h

Warga 69

Thursday, July 15, 2010

Kisah ! Pemilik Payu Dara Terbesar Kini Kritikal


GAMBAR menunjukkan Sheyla Hershey yang memiliki payu dara terbesar di dunia.

HOUSTON, Texas - Seorang model berumur 28 tahun, Sheyla Hershey yang memiliki payu dara terbesar dunia kelmarin berada dalam keadaan kritikal,

Dia yang juga seorang ibu berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan payu daranya yang terbaru di sebuah hospital.

Sheyla yang berketurunan Brazil tetapi tinggal di sini menjalani pembedahan itu kerana mengalami jangkitan akibat pembedahan tambahan terbaru payu daranya pada bulan lalu.

Doktor-doktor melakukan pembedahan itu pada pagi kelmarin untuk mengeluarkan implan payu dara.

Setakat ini, model itu telah menjalani 30 pembedahan.

Sebelum ini, Sheyla pernah berkata, dia demam dan berasa sakit serta tidak dapat bernafas dengan sempurna selain terpaksa baring di atas katil setiap hari.

Menurut laman web model itu, dia boleh berbahasa Portugal, Sepanyol, Itali dan Inggeris.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment