h

Warga 69

Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak. Show all posts

Tuesday, June 5, 2012

10 Ahli Sukan Terkaya Didunia

Tahukah anda dengan bersukan,10 orang ini menjadi kaya-raya serta duduk dalam kemewahan hanya disebabkan sukan,tanpa pendidikan yang tinggi tetapi gaji mereka ini lebih tinggi daripada orang yang berpelajaran malah mencecah jutaan ringgit.

Kisah 69 ingin berkongsi 10 ahli sukan yang terkaya di dunia:(gaji ahli sukan ini telah diconvertkan kisah 69 kepada ringgit malaysia)

1) Tiger Woods - RM289,173,574.74(Golf)

2)Roger Federer - RM197,349,107.33 (Tennis)

3)Phil Mickelson - RM197,006,114.50 (Golf)

4) Samuel Eto'0- RM170,000,000.00 (Football)


5) LeBron James - RM146,266,815.78 (Basketball)

6)Lionel Messi - RM140,579,997.06 (Football)

Jom Baca Lagi

Saturday, June 2, 2012

10 Pemain Islam Terbaik Di Dunia

1)Penyerang Chealsea,Nicolas Anelka memeluk Islam pada tahun 2004 di UAE, dia menukar nama Islamnya Abdul-Salam Bilal

2)Khalid Boulahrouz adalah pemain pertahanan Belanda antarabangsa keturunan Maghribi,dia kini bermain di Jerman Stuttgart3) Samir Nasri,pemain muda yang sanggat berbakat,pemain ini bermian di arsenal,beliau digelarkan 'The New Zidane' Kisah 69 tidak yakin Nasri boleh mencapai perkara-perkara yang sama seperti Zidane,tapi mengikut bakat yang Samir Nasri ada memang hebat dengan umurnya yang muda, Nasri telah dilahirkan oleh ibu bapanya Algeria di Perancis dan dibesarkan sebagai Muslim., teman wanita Samir Nasri ialah seorang pemain tennis iaitu Tatiana Golovin yang pastinya bukan Islam.4)Abou Diaby, keturunan Ivory Coast. Beliau telah dibesarkan di Perancis, dan bermain untuk pasukan antarabangsa mereka.Bintang Arsenal ini, yang bermain sebagai pemain tengah, masih beragama Islam dan masih mengamalkan.5)Hatem Ben Arfa adalah pemain yang berbakat Perancis keturunan Tunisia, dan pada masa ini berulang-alik perdagangan di Marseille. Ayahnya adalah seorang Tunisia, dan seluruh ahli keluarga beliau adalah muslim.

6)Franck Ribery juga memeluk Islam, dengan isterinya Perancis-Algeria telah dibesarkan sebagai seorang Islam

7)Kanoute bermain untuk Seville dan pasukan kebangsaan sebagai penyerang Perancis, telah mengamalkan Islam sejak umur 20 (dia kini berumur 32). Pada mulanya Beliau enggan memakai baju Seville kerana ia ditaja oleh 888.com iaitu laman web perjudian, tapi apakan daya.beliau terpaksa memakainya juga Kanoute juga telah membeli sebuah masjid di Seville.

8)Karim Benzema dilahirkan di Perancis,ibu bapanya keturunan Algeria Kabyle, dan secara terangnya adalah seorang Muslim yang masih mengamalkan agama islam. Benzema kini bermain untuk Real Madrid, berikut ialah jumlah perpindahan 35 juta euro dari Lyon ke Real Madrid,

9)Toure adalah seorang yang beragama Islam, sebelum ini dia telah menyatakan keinginannya untuk menjadi contoh untuk pemuda muslim terbaik di liga Inggeris. ".


Rate translation

10) Seperti adiknya Kolo Toure, Yaya adalah seorang Muslim yang masih mengamalkan islam.

Friday, May 25, 2012

20 Pemain Bolasepak Malaysia Paling Kacak

20 gambar pemain bola sepak paling kacak,disini anda dapat lihat beberapa pemain malaysia yang mempunyai rupa yang sangat segak,sebenarnya masih ada ramai lagi yang kacak tetapi kisah 69 hanya memilih 20 orang sahaja daripada beratus-ratus pemain bolasepak malaysia.Jadi mana satu pilihan pemain bolasepak terkacak pilihan anda?

Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
Azlan Ismail (Kelantan)

Saturday, May 19, 2012

Muka Mirip Khairul Fahmi

RAMAI yang mengakui kecekapan dan kebolehan penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi. Namun selain ketangkasannya itu, nama Khairul Fahmi menjadi hebohan di Indonesia kerana wajahnya yang dikatakan mirip seorang joki video (VJ) yang bernama Daniel Mananta.

Perkara tersebut diakui oleh dua rakan baik Daniel iaitu Arie Untung dan Fitri Tropica. Fitri yang cuba berlucu dengan temannya Daniel telah menulis di laman sosial Twitternya, "Wahai penjaga gol Malaysia, tolong mengalah atau saya sebarkan gambar anda."

Acara balas membalas status laman Twitter kemudian terjadi antara tiga serangkai tersebut. Namun Daniel nampaknya tidak gemar dirinya dikatakan mirip Khairul Fahmi.

Dia sempat menulis status di lama Twitter dengan menyatakan supaya Khairul Fahmi muncul berhadapan dengan dirinya kelak.

"Hati-hati penjaga gol Malaysia. Tahun depan saya yang akan maju," tulis Daniel kembali bercanda.

Jom Baca Lagi

Friday, May 18, 2012

12 Kecederaan Serius Pemain Bola Sepak Sepanjang Zaman

1) Eduardo Da Silva

Perlawanan yg berlangsung pada bulan februari 2008, semasa
bermain utk Arsenal, Eduardo Da Silva menerima satu
tekel kasar dari pemain pertahanan Brmingham City, Martin Taylor
yg serta-merta dibuang padang. Da Silva patah fibula kiri
dan buku lali yg cedera teruk. Setahun kemudian, beliau
menyarung semua jersi Arsenal setelah sembuh sepenuhnya.

2) David Busst

Semasa perlawanan di Old Trafford pada April 1996,
pemain pertahanan 'the Coventry' David Busst bertembung dengan
pemain Machester United Denis Irwin. Akibatnya,
Busst mengalami patah kaki kiri sehingga tulang ketingnya
menembusi kulit. Kecederaanya begitu teruk sehingga
beliau dijangka tidak boleh bermain bola secara
professional lagi.Penjaga gol Machested United ketika itu,
Peter Schmeichel, yg menyaksikan pertembungan itu
terpaksa dikaunseling sejurus perlawan berakhir..huhu, ngeri2

3) Kieron Dyer

Kieron Dyer, mengalami patah kaki kanan di Bristol Rovers
pada 29 ogos 2007.


4) Francesco Totti

Pada 19 Februari 2006, semasa bermain utk Italian Championship
menentang Empoli FC, Fancesso Totti mengalami kecederaan
kaki yg serius, fracture di fibula kaki kiri, dan
putus beberapa ligamen. Malam kejadian juga dia dioperate..


5) Jacob Olesen

Penyerang Jacob Olesen menderita beberapa kecederaan
dan perubahan kedudukan tulang di kaki kirinya pada
perlawanan October 2006. Beliau terpaksa berehat panjang
selama 6 bulan.


6) Ewald Lienen

Kecederaan teruk yg dialami pemain tengah pasukan Jerman,
Ewald Lienen pada kaki kanannya disebabkan sliding tackle
oleh pemain pertahanan Werder Bremen semasa perlawanan pada
tahun 1981.

7) Henrik Larsson

Henrik Larrson terpaksa berehat selama 8 bulan kerana
patah kaki kiri pada 1999. Kecederaan ni menyebabkan beliau
diramal sukar kembali ke kancah bola sepak. Namun,
beliau pulih sepenuhnya dan kembali beraksi utk Eurocup pada tahun 2000.

8) Luciano Almeida

Pemain Brazil, Luciano Almeida mengalami beberapa
kecederaan semasa perlawanan antara Botafogo dan Flamengo pada
tahun 2007. Beliau terpaksa direhatkan selama 5 bulan
utk sembuh sepenuhnya.

9) Inigo Diaz De Cerio

Pada 2008, pemain Sepanyol Inigo Diaz De Cerio
mengalami kecederaan yg serius semasa bertembung
dengan penjaga gol SD Elbar, Zigor..beliau mengalami
fracture pada tibia dan fibula kaki sebelah kanan.
Selepas membuat pembedahan, beliau sembuh secara sediakala
dan kembali ke atas padang selepas setahun.

10) Luc Nilis

Hanya selepas 4 minit perlawanan, Pemain penyerang
Belgium, Luc Nilis mengalami fracture berganda di
lutut kanan semasa bertembung dengan penjaga gol
Ipswich Town, Richard Wright pada tahun 2000.
Oleh kerana kecederaan itu, Luc Nilis terpaksa
bersara dari arena bola sepak..isk3

11) Djibril Cisse

Imej di atas menunjukkan Djibril Cisse patah kaki
kanan setelah ditekel secara kasar oleh pemain
pertahanan Shandong Luneng. Ianya belaku semasa
perlawanan persahabatan di Saint Etienne, Perancis
pada tahun 2006.

12) Edgar Andrade

Insiden ini berlaku semasa perlawanan antara pasukan
Cruz Azul dan Tecos UAG pada tahun Jun 2007.
Pemain Mexico, Edgar Andrade mengalami fracture yg begitu teruk
dan kakinya kanannya seolah berpusing semasa perebutan
bola dgn pasukan lawan. Setelah beberapa bulan, beliau sembuh
dari kecederaan dan kembali beraksi.


lepas ni kalau yang takut jangan main bola sepak k kawan2, kita main guli, tak pun congkak, best jugak

Kredit:Berita harian Online Com

Friday, May 4, 2012

Video Jaringan Pertama Messi Untuk Barcelona

Lionel Messi pemain bola terbaik dunia buat masa ini,video dibawah ini adalah jaringan pertama beliau ketika bermain bersama barcelona,jaringan ini terhasil apabila Messi mendapat hantaran yang sangat kemas daripada Ronaldinho yang tepat datang kearahnya lalu tanpa melenggahkan masa Messi merembat bola tepat menuju ke gawang gol.








Wednesday, May 2, 2012

Penjaga Gol Bengap,Bodoh Dan Buta

Penjaga gol bengap...otak x guna dan buta x nampak orang...nasib baik nani pandai buat trick...duduk belakang keeper...lepas keeper letak bola nak tendang kat team sepasukan...terus nani rampas bola belah belakang...free ja gol...hahaha..ingat seorang keeper kena guna otak dan mata...


Saturday, April 14, 2012

Anak Didalam Kandungan Isteri Norshahrul Idlan Talaha Hilang Diculik Bunian?

Norshahrul Idlan Talaha, pemain kebanggaan Kelantan dan juga Malaysia ini mengalami satu fenomena pelik apabila anak didalam kandungan isterinya dikatakan hilang.. Idlan Talaha membuat pengakuan itu di media dan perkara ini satu perkara yang pelik lebih-lebih lagi bila berlaku keatas orang yang agak terkenal.. Sebab perkara-perkara pelik jarang berlaku kat orang-orang terkenal ini…

Nurshahrul Idlan Talaha berkata, sebelum kejadian dia selalu bermimpi berjumpa anaknya dan melihat jelas muka anaknya itu.. Comel dan putih.. Apabila menceritakan perkara itu kepada isterinya, Isterinya mengadu sakit perut dan perutnya selalu sakit-sakit.. Sehinggalah sampai satu hari, apabila Norshahrul Idlan Talaha dan Isteri ingin membuat pemeriksaan doktor.. Doktor mengatakan yang bayi mereka telah tiada.

Kredit:Info Skuad Olimpik Malaysia(Football Team)

Tuesday, April 3, 2012

Safee Sali Cerai Isterinya Dengan Talak Satu


Pemain bola sepak terkenal negara, Safee Sali menceraikan isterinya Sabrina Yusof talak satu, hari ini.

Selasa lalu, Safee membuat keputusan mahu menyelesaikan tuntutan perintah kembali taat ke atas Sabrina di luar mahkamah.

Safee atau nama sebenarnya Mohd Safee Mohd Sali, 28 memfailkan permohonan terhadap isterinya agar kembali taat pada November lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan Nur Syaza Syaqina, 3, dan Nursyasya Safirna, 1.

Sumber Sinar Harian

Sunday, March 18, 2012

Keputusan Liga Super 2012 | LS10 | 17 Mac 2012


Sarawak (0) vs Lions XII (1)
Johor FC (1) vs T-Team (3)
Negeri Sembilan (2) vs Kedah (1)
Perak (0) vs Kelantan (2)
Selangor (3) vs Kuala Lumpur (0)
Terengganu (6) vs Sabah (3)

Senarai Penjaring Gol Liga Super 2012

9 Gol :- Francis Forkey Doe (Terengganu)

8 Gol:- Zairo Annuar Zailani ( T-Team ).

7 Gol :- Shahril Ishak (Lions XII)

6 Gol :- Jean Emmanuel Effa Owana (N.Sembilan),Faiz Subri (T-Team)

5 Gol :- Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan), Michael Kubala (Perak) , Shakir Ali (N.Sembilan),Ashari Samsuddin (Terengganu)

4 Gol:- Khyrill Muhymeen (Kedah),Mohd Fauzan Dzulkifli (PKNS), Badhri Radzi (Kelantan).

3 Gol:- Safiq Rahim (Selangor), Michael Baird (Sabah), Helmi Rameli (PKNS),Sharudin Yakup (Sabah),Mohd Rozaimi Abdul Rahman (Sabah),Arthur Henrique (Johor FC)

2 Gol :- K.Ravindran (Sarawak), Akhmal Rizal Ahmad Rakhli (Perak), Mahmoud Ghadar (Kelantan), Mickael Joseph Nicoise (PKNS),Danny Antwi (Kelantan), Azi Sharil (Johor FC), Riduwan Maon (Johor FC),Azrul Ahmad (Felda United),Vedran Muratovic (Sarawak),Shahdan Sulaiman (Lions XII), Fazrul Hazli Mohd Kadri (Perak), Hariss Harun (Lions XII), Raimi Mohd Noor (Felda United),Basko Balaban (Selangor),Amirulhadi Zainal (Selangor)

1 Gol :- Yong Kuong Yong (Felda United), Farderin Kadir (Felda United), Hairol Mokhtar (Sarawak), Zamri Morshidi (Sarawak), Kalle Sone (Sarawak), Baihakki Khaizan (Lions XII), Zachariah Simukonda (T-Team), Ismail Faruqi (Terengganu), Bobby Gonzales (Sabah), Fauzan Abdullah (Kuala Lumpur), Indra Putra Mahayuddin (Kelantan), Afiq Azmi (Kuala Lumpur), Shahrom Kalam (Perak), Lazar Popović (Perak), Ramez Jamal Dayoub(Selangor), Azidan Sarudin (Selangor), K.Gurusamy (Selangor), Muhamad Khaironnisam Sahabudin Hussain (Johor FC), Shazwan Zainon (Johor Fc), Khairul Ismail (Johor Fc), Shukor Adan (Negeri Sembilan), Shahruain Abu Samah (N.Sembilan),Mohd Firdaus Faudzi ( Felda United),Bojan Petric (T-Team), Firdaus Azizul ( N.Sembilan),Rudie Ramli (PKNS),Mohd Faizal Abu Bakar (Kedah),Jasazrin Jamaluddin (Johor FC),Haris Safwan Mohd Kamal (Johor FC),Asri Chu Chu (Sarawak),S. Subramaniam (Kelantan),Mohd Azizan Baba (Sarawak),Guy Bwele (Sarawak),Paulo Sergio Ferreira (PKNS),Safi Abdelfatah (Kedah),S. Chanturu (Kelantan),Sufian Anuar (Lions XII),P.Gunalan (Selangor),Badrol Bakhtiar (Kedah),S.Kunalan (N.Sembilan),Zairul Fitree (Kelantan),Daud Su (Kelantan),Manaf Mamat (Terengganu),Joseph Kallang (Terengganu),Zainizam Marjan (Sabah), Bredan Gan (Sabah),Azrul Hazran Amiludin (T-Team),Khairul Izwan Khalid (T-Team),

Jaringan Gol Sendiri :- Aiman Syazwan Abdullah (Kuala Lumpur),Helmi Rameli (PKNS)

Rujukan:- Bolasepak Malaysia

Friday, August 26, 2011

QPR Mahu Jalinkan Hubungan Bersama FAM

Shafiq Rahim akan ke Cardiff bagi sesi pemilihan.
sumber dr hafizal hamad

Pemilik baru kelab Queens Park Rangers (QPR), Tan Sri Tony Fernandes menyatakan kesediaannya untuk mengadakan kerjasama dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk meningkatkan mutu bola sepak tempatan.

Tony berkata pihaknya turut bersedia memberi peluang kepada pemain-pemain negara untuk mengikuti latihan bersama kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris itu.

"Sebelum ini, kami sudah menghantar video aksi pemain Malaysia ke sana untuk melihat kemungkinan potensi yang ada. Saya tidak menolak akan wujud kerjasama ini. Malah kita memiliki masa yang panjang untuk berbincang mengenai hal ini," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Media dan Anak Yatim di salah sebuah hotel di ibu kota.

Tony turut menambah: "Kelab ini masih lagi dalam peringkat "pembinaan". Seperti yang saya katakan sebelum ini, QPR adalah seperti berlian mentah.

Ditanya samaada QPR akan menandatangani pemain baru sebelum tamat sesi perpindahan beliau berkata ia kemungkinan akan berlaku tetapi terpulang kepada pengurus Neil Warnock untuk membuat keputusan. Beliau turut enggan menyatakan nama pemain dan berapakah jumlah yang disediakan.

"Saya bukanlah pengurus ataupun jurulatih untuk menentukan perkara ini. Dalam Formula Satu juga, saya tidak tahu bagaimana untuk melajukan kereta. Tetapi saya berjanji akan menyokong kuat usaha-usaha ini.

"Keutamaan saya ialah memastikan kita kekal dalam Liga Perdana Inggeris, menyokong sepenuhnya pengurus dan pengurusannya agar mereka boleh menjalankan tugas sebaik mungkin serta mewujudkan akademi pembangunan untuk masa depan," katanya.

Fernandes, yang juga merupakan pemilik Team Lotus, mengambil alih QPR selepas membeli 66 peratus kepentingan Bernie Ecclestone dan Flavio Briaotere yang merupakan pemegang saham utama kelab itu

Info:Nadi Arena

Saturday, June 4, 2011

K.Rajabobal Menerima Gelaran Datuk

DATUK K.RAJAGOPAL menerima darjah kebesaran diraja pingat Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong 2011

Tahniah Datuk K. Rajagopal di atas darjah yang diperolehi,semoga terus membawa bolasepak Malaysia ke tahap yang membanggakan!

Credit:http://www.facebook.com/mnfteam

Sunday, May 29, 2011

Barcelona Juara Liga Juara-Juara

http://www.fcbarcelona.cat/web/english/futbol/imatges/palmares/palmares_futbol.jpg

Barcelona merangkul kejuaraan keempat Liga Juara-Juara dengan bergaya dengan membenam Manchester United 3-1 dalam aksi di Stadium Wembley.

Barcelona memecah kebuntuan pada minit ke-27 selepas mendominasi perlawanan sebaik wisel ditiupkan apabila Pedro Rodriguez berjaya membaca hantaran Xavi Hernandez.

Bagaimanapun keceriaan mereka tidak lama apabila kesungguhan Manchester United terbukti dengan sentuhan Wayne Rooney tujuh minit kebuntuan untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan 1-1.

Permainan bersambung tidak seperti yang diharapkan buat peminat Red Devils apabila pasukan dari Catalunya itu terus mendominasi permainan.

Asakan bertali-arus mencerahkan lagi peluang juara 2009 itu memburu gol. Kawalan longgar terhadap Lionel Messi membawa padah buat pertahanan Manchester United yang melepaskan rembatan leret sehingga gagal dibaca Edwin van Der Sar.

Tatkala Messi diberi kawalan ketat, David Villa mencuri perhatian dengan kerja-kerasnya sepanjang perlawanan. Penyerang terbanyak Sepanyol membunuh sisa perjuangan lawan untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Sunday, May 22, 2011

Tiket Perlawanan Malaysia Vs Chelsea


Berita gembira buat peminat bola sepak di Malaysia! Chelsea akan menentang pilihan Malaysia Julai nanti dan tiket akan mula dijual dari 20 Mei.

Dengan promosi bersama lawatan pasukan Blues itu, butik sukan Adidas akan memberikan pas-pas latihan Chelsea dengan pembelian tiket dari 20 hingga 29 Mei.

Tiket akan dijual pada harga RM58, RM68 sehingga RM108. Tiket-tiket VIP juga dijual terhad dengan harga RM388.

Anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan pilihan Malaysia menentang Chelsea FC akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai 2011, 8.45 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam menjangkakan sambutan hangat dari peminat bola sepak di serantau Asia Tenggara.

"Kami jangkakan ramai yang akan datang untuk perlawanan kali ini terutama sekali dari negara jiran seperti Brunei, Indonesi, Vietnam, Thailand dan Singapore," kata Julian.

Selain dari perlawanan, perlbagai aktivi menarik bakal disajikan kepada peminat seperti sesi tanda tangan pemain, klinik bola sepak, majlis kebajikan dan pertemuan dengan pegawai-pegawai kelab rasmi penyokong Chelsea.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad gembira dengan perlawanan yang akan berlangsung itu.

"Ini peluang terbaik peminat-peminat bola sepak untuk menyaksikan kelab ternama Liga Perdana Inggeris beraksi.

"Para peminat di Malaysia perlu mengambil peluang keemasan ini," kata Azzudin.

Para peminat boleh mendapatkan tiket di gedung-gedung Adidas dari 20 Mei serta di Ticketpro dari 30 Mei.

Talian hotline Ticketpro juga di buka di nombor 03-78807999 serta lawati laman web www.ticketpro.com.my