h

Warga 69

Wednesday, January 19, 2011

Berebut Duit Syiling Di Jalan Raya

SEREMBAN - Kilometer 243 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke selatan berhampiran susur keluar Pedas dekat sini yang sentiasa sibuk semalam bagaikan 'pesta' apabila orang ramai berebut-rebut mengutip duit syiling yang bertaburan di lebuh raya itu.

'Pesta' itu berlaku apabila sebuah kenderaan Toyota Hilux yang membawa satu peti duit syiling berjumlah RM75,000 terlibat dalam kemalangan.

Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, peti tersebut tercampak keluar dari pacuan empat roda itu selepas kenderaan itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta BMW.

Akibatnya ribuan duit syiling 10 sen, 20 sen dan 50 sen bertaburan di lebuh raya sepanjang kira-kira 100 meter.

Keadaan itu menyebabkan ramai pengguna jalan raya menghentikan kenderaan masing-masing di bahu jalan untuk mengutip duit syiling.

Kehadiran beberapa anggota polis dan pekerja lebuh raya gagal menyuraikan orang ramai yang terus mengutip duit syiling tanpa menghiraukan keselamatan mereka.

Orang ramai meninggalkan lokasi itu selepas duit syiling itu habis dikutip tiga jam kemudian.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

4 comments:

  1. wow3..
    dahsyat sungguh cerita nie..

    ReplyDelete
  2. sery:hehehe dyit syiling yang berkeliaran dekat jalan RM75,000....sapa x mau kutip

    ReplyDelete
  3. bukan hak sendiri..kalau tolong kutip bg balik x per gak..kalau kutip masuk poket sendiri..pk sendiri la berkat x berkat..org excident tu tgh susah..knp nk susahkan lg dorg..

    ReplyDelete
  4. ada dengar gak kt radio sinar..ingatkn kt luar negara..kt semban rupanya..itulah orang kita kan..penah gak jadi mcm ni 16 thn dulu..syiling RM 20 je..tp penat gak nk kutip..syiling yg kami tukar kt bank negara dipegang oleh ank buah,pastu ada mamat motor ni dh terlanggar dia,ms kami nk lintas jln.so dia dh pengsan dan plastik yg berisi syiling tu jatuh dn pecah,apa lg syling2 tu berterabur kt ats jln raya..jln lk sesak..ms tgh kutip tu,lori,keta semuanya dok pin pon pin pon..

    ReplyDelete