Penyerang kebangsaan Malaysia, Safee Sali telah menandatangani kontrak bersama kelab di Liga Super Indonesia, Persib Bandung. Penyerang itu menegaskan keberangkatannya dari Selangor, kelab yang sudah lama beliau duduki selama 27 tahun menyatakan bahawa perlawanan terakhirnya untuk Selangor adalah pada 12 Februari ini.
"Semuanya akan jelas pada hari isnin ini ketika Selangor mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan masa depan saya. Saya telah mendapat persetujuan dari keluarga saya tentang kepergian saya ke kelab tersebut,"kata Safee.
Pengurus kelab Persib Bandung beberapa kali telah melawat pejabat Selangor FA sejak Safee menjaringkan lima gol untuk membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu.
Selangor telah bersetuju untuk melepaskan Safee dari kontraknya yang berakhir November ini dengan bayaran yang tidak didedahkan dengan pemain ditetapkan untuk berhijrah ke Bandung ketika separuh masa kedua musim Liga Super Indonesia 2010/2011 akan berlangsung pada 7 Mac ini.
Kelab Indonesia itu sudah pun memiliki dua penyerang asing iaitu Hilton Moreira, Brazil dan Pablo Frances, Argentina di dalam skuad mereka selain dua pemain dari skuad Singapura iaitu Shahril Ishak, pemain tengah dan Baihakki Khaizan, pertahanan.
"Di mana pasukan kebangsaan yang mengambil berat akan perkara ini, seharusnya tidak ada masalah tapi itu adalah masalah antara FAM dan kelab saya. Adapun percubaan ke Liga Jepun, saya percaya pada usia saya sekarang ini tidak masuk akal untuk pergi ke sana. Akan lebih baik untuk pemain muda mengambil tempat saya itu,"kata Safee.
Sementara itu, adalah diketahui bahawa dua pemain Malaysia yang lain seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat akan menghadiri ujian percubaan dengan kelab di Jepun nanti.
Sumber: Persekutuan Bolasepak ASEAN
Credit:http://www.malayatigerfootball.com/
stady lar MALAYSIA
ReplyDeletebangga jdi anak MALAYSIA