h

Warga 69

Saturday, July 17, 2010

Kisah ! Zoo Sepanyol Mahu Sotong Paul


GAMBAR menunjukkan sotong bernama Paul di dalam Akuarium Sea Life di Oberhausen pada 12 Julai lalu.

MADRID - Sebuah zoo di sini membuat tawaran untuk mendapatkan sotong selebriti Piala Dunia, Paul dari tempat tinggalnya di Akuarium Sea Life, Oberhausen, barat Jerman.

Pihak pengurusan zoo itu akan menawarkan haiwan lain bagi menggantikan wang kepada pihak akuarium tersebut sebagai tukaran untuk mendapatkan Paul.

Namun, seorang jurucakap Akuarium Sea Life menegaskan haiwan itu tidak akan dipindahkan ke tempat lain.

Sotong itu berumur dua setengah tahun dan dilahirkan di sebuah akuarium di England pada Januari 2008.

Jangka hayat haiwan tersebut ialah tiga tahun.

Sotong itu menjadi terkenal kerana ia meramalkan dengan tepat semua perlawanan melibatkan Jerman selain Sepanyol pada Piala Dunia 2010.

Cara sotong itu membuat ramalan ialah dengan memilih salah satu bekas berisi makanan yang dihiasi dengan bendera negara yang bertanding dalam akuarium tersebut. -

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment