Puteri Caroline. Berumur 20 Tahun. Dilahirkan pada 29 Mei 1992. Berasal dari negeri Kelantan. Saya suka bermain gitar di waktu lapang dan membaca. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur yang dihormati masyarakat. Dengan itu, saya berharap agar saya dapat meningkatkan lagi ilmu saya, disamping dapat memperbaiki kelemahan diri. Saya juga berharap untuk menambah pengalaman dan ilmu di dalam program Mentor ini.
Abdul Kadir Bin Haji Unding Lana lebih dikenali dengan nama singkatan KJ. Berumur 24 tahun. Dilahirkan pada 31 mac 1988. Berasal dari negeri Sabah. Hobi saya pada masa lapang ialah menyanyi dan menari. Saya bukan sahaja boleh menyanyi dan menari, malah boleh berlakon. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya selain menjadi penghibur yang disegani. Saya sentiasa lakukan yang terbaik dalam segala hal yang saya lakukan dengan harapan semoga saya akan berjaya dalam hidup dan mampu mengubah taraf hidup saya.
Noor Nazatul Farahin Binti Mohd Hussin. Berumur 23 Tahun. Dilahirkan pada 17 Mei 1989. Berasal dari Bedong, Kedah. Hobi saya pada masa lapang ialah menyanyi, memasak, dan juga melancong. Saya amat minat menyanyi dan yakin dengan kebolehan saya. Saya ingin menjadi seorang penghibur yang berkebolehan dan berkarisma dalam industri seni tanah air. Harapan saya menyertai Mentor 6 ini ialah mahu berjaya dalam bidang seni ke tahap yang membanggakan saya, keluarga, mentor saya dan juga negara.
.
Salwani Binti Sawi. Berumur 18 Tahun. Dilahirkan pada 3 Mac 1994. Berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan. Pada masa lapang, saya suka berkarya dengan mencipta lagu dan Vlogging. Saya boleh bermain alat muzik seperti gitar dan keyboard. Sejak kecil lagi saya bercita-cita untuk menjadi seorang pensyarah atau guru yang mengajar Bahasa Inggeris atau Muzik. Saya berharap dengan kecekalan yang saya ada, saya mahu mendapat banyak pengalaman dalam hidup dan tidak berhenti untuk menimba ilmu dan memperbaiki kelemahan yang sedia ada dan mampu mempertingkatkan lagi daya ketahanan fizikal, mental dan rohani dalam diri.
Kredit: http://www.facebook.com/Mentor6