
KATHMANDU - Aktres terkenal Bollywood kelahiran Nepal, Manisha Koirala,  39, selepas dua kali putus cinta akhirnya mengahwini seorang ahli  perniagaan negara itu, Samrat Dahal yang dikenali menerusi laman sosial  popular Facebook.
Upacara perkahwinan berlangsung di kuil Hindu di sebuah resort hutan  mewah di Sridhar Pokharel semalam manakala majlis resepsi dijadualkan  pada hari ini dengan dihadiri semua ahli keluarga dan rakan-rakan rapat  kedua-dua belah pihak.
Manisha yang juga duta muhibah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu  sejak dilantik pada 1999, pernah bercinta dengan Duta Australia di  Nepal, Crispin Conroy dan kemudian penulis buku warga Amerika Syarikat,  Christopher Dorris.
Bintang itu memulakan karier lakonan pada 1989 sebelum menjadi popular  menerusi banyak filem termasuk Dil Se bersama dengan aktor Shah Rukh  Khan selain dinobatkan lima kali sebagai pelakon wanita terbaik.
boleh k percaya dgn cinta online ni..
ReplyDeleteemmm..
~_^
Salam... Jodoh Allah itu rahsia..
ReplyDeleteAlhamdulillah ana bertemu suami juga melalui FB.. sekarang sudah berumah tangga hmpir 2 tahun.. ramai kawan2 ana juga mcm tu.. :)