h

Warga 69

Saturday, July 17, 2010

Kisah ! Zoo Benar Haiwan Ditunggang

BUENOS AIRES - Sebuah zoo di Argentina mencetuskan kontroversi kerana membenarkan pelancong-pelancong mendekati dan menunggang haiwan berbahaya seperti singa, lapor sebuah akhbar semalam.

Zoo Lujan dekat sini turut membenarkan pengunjung memberi makan harimau kumbang, mengusap-usap harimau, mendakap beruang.

Kanak-kanak juga dibenarkan memasuki kandang singa dan membelai beberapa haiwan yang berpotensi membunuh atau mencederakan mereka.

Pengurus Besar Zoo Lujan, Claudio Nieva menjelaskan zoo itu merupakan sebuah yayasan ekologi yang menerima haiwan-haiwan tidak lagi diperlukan.

"Selepas dipelihara di rumah, beberapa haiwan itu menjadi kotor dan pemiliknya tidak lagi memerlukannya. Kami menerima, menjaga dan memberi haiwan itu makan," katanya.

Nieva menegaskan pihak pengurusan zoo itu mengambil langkah berjaga-jaga yang tinggi bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

"Kami memberi makan semua haiwan supaya ia tidak berasa lapar apabila seorang manusia memasuki kandang. Terdapat dua atau lebih penjaga terlatih yang berada di dalam kandang haiwan," katanya.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment