h

Warga 69

Showing posts with label Kejam. Show all posts
Showing posts with label Kejam. Show all posts

Tuesday, September 7, 2010

Tolong..! Jangan Bukak Seluar Saya

pandai amoi ni lukis ahaahahha
idea mmg terbaik..tabik springg!!!

Rompakkan Yang Gagal

Hahaha....rompakkan tak menjadi sebab kesalahan diri sendiri...
apa rah...punya bodoh...pistol perompak tu sendiri terjatuh dekat tauke kedai tu...
abih....tu tauke tu terus la acukan pistol dekat penyangak tu...terus perompak tu lari lintang pukang keluar kedai.........
http://4gifs.com/gallery/d/67947-3/Robber_loses_gun.gif

Saturday, September 4, 2010

Kes Kena Buli

Kes buli...selalunya kita selalu dengar kes buli kat sekolah ja...rupa-rupanya kat tentera pon kena buli...daa..apa la...tapi aku tak tau la tentera mana malaysia ka indonesia....
memang kurang ajar betul la...ikut suka ja nak pukul orang...ingat apa depa binatang ka....apa...pukul macam tak dak perasaan...

Saturday, August 21, 2010

Penjual Nasi Lemak

Serik nak makan nasi lemak Kg Baru.
UNTUK SEMUA ......... yang pernah makan nasi lemak Kg Baru, KL.

SATU PENDEDAHAN:

NASI LEMAK KG BARU - PENGAJARAN UNTUK SEMUA ......... AWASLAH!

Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian ....
Mengisahkan berkenaan seorang peniaga
Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan
setiap hari memenuhi kedainya
untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal
keluarga turun-temurun merupakan
strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang
dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang
digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular
berkenaan diwapkan didalam
periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Eeey..!!

Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama
betulnya perlu dirahsiakan)
bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan
beliau. Pada malam sebelum
beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya
meraung-raung kepanasan walhal
malam itu hujan agak lebat diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat
apa-apa, maka beliau memanggil orang
kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu.

Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu
perubatan ini. Saya sampai kira-kira
jam 10.30 malam, ketika itu hujan masih lebat belum berhenti di sambut pula
dengan raungan Kak Kiah yang
semakin kuat. Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2
tingkat di Lorong Raja Muda itu dan
memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam. Kak Kiah berada
ditengah dengan 6 orang lelaki
memegang tangan dan kaki beliau.

Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh
manakala kulitnya seperti hendak
menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan
bilis daripada anak lelakinya. Ianya
tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian dalam
perniagaan mereka. Saya
gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan Kak Kiah semakin kuat dan
nyatanya beliau sungguh marah
sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar
lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa
membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan
dengan air masak, rontaan Kak
Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya
minta anak lelakinya mencurahkan
santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada
bawah tilamnya. Bau yang busuk
tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah
tilam. Saya arahkan jiran-jiran
mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh
dengan ........Pernipuan SERTA MERTA



Heh...Heh...Heh...Jangan marah ...... Dah! Cerita ni tipu jer ........P la wat kerja balik...nanti boss hampa marah pulak hehehehe
*p/s : Janganlah marah! aku pun dah terkena daaaaa ..... "mangkaq betul! bukan
main serius aku baca cerita ni tadi, !!"

Tuesday, August 17, 2010

Tembakan Terbaik

askar israel ke tu ? patut banggang semacam je..
hahhaha..ade bakat jd team sniper nie..hehehe...
bangang betul boleh tak sedar askar nie.....siap kena kencing budak2 fresh nie....

Saturday, August 14, 2010

Belum Mula Lagi

tunggu-tunggu aku belum sedia......
die angkat tangan tu menunjukkan motor ada problem tu.. mane boleh kuar dari trek terus mase sume motor tgh start memecut..org belakang tu dah cuba mengelak..tapi, xsangka die jatuh betul2 tempat die mengelak.. ngeri tengok..
pergh patah tulang blakang tu...

Wednesday, August 11, 2010

Kena Langgar Masih Hidup

Dua orang adik beradik melanggar coyote pada kelajuan 75 batu/jam dan terus memandu dengan anggapan coyote tersebut pasti mati di tepi jalan. Mereka tidak menjangka bahawa ini adalah seekor binatang yang mampu menahan hentaman langgar lari begini.

8 jam, dua kali berhenti mengisi minyak dan 600 batu kemudian mereka mendapati coyote tersebut masih hidup tersepit di bumper hadapan kereta di bahagian radiator.

melihat coyote yang tersepit

masuk betul-betul didalam ruang angin dibumper hadapan

pegawai hidupan liar mengikat di bahagian kepala bagi megurangkan kecederaan

kepala coyote yang dapat dilihat dari dalam bonet

setelah bumper dibuka barulah dapat dikeluarkan

masih sihat walaupun teruk dilanggar

Gambar Islam Di Pandang Hina

Pameran seni di Sepanyol....
Mereka masih mahu menghina, di mana pendirian kita?
kuang ajar nya!!!!!!!!!!

TV Host Paling Kurang Asam

TV Hos paling kurang ajar

tengok yang ade subtitle baru paham.
diorang ni jadi camtu akibat daripada kesilapan pas operation.
hos rancangan gelak sakan pulak.
sian diorang...

Tuesday, August 10, 2010

Gadis Comel Menunggu Teksi

Macam tak ada taxi nak berhenti, takut rosak absober...
lori pun tak nak berenti klu cam tu..
mesti driver taxi ingat bangunan..besar semacam jer

Saturday, August 7, 2010

Kisah ! Kena Rejam

Kejadian nie tak silap aku dekat nigeria.....
laki nie dah berkahwin tapi masih melakukan zina dengan perempuan lain.....
sebab tu dia nie kena rejam sampai mati.....

kalau la kat malaysia hukuman berzina macam nie.....sah2 orang tak berani nak berzina...

Sunday, August 1, 2010

Kisah ! Bapak Mahu Buang Anak

Seorang bapa seorang penagih mahu membunuh bayi perempuannya berusia 2 tahun namun gagal selepas diselamatkan askar.







Kisah ! Kena Ragut

Peragut Di China




kesian perempuan tu x dak sapa nak tolong....dah la laki depan stesen bus tu macam tongong ja....bukan nak tolong ...yang aku pelik...sapa la yang bangang pi tangkap gambar nie......baik pi tangkap peragut tu lagi baguih...
tapi pikir2 jugak kalau yang tangkap gambar nie tak tangkap gambar nie...
mesti gambar nie tiada kat sini betul dak???
hahahhahha korang mesti pening kan apa aku kata????

Sunday, July 25, 2010

Kisah ! Cara Selamatkan Mangsa Kebakaran


nie nk smackdown org nie..bkn nk selamatkan org..hehehehe

Friday, July 23, 2010

Kisah ! Penderaan Orang Gaji



Saya terkejut membaca lapuran mukadepan beberapa akhbar yang menunjukkan kecederaan teruk yang dialami seorang warga Indonesia setelah disiksa dan didera oleh majikan beliau selama tiga tahun.

Siti Hajar (33) mengalami kecedaraan serius akibat disimbah dengan air panas. Beliau juga mendakwa sering disiksa dan didera dengan pelbagai cara oleh majikannya. Malahan beliau hanya diberi makan nasi dengan berlauk daging **** sebagai bentuk siksaan. Gaji beliau sebanyak RM500 sebulan juga tidak pernah dibayar.

Saya khuatir dengan perkembangan saperti ini. Sebelum ini kita mendengar lapuran bagaimana seorang lagi wanita Indonesia bernama Bonat disiksa begitu kejam oleh majikannya.

Apa yang dikhuatirkan adalah kerana kes ini melibatkan majikan yang terdiri dari bukan Melayu. Seorang rakan dari Indonesia bertanya kepada saya apakah ini satu permasalahan psikologi yang dihadapi oleh bukan Melayu yang melepaskan geram terhadap bangsa Melayu yang beragama Islam dengan menyiksa pembantu rumah berbangsa Melayu beragama Islam ini.

Saya meyakinkan beliau bahawa saya tidak percaya ianya suatu permasalahan melibatkan kaum atau agama, dan mungkin ianya suatu kebetulan bahawa pembantu yang terlibat berbangsa Melayu beragama Islam dengan majikan bukan Melayu/Islam.

Walau apa pun, suatu kajian dan pelan tindakan menyeluruh dan serius perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan membuat dasar melarang pembantu rumah berbangsa Melayu beragama Islam daripada bekerja dirumah majikan bukan Melayu/Islam.

Kita sudah melihat banyak keadaan dimana warga Indonesia berbangsa Melayu beragama Islam ini dipaksa memakai pakaian yang jelas tidak menutup aurat. Adalah suatu yang norma untuk melihat mereka berpakaian seluar oendek (atau seluar katok kata orang Melayu). Ada antara mereka mengadu tidak dapat mengerjakan solat, terpaksa berhadapan dengan masalah anjing, **** dan arak dan macam-macam lagi. Saya tidak menafikan ada majikan bukan Melayu/ Islam yang baik, namun risiko warga Indonesia berbangsa melayu/ beragama Islam terdedah dengan perkara-perkara yang tidak diingini menurut Islam adalah terlalu tinggi.

Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula dasar ini. Adalkah lebih afdhal bagi majikan bukan Melayu/Islam ini mengambil pembantu rumah dari kalangan bukan Melayu/Islam saperti daripada Filipina, Cina atau Thailand.

Sekian wassalam.

Kisah ! Pengalaman Ngeri Langgar Dan Samun

Disini Sy kongsikan pengalaman Ngeri saudara kita..
Jadi sama-sama kita ambil iktibar.

Nama : MOHD HAPIZAL BIN SHAMSUL BAHARI
No Staff : 10088408
Jawatan : TT 05
Tempat Bertugas : TNBD SERI MANJUNG

13.07.2010 lebih kurang jam 2300 mangsa bersama teman wanitanya melalui jalan Ipoh Lumut berhampiran pasar malam Kg Aceh telah dilanggar oleh sebuah motorsikal di bahagian belakang kereta.

Mangsa berhenti dan keluar dari kereta melihat seorang India dan berbincang mengenai perlanggaran tersebut.

Dalam pada masa sama seramai 3 orang berbangsa India datang berkerumun keluar dari kawasan semak.

Tiba tiba mangsa terasa diketuk di kepala dan merasai kepala berdarah..dipercaya i menggunakan parang.Mansa juga telah di tetak di peha kiri.

Mangsa bersama teman wanitanya dibelasah dan dihumban kedalam kereta seorang di depan seoarang di belakang.Teman wanitanya di pijak oleh seorang penyamun tersebut sambil kawan penyamun memandu kereta .Yang selebihnya menaiki motosikal.

Mangsa berkeadaan berdarah di kepala dan peha kiri sempat memaut kepala penyamun yang memandu kereta kerana si penyamun tidak melepaskan brek tangan kereta tersebut. ( Toyota Wish ) Kawan penyamun dibelakang cuba melepaskan tangan mangsa dari memaut kepala kawanya dan teman wanita mangsa mengambil kesempatan membuka pintu kereta untuk meminta bantua dalam keadaan kereta bergerak perlahan.

Sebuah lori telah berhenti dan memberi bantuan kepada mangsa.Pemandu lori dan kelindannya berbangsa melayu dapat menahan salah seorang penyamun tersebut dan membelasahnya sehingga 2 jari kanan penyamun patah.Yang lain dapat melarikan diri masuk kedalam semak berhampiran arah ke Kg Aceh.Mangsa dan teman wanitanya dibantu oleh orang ramai membawa ke hospital Manjung.Mangsa ditahan di wad 6 dan menerima 16 jahitan luar dan dalam di kepala serta 14 jahitan di peha kiri manakala teman wanitanya sebagai pesakit luar.

Mangsa dan teman wanitanya telah membuat laporan polis.Seorang penyamun telah di tahan dan bakinya dalam siasatan polis.Penyamun dipercayai dari Pantai Remis mengikut pengenalan dan rekod.

Mengikut laporan …jika mangsa tidak melawan berkemungkinan besar kes ini menjadi kes samun,culik dan bunuh

Kata pegawai polis yang mengambil kes ini.

Moral : Dari cerita ini dapatlah kita mengambil iktibar dan berhati hati jika kita terlibat dalam perlanggaran seperti ini …jangan berhenti …sebaiknya terus pandu sampai ke kawasan terang dan ramai atau terus ke balai polis berhampiran.


Wednesday, July 21, 2010

Kisah ! Perompak Guna Bunga Sebagai Senjata

GAMBAR menunjukkan wajah suspek perompak yang menggunakan jambangan bunga sebagai senjata.

CHELSEA - Polis di Amerika Syarikat (AS) kini menyiasat seorang perompak romantik yang menggunakan jambangan bunga berwarna-warni sebagai senjata untuk merompak bank, lapor sebuah akhbar semalam.
Pada Khamis lalu, perompak itu yang memakai seluar jean, baju-T biru dan tidak bertopeng memasuki sebuah bank di sini sambil membawa sejambak bunga pelbagai warna pada waktu pagi.

Semasa gilirannya berjumpa dengan kerani kaunter bank berkenaan, lelaki tersebut memegang jambangan bunga itu yang mengandungi sekeping nota: "Serahkan semua wang kertas seratus dan lima puluh, jangan cuba untuk menjadi wira".

Setelah menyamun AS$440 (RM1,419), dia meletakkan bunga tersebut di kaunter juruwang dan melarikan diri.Jambangan tersebut yang mengandungi bunga kekwa kuning, daisi merah dan oren dan beberapa bunga lain kini diperiksa oleh pasukan forensik polis.
Seminggu sebelum itu, suspek yang menggunakan taktik serupa merompak AS$2,325 (RM7,499) dari sebuah lagi bank. -

Wednesday, July 14, 2010


apsal la lembu kena korban...kayu betol la depa ni

Monday, July 12, 2010

Kisah ! Bapa Paling Kejam


Kes manusia dah jadi teruk dari binatang!!

Saturday, July 10, 2010