h

Warga 69

Thursday, April 12, 2012

Langkah-Langkah Anda Perlu Lakukan Ketika Berlaku Tsunami


Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Ia berikutan gempa bumi kuat magnitud 8.9 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS),

Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.

Kesan gempa bumi itu dirasai di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar, menurut pengguna laman sosial Facebook danTwitter.

SEKIRANYA tsunami dijangka tiba, ia akan melanda Georgetown pada jam 9.11pm dan Port Dickson 2.10am.

Ada beberapa panduan jika anda berhadapan dengan tsunami.

Maklumat ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain.

Jika anda mendengar amaran kehadiran tsunami maka, pindahkan keluarga anda ke zon yang lebih jauh.

Bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat.

Patuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.

Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami.

Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.

Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai.

Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.

Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai.

Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan.

Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.

Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan.

Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum anda bercadang pulang ke sana. (Mynew)

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment