Pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba pengsan ketika perlawanan menentang pasukan Tottenham dalam pusingan kelima persaingan Piala FA, 17 Mac 2012 , insiden yang mengejutkan banyak pihak khususnya peminatnya. Dia dibawa keluar dari padang dengan alat sokongan pernafasan, dan diiringi beberapa anggota paramedik dan staf perubatan Bolton. Sejurus selepas dia meninggalkan kawasan padang, pengadil Howard Webb memutuskan untuk menangguhkan perlawanan.
Disebalik kejadian itu Liam Stacey, 21 mengunakan account Twitter untuk mengutuk Fabrice Muamba akibat begitu lantang bersuara ,Pelajar Sarjana Muda Biologi tahun ketiga Universiti Swansea, dihukum penjara 56 hari oleh Mahkamah Majistret Swansea kerana mengejek pemain bola sepak Bolton, Fabrice Muamba di account Twitter-nye ketika Muamba rebah di atas padang semasa perlawanan menentang Tottenham di White Hart Lane baru-baru ini