h

Warga 69

Showing posts with label Filem. Show all posts
Showing posts with label Filem. Show all posts

Saturday, May 19, 2012

Superman Pilihan Anda ?


Pasti ramai yang meminati cerita bersiri/filem SUPERMAN...errmm...Superman ni ada banyak era jugak...yang sempat dan pernah Kisah 69 tengok cuma 2 orang hero yang melakonkan watak superman nih iaitu Christopher Reeve dan Dean Cain...hah.berikut ialah senarai nama2 superhero yang terror terbang nih...check it out!

* Ray Middleton (1940 - 1944)
* Bud Collyer (1940 - 1949, 1966 - 1969)

* Kirk Alyn (1948 - 1950)
* George Reeves (1951 - 1958)
* Johnny Rockwell (1961)

* Bob Holiday (1966 - 1968)

* Bob Hastings (1966 - 1969)

* Danny Dark (1973 - 1985)
* David Wilson (1975)

* Jeff East (1978)

* Christopher Reeve (1978 - 1987)
* Beau Weaver (1988 - 1989)

* John Haymes Newton (1988 - 1989)

* Gerard Christopher (1989 - 1992)

* Dean Cain (1993 - 1997)

* Christopher McDonald (2002)

* Tim Daly (1996 - 2000,2006,2009)

* George Newbern (2001 - 2008)

* Tom Welling (2001 - present)
* Michael Dangerfield (2005)

* Yuri Lowenthal (2006 - 2008)

* Brandon Routh (2006)

* Adam Baldwin (2007)

* Kyle McLachlan (2008)
* Mark Harmon (2010)yang pastinya ini Superman kita....Superman 1 MALAYSIA....=)

Saturday, January 22, 2011

Sinopsis No One Killed Jessica

Bahasa: Hindi

Klasifikasi: Umum

Genre: Thriller

Tarikh Tayangan: 7 Januari 2011

Durasi: 2 Jam 35 Minit

Pelakon: Rani Mukherji, Vidya Balan, Mohammed Zeeshan Ayyub

Pengarah: Rajkumar Gupta

IA mengisahkan mengenai Jessica, seorang model yang ditembak mati pada satu majlis selebriti. Pembunuhannya dikatakan kerana dia enggan menghidangkan minuman setelah tamat waktu perniagaannya. Pembunuh tersebut, Manu Sharma merupakan anak kepada seorang ahli politik terkenal melakukan kesalahan tersebut ketika sedang mabuk dan marah dengan keengganan Jessica.

Walaupun 300 orang menjadi saksi tetapi tiada yang melaporkan kejadian tersebut. Selepas kejadian itu, kakak Jessica, Sabrina dan seorang wartawan TV, Meera yang mula menyiasat. mengenai insiden tersebut. Adakah mereka mampu menuntut bela?


Sunday, December 19, 2010

Sinopsis Kongsi

Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.

ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.



Tom And Jery

Tom and Jery memang x asing lagi bagi budak-budak kat malaysia,Tom adalah seekor kucing yang berwarna kelabu dan Jery seekor tikus yang comel berwarna koko.Tom and Jery nie kiranya kartun paling untuk kanak2 la..jalan cerita kartun nie tak la best sanggat asyik2 kejar mengejar ja...tom mesti nak makan jery,pastu tom mesti kena dengan perangkap yang dilakukan oleh tikus kecil itu..hehehe lebih kurang macam tu la cerita dia...sebenarnya kisah 69 nak kongsi sikit Tom And Jery di dunia nyata nie memang ada...kalau x percaya
Jom Baca Lagi

Saturday, December 18, 2010

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah

Hantu Kak Limah Balik Rumah mengisahkan tentang Husin yang telah lama bekerja di Singapura dan mengambil keputusan balik ke kampung halamannya iaitu Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.
Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.

Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin, menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.
Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau. Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’ di pawagam berhampiran anda bermula 9 Disember ini.


Tuesday, December 14, 2010

Sinopsis Aku Masih Dara


Pelakon
Raja Farah
Farid Kamil
Dian P. Ramlee
Rahim Jailani
Riezman Khuzaimi
Kuna

Pengarah : Ahmad Idham
Syarikat Penerbit : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Melayu
kategori : Filem Cereka
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Tarikh Tayangan : 16 Disember 2010

Sebuah filem yang menyentuh isu kerosakkan akhlak di kalangan remaja dan mengupas ragam kehidupan gadis-gadis zaman sekarang yang bebas dewasa tanpa bimbingan ibubapa yang terlalu sibuk mencari wang bagi menyara kehidupan. Aleesya, Sofea dan Hani merupakan tiga rakan rapat yang mempunyai latarbelakang keluarga yang berbeza. Masing-masing juga mempunyai pandangan berbeza tentang Islam, berdasarkan cara mereka dibesarkan oleh ibubapa masing-masing. Aleesya mempunyai didikan agama yang asas – boleh mengaji dan tahu sembahyang.

Namun, membesar dalam persekitaran yang serba moden dan sosial menyebabkan beliau leka pada tuntutan agama. Sofea pula dibesarkan tanpa didikan agama, Sofea dibesarkan dalam suasana serba kebaratan, Sofea tidak tahu solat dan tak tahu mengaji. Hidupnya penuh dosa dan noda sehingga dia kurang tenang walaupun mempunyai segalagalanya. Hani pula membesar dalam keluarga yang susah. Beliau kurang didikan agama lantaran ibubapa yang terlalu sibuk mencari sesuap nasi untuk mereka sekeluarga. Hani senantiasa menyalahkan ibubapanya dan adakala salahkan Tuhan kerana tidak mengubah nasib beliau sekeluarga. Untuk hidup senang, beliau mengambil jalan mudah, menjadi pengedar dadah secara kecil-kecilan dan menjerumus dalam hidup penuh noda, dunia yang mana semuanya ‘halal’.

Hani mendapat bekalan dadah daripada teman lelakinya, Zachery, yang merupakan ketua pengedar dadah di kawasan flat tempat tinggalnya. Perbezaan pandangan mereka tidak menghalang persahabatan mereka bertiga sehingga kemunculan Firdaus, sepupu Aleesya yang warak. Firdaus pentingkan hukum Tuhan dan beliau sedar, sebagai seorang Islam yang berpendidikan, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik saudara Islam yang terlencong. Firdaus yang berasal dari kampung, datang ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kursus keusahawanan, dan menumpang di rumah bapa saudaranya yang juga bapa kepada Aleesya. Menyedari Aleesya hilang arah, Firdaus sering menegur tindak tanduk Aleesya, menyebabkan Aleesya amat membenci Firdaus kerana terlalu ‘menjaga tepi kainnya’.

Namun, kehadiran Firdaus mulai mengubah diri Sofea yang mencari ketenangan. Sofea yang sudah puas hidup tanpa agama, menemui ketenangan apabila berkawan dengan Firdaus. Menerusi Firdaus, Sofea belajar tentang Islam dan mulai menyintai agama yang selama ini, sekadar status di kad pengenalannya. Kemesraan antara Firdaus dan Sofea, menyebabkan Sofea mula renggang dari Aleesya dan Hani. Sofea yang mahu Aleesya berubah mulai dimusuhi Aleesya yang menyangka Sofea berlakon untuk meniduri Firdaus. Apabila Sofea mengikut Firdaus ke kampung, bagi mendalami Islam tanpa gangguan, Aleesya semakin liar dan mula hilang pertimbangan sehingga sanggup mengikut Hani ke dalam dunia ‘pil khayal dan parti seks bebas’. Semasa mengikuti sebuah parti seks yang dianjurkan oleh Zachery, Aleesya ‘hilang dara’, menyebabkan beliau tersedar dari kebodohannya.

Hani yang sudah lama ‘hilang dara’ cuba tenangkan Aleesya dan memberitahunya, pada zaman sekarang, dara tidak penting. Menyedari beliau bukan dara lagi, Aleesya yang hilang maruah, mengambil keputusan untuk bertaubat dan mendekatkan diri dengan Allah. Beliau meminta bantuan Firdaus untuk mendidiknya juga menyelamatkan maruahnya dengan cara menikahinya. Aleesya ditemani Hani, pergi ke kampung Firdaus. Permintaan Aleesya menyebabkan Firdaus berada dalam dilemma, kerana Firdaus yang sudah tertarik pada Sofea, berjanji mahu mengahwini Sofea. Sofea pula memberitahu Firdaus bahawa walaupun dia hidup tanpa agama, dia masih dara kerana dia berpegang pada pegangan bahawa, ‘mahkotanya’ hanya untuk seorang lelaki yang boleh mendidiknya menjadi isteri yang baik.



Monday, December 13, 2010

Sinopsis Ngangkung

Ngangkung memaparkan kisah Azim (Shaheizy Sam) yang hidup serba sederhana bersama isterinya, Suri (Eira Syazira) dan anak mereka Wahida (Farisya Fatin). Azim terpedaya dengan hasutan rakan baiknya, Tasnim (Azad Jazmin) dan Wan (Angah Raja Lawak) untuk menyertai aktiviti ngankung yang dilihat dapat mengubah cara hidupnya.

Semakin hari mereka bertiga semakin rancak bermain ekor sehinggalah kehidupan Azim menjadi lebih mewah hasil daripada kemenangan nombor ekor yang diperoleh menerusi kejadian aneh di kawasan hutan. Biarpun mewah, namun kehidupannya bersama keluarga tidak lagi bahagia seperti dulu.

Mampukah rezeki yang diperoleh daripada kegiatan haram membahagiakan hidup? Walaupun niat di hati hanya ingin membaiki taraf hidup dan memberi kesenangan kepada keluarga, namun jika cara yang dipilih salah, maka tiada apa yang dapat membenarkannya.



Sunday, December 12, 2010

Sinopsis Due Date


Due Date

Bahasa: Inggeris

Genre: Komedi

Tarikh Tayangan: 2 Disember 2010

Durasi: 1 jam 40 minit

Pelakon: Robert Downey, Jr., Zach Galifianakis, Jamie Foxx, Michelle Monaghan.

Pengarah: Todd Phillips

PETER HIGHMAN (Robert Downey Jr.) bakal menjadi seorang ayah dalam masa lima hari. Ketika dalam perjalanan untuk menaiki penerbangan pulang untuk menyambut saat-saat kelahiran anaknya bersama isteri tersayang, dia bertembung dengan seorang pelakon baru, Ethan Tremblay (Zach Galifianakis) dan berdepan dengan pelbagai masalah sehingga gagal menaiki penerbangan pulang.

Tanpa sebarang pilihan, Peter terpaksa menjadi teman seperjalanan Ethan untuk pulang dengan menaiki kereta dan Peter terlibat dalam pelbagai cabaran dan masalah untuk pulang sebelum kelahiran anaknya.

Para penonton mungkin berminat untuk melihat lakonan Robert Downey Jr. yang mempamerkan sisi berlainan dirinya setelah berlakon dalam sebagai superhero dalam filem Iron Man.


Saturday, December 11, 2010

Sinopsis Faster


Faster

Bahasa: Inggeris

Genre: Aksi

Tarikh Tayangan: 2 Disember 2010

Durasi: 1 jam 38 minit

Pelakon: Billy Bob Thornton, Dwayne Johnson, Maggie Grace, Moon Bloodgood

Pengarah: George Tillman Jr.

FILEM aksi lakonan Dwayne Johnson (The Rock) ini menceritakan perjuangan seorang bekas penjenayah untuk membalas dendam terhadap individu yang mengakibatkan kematian adiknya setelah dikhianati ketika melakukan rompakan.

Selepas dipenjara selama 10 tahun, Driver (The Rock) memulakan rancangannya untuk membalas dendam, bagaimanapun dia dihalang oleh pelbagai pihak termasuk polis dan penjenayah


Friday, December 10, 2010

Sinopsis The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader (3D)


The Chronicles Of Narnia: The Voyage Of The Dawn Treader (3D)

Bahasa: Inggeris

Klasifikasi: PG 13

Genre: Adventur

Tarikh Tayangan: 2 Disember 2010

Durasi: 1 jam 59 minit

Pelakon: Liam Neeson, Ben Barnes, Eddie Izzard, Skandar Keynes, Georgie Henley, Will Poulter

Pengarah: Michael Apted

FRANCAIS filem Narnia kembali dengan siri terbaru, The Voyage Of The Dawn Treader.

Kali ini menggunakan teknologi tiga dimensi, kisah ini tertumpu kepada pengembaraan adik- beradik Edmund dan Lucy Pevensie berserta seorang sepupu mereka, Eustace Scrubb. Trio ini mendapati diri mereka termasuk ke dalam sebuah lukisan kapal Narnia yang sedang berlayar ke penghujung dunia.

Turut menyertai pengembaraan mereka ialah rakan diraja mereka, Putera Caspian dan wira tikus, Reepicheep.


Thursday, December 9, 2010

Sinopsis The Social Network

The Social Network

Bahasa: Inggeris

Genre: Drama/Biografi

Tarikh Tayangan: 2 Disember 2010

Durasi: 2 jam 1 minit

Pelakon: Jesse Eisenberg, Rashida Jones, Malese Jow, Justin Timberlake

Pengarah: David Fincher


FILEM yang diadaptasi daripada novel The Accidental Billionaires karya Ben Mezrich itu mengisahkan seorang pelajar universiti Harvard yang juga seorang pengatur cara program komputer, Mark Zuckerberg.

Mark memulakan sebuah projek terbarunya pada musim luruh tahun 2003 di kamar asramanya yang akan mencetuskan satu revolusi di dalam dunia komunikasi. Enam tahun kemudian, dia memperoleh 500 juta rakan daripada program yang diciptanya, seterusnya muncul sebagai antara bilionaire termuda di dunia.


Wednesday, December 8, 2010

Sinopsis Aku Tak Bodoh


Aku Tak Bodoh

Bahasa: Melayu

Klasifikasi: U

Genre: Komedi

Tarikh Tayangan: 2 Disember 2010

Durasi: 1 jam 37 minit

Pelakon: Adibah Noor, Amy Mastura, Jalaluddin Hasan, Namron, Riezman Kuzaimi, Rohaizat Hassan, Suhairri Sunari, Wan Noor Aizzat.

Pengarah: Boris Boo

FILEM arahan Boris Boo ini berkisarkan tentang seorang pelajar bernama Roy, 16 tahun yang menghadapi liku-liku hidup remajanya. Ibu bapa Roy terlalu bersikap konservatif dan tegas dalam mendidik anak-anak mereka yang hidup pada zaman serba moden ini serta terlalu sibuk mengejar kemewahan dunia sehingga Roy dan adiknya terabai.

Hal ini menyebabkan Roy mula hanyut dalam budaya yang tidak bermoral dan bergaul dengan remaja-remaja nakal.

Akhirnya ibu bapa Roy menyedari kesilapan mereka dan berusaha mencari jalan penyelesaian untuk menyatukan kembali hubungan kekeluargaan mereka.