h

Warga 69

Saturday, July 17, 2010

Kisah ! Jiran Marah Mr. Bean Mahu Roboh Rumah


RUMAH banglo yang mahu dirobohkan oleh Mr. Bean.

OXFORD - Pelakon komedi terkenal Britain, Mr. Bean atau nama sebenarnya, Rowan Atkinson, 55, menimbulkan kemarahan jiran-jirannya apabila dia berhasrat untuk merobohkan sebuah rumah lama di Ipsden di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia berhasrat untuk merobohkan rumah banglo dua tingkat yang dibina pada 1930-an itu dan menggantikannya dengan rumah seperti sebuah stesen minyak setinggi sembilan meter.

Rumah banglo dua tingkat itu terletak di atas tanah seluas 6.5 hektar.


GAMBAR menunjukkan reka bentuk rumah baru Mr. Bean.

Atkinson mengupah seorang arkitek terbaik Amerika Syarikat (AS), Richard Meier untuk membina kediaman itu selain mengupah pereka landskap terkenal, Tom Stuart-Smith bagi membina padang rumput.

Kos keseluruhan projek itu ialah £5 juta (RM24.5 juta).

Sebuah hutan buatan sendiri akan diwujudkan bagi melindungi keluarga Atkinson daripada gangguan jiran-jiran.

Taman bunga Jepun, sebuah gelanggang tenis, kandang kuda dan garaj kereta bawah tanah juga akan dibina.

Atkinson berkata: "Saya tidak mahu tinggal di sebuah rumah yang kelihatan ganjil atau futuristik tetapi ia (rumah yang bakal dibina itu) kelihatan anggun dan cantik seperti yang disediakan oleh Meier.

"Adalah sesuatu yang memalukan jika terdapat orang yang menganggap tidak ada tempat di desa untuk reka bentuk moden."

Pihak majlis perbandaran akan membuat keputusan sama ada untuk meluluskan permohonan itu pada September depan.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment