday, August 26, 2011

Popeye Realiti Di Dunia Sebenar

BOGOTA - Seorang pekerja pembersihan, William Chavarriaga meraikan ulang tahun yang ke-30 menghiburkan penumpang lapangan terbang dan rakan-rakannya dengan membuat mimik muka dan lagak seperti watak kartun popular, Popeye.

Chavarriaga menghiburkan penumpang-penumpang dan rakan-rakannya di Lapangan Terbang Olaya Herrera di Medellin, Colombia.

Menurutnya, dia akan terus menghiburkan para penumpang dan orang ramai kerana suka dengan perhatian yang diberikan kepadanya.

Chavarriaga yang berumur 49 tahun akan menghisap paip dan menunjukkan penumbuknya selain memiliki tubuhnya yang sasa.

QPR Mahu Jalinkan Hubungan Bersama FAM

Shafiq Rahim akan ke Cardiff bagi sesi pemilihan.
sumber dr hafizal hamad

Pemilik baru kelab Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes menyatakan kesediaannya untuk mengadakan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meningkatkan mutu bola sepak tempatan.

Tony berkata pihaknya turut bersedia memberi peluang kepada pemain-pemain negara untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu.

"Sebelum ini, kami sudah menghantar video aksi pemain Malaysia ke sana untuk melihat kemungkinan potensi yang ada. Saya tidak menolak akan wujud kerjasama ini. Malah kita memiliki masa yang panjang untuk berbincang mengenai hal ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan Anak Yatim di salah sebuah hotel di ibu kota.

Tony turut menambah: "Kelab ini masih lagi dalam peringkat "pembinaan". Seperti yang saya katakan sebelum ini, QPR adalah seperti berlian mentah.

Ditanya samaada QPR akan menandatangani pemain baru sebelum tamat sesi perpindahan beliau berkata ia kemungkinan akan berlaku tetapi terpulang kepada pengurus Neil Warnock untuk membuat keputusan. Beliau turut enggan menyatakan nama pemain dan berapakah jumlah yang disediakan.

"Saya bukanlah pengurus ataupun jurulatih untuk menentukan perkara ini. Dalam Formula Satu juga, saya tidak tahu bagaimana untuk melajukan kereta. Tetapi saya berjanji akan menyokong kuat usaha-usaha ini.

"Keutamaan saya ialah memastikan kita kekal dalam Liga Perdana Inggeris, menyokong sepenuhnya pengurus dan pengurusannya agar mereka boleh menjalankan tugas sebaik mungkin serta mewujudkan akademi pembangunan untuk masa depan," katanya.

Fernandes, yang juga merupakan pemilik Team Lotus, mengambil alih QPR selepas membeli 66 peratus kepentingan Bernie Ecclestone dan Flavio Briaotere yang merupakan pemegang saham utama kelab itu

Info:Nadi Arena

Friday, August 12, 2011

Penawar Pengsan


Sekiranya anda terjumpa seseorang yang pengsan atau tidak sedarkan diri, segeralah ambil air segelas dan bacakan ‘Ayat Kursi’ sebanyak sebelas kali. Sapukan air itu ke muka. Kepala dan badannya. Kemudian tiup pada telinganya sambil menyebut namanya (jika tahu namanya). Buatlah dengan tenang dan penuh sabar. Insya-Allah, dia akan sedar dari pengsannya.

Sunday, August 7, 2011

Berkahwin Hanya Satu ?



Menurut buku “The Millionaire Next Door” oleh Thomas J. Stanley dan William D. Danko, jutawan rata-ratanya akan berkahwin 1 sahaja dengan purata bilangan anak adalah sebanyak tiga. Para isteri jutawan juga kebiasaannya seorang yang jimat berbanding daripada suami mereka.

Menariknya, menurut tinjauan Stanley dan Danko’s, sebahagian daripada isteri jutawan adalah surirumah sepenuh masa dan sekiranya mereka bekerja, kerjaya kebiasaannya adalah seorang guru.

Nasihat Warren Buffet Untuk Orang Muda (Pelabur Legenda Nombor Satu Dan Antara Orang Yang Terkaya Di Dunia.)




1.Jauhi kad kredit dan laburlah sendiri ..

2. Wang tidak menciptakan manusia. Namun manusia boleh menciptakan wang….

3. Jalani kehidupan anda sesederhana diri anda sendiri. Yang penting diri anda selesa…

4. Jangan lakukan apa yang orang lain katakan. Dengarkan saja mereka, namun lakukanlah hanya apa yang membuat anda merasa senang (feel good)

5. Jangan membeli barang kerana jenamanya.pakailah pakaian yang memang membuat anda merasa selesa.

6. Jangan menghabiskan wang anda untuk barang-barang yang tidak penting. Gunakanlah wang anda secara bijaksana untuk keperluan yang memang benar-benar anda perlukan.

7. Akhirnya, ini semua adalah kehidupan anda.
Hidup ini hanya sekali. Mengapa anda harus memberikan orang lain kesempatan untuk mengatur hidup anda?. Hiduplah dengan gaya anda sendiri, yang penting anda senang, anda puas, anda selesa & anda bahagia…

KENAPA TUHAN KETEMUKAN KITA DENGAN ORANG YANG SALAH?


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

RAHSIA DI SEBALIK SENYUMAN



1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi, menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan dan juga persahabatan.

Saturday, August 6, 2011

PETUA MENGELAKKAN JADI PELUPA



1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali makan
2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi.
3. Tidur awal bangun awal
4. Tidak bersetubuh melebihi 2 kali seminggu
5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam
6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi.
8. Buat stretching bila bangun dari tidur
9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut
10. Elakkan lihat kemaluan dan najis
11. Baca Qoran dan cuba menghafal setiap hari
12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu
( orang moden kata aromatherapy )
13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah ( wanita ketika dalam rumah).
14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar
15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah.
16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak.
17. Tidak bercampur bukan muhrim kecuali bila ada keperluan.

CARA BETUL MENGUPAS BUAH MANGGIS

PANTANG LARANG MAKAN MADU


1.Jangan makan madu dalam masa empat jam anda makan ubat.

2.Selain itu, hindari mengambil madu bersama tembikai kerana tindak balas kimia yang terhasil daripada percampuran dua makanan itu boleh mendatangkan reaksi negatif pada tubuh.

Sudut Dan Nombor



Pernahkah anda berfikir mengapa ……..

1 bermaksud “satu”, dan 2 bermaksud “dua”?

Ia sebenarnya berkaitan dengan sudut!

Iaitu jumlah sudut.

Jika seseorang menulis nombor ke bawah (lihat di bawah) pada selembar kertas dalam bentuk yang lebih tajam , satu dengan cepat melihat mengapa.

No 1 mempunyai satu sudut.

No 2 mempunyai dua sudut.

No 3 mempunyai tiga sudut. dll

dan “O” tidak mempunyai sudut

5 TANDATANGAN TERMAHAL DI DUNIA



Di tempat ke-5,

tandatangan diatas sekeping kertas oleh pemain gitar, penulis lirik dan penyanyi iaitu Jimmy Hendrix yang dijual dengan harga USD59,484.

Di tempat ke-4,

tandatangan pada sebuah gitar oleh penulis lirik, penerbit rakaman, pemain gitar, ahli kumpulan The Yard-birds (66′-68′) dan pengasas kumpulan Led Zeppelin iaitu Jimmy Page yang dijual dengan harga USD71,087.

Di tempat ke-3,

salinan tandatangan terakhir pemain gitar dan penyanyi kumpulan The Beatles iaitu John Lennon yang dijual dengan harga USD525,00.

Di tempat ke-2,

salinan tandatangan asli perdana menteri US yang ke 13 (1861-1865) iaitu Abraham Lincoln yang dijual pada tahun 1991 dengan harga USD748,000.


Di tempat pertama,

tandatangan termahal di dunia iaitu tandatangan seorang penyair dan bangsawan terunggul Inggeris iaitu William Shakespeare. Hanya ada enam tanda tangan asli dan masing-masing dijangka sekitar USD5 juta.

Thursday, August 4, 2011

10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

Wednesday, August 3, 2011

HIKMAH SUJUD DARI SUDUT PERUBATAN

HIKMAH SUJUD DARI SUDUT PERUBATAN
1) Memperbetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
2) Memperbetulkan pundi peranakan yang jatuh
3) Melegakan sakit Hernia
4) Mengurangkan senggugut ketika haid
5) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan
6) Mengurangkan kesakitan pada pesakit apendiks atau limpa
7) Meringankan bahagian pelvis
8) Gerakan otot-otot ini menjadi bahu, dada, leher, perut, punggung ketika sujud
9) Gerakan otot-otot ini menjadi kuat dan elastik: Secara automatik memastikan kelancaran perjalanan darah yang baik
10) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin , organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit perut gelombang.
11) Mengurangkan kegemukan
12) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen
13) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh
14) Memberi dorongan untuk mudah tidur
15) Menenangkan jiwa.

Selain itu, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serat, menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentaliti kita.

Tuesday, August 2, 2011

BERSAHUR DAN PANDANGAN SAINS

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/185307_154505514628069_100002058636602_301100_7261286_n.jpg

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi (breakfast). Kajian semasa menunjukkan makanan yang paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News bertarikh 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi adalah amat penting... untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu yang lain.

Kajian yang dilakukan oleh Dr. Mark Pereira dan rakan-rakannya dari Pusat Perubatan Harvard mendapati, mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, mendapat sakit jantung dan menghidap penyakit kencing manis.

Kajian yang sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50% lebih rendah diserang masalah kesihatan yang berkaitan dengan lebihan kadar gula dalam darah berbanding dengan mereka yang jarang bersarapan pagi.

Hal ini menjadi lebih penting ke atas kanak-kanak yang berpuasa kerana kesan meninggalkan sarapan pagi ke atas kanak-kanak adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian-kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun dari tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan dari itu, satu kajian yang dilakukan oleh Dr. Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakan-rakannya ke atas 700 pelajar-pelajar dari Louisiana menunjukkan, mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah dan ini akan menyebabkan penyakit anemia (iaitu suatu penyakit yang berkaitan dengan kekurangan hemoglobin dalam darah).

Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001. Justeru secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan dari puasa mereka berdasarkan kajian-kajian yang dipaparkan ini.

Lebih dari itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah Nabi SAW dan waktu sahur juga merupakan waktu yang dipenuhi keberkatan.

Monday, August 1, 2011

Niat Puasa Ramadhan

http://www.123muslim.com/attachments/fasting-roza-saum/10274d1284115149-ramadan-mubarak-eid_mubarak.gif

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz niat untuk sebulan puasa

niatsebulanpuasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)

niatharianpuasa

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa

doaberbuka

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa

doasesudahberbuka

Credit:http://zelo55.com/