
Namun, dia yang dilaporkan hilang pada usia 13 bulan semasa berada di sebuah restoran di Norwalk, California dijumpai dalam keadaan selamat dan fasih bercakap bahasa Romania kerana dipelihara pasangan itu yang berasal dari negara tersebut.
"Dia dijaga baik dan gembira," kata seorang syerif, KapteSn Patrick Maxwell dari Jabatan Sherif Los Angeles County dan mengesahkan Amber tidak dikurung seperti kes kontroversi Jaycee Lee Dugard yang diculik menjadi hamba seks selama 18 tahun.
Anehnya, polis menyatakan, Amber kelihatan kecewa selepas diambil dari keluarga 'penculik' itu yang dipanggilnya sebagai ibu dan bapa manakala sijil kelahiran dan namanya diubah selain tidak dihantar bersekolah bagi mengelak dicurigai pihak berkuasa. Misteri masih belum terungkai mengenai bagaimana budak itu boleh dijaga oleh pasangan berkenaan.
Polis juga menyiasat misteri dia dibawa sejauh 597 kilometer ke Phoenix sebelum dijumpai disembunyikan di dalam bilik air semasa rumah tukang tilik itu diserbu manakala suspek mendakwa Amber ialah anak angkat tanpa memiliki dokumen sah.
Sebelum kehilangannya, Amber telah dirampas apabila keluarga angkatnya yang membawanya bertemu dengan ibu kandungnya di sebuah restoran kanak-kanak.