h

Warga 69

Saturday, February 5, 2011

Suarez Buat Keputusan Hijrah Ke Anfield

LONDON - Luiz Suarez mendedahkan bahawa pengurus Liverpool, Kenny Dalglish me- rupakan faktor utama dia membuat keputu- san berhijrah ke Anfield.

Suarez, 23, yang juga penyerang antarabangsa Uruguay, dibawa masuk ke Anfield dengan yuran perpindahan bernilai £23 juta (RM113 juta) dari kelab Belanda, Ajax Amsterdam.

"Dia (Dalglish) merupakan individu yang kamu pasti akan hormati selepas berbicara dalam tempoh beberapa minit sahaja.

"Dia cuba bercakap bahasa Sepanyol dengan saya dan situasi itu sangat mengagum- kan saya.

"Dia merupakan legenda bagi Liverpool dan juga di bandar ini, namun bagi saya adalah penting kamu menilai seseorang itu selepas kamu bertemu dengannya.

"Saya dengan cepat dapat merasakan bahawa saya sangat sesuai jika berada di bawah kendalian Dalglish yang mana saya lebih semangat untuk beraksi dengan corak permainan yang diterapkan olehnya," jelas Suarez.

Penampilan pertama Suarez bersama Liverpool awal pagi kelmarin ternyata memberikan impak yang besar buat skuad The Reds.

Sekalipun masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan, Suarez masih mampu menjaringkan satu gol bagi membantu Liverpool menewaskan Stoke City 2-0 dalam saingan Liga Perdana England di Anfield.

"Semua orang pasti akan mengatakan bahawa ia seolah-olah mimpi menjadi kenyataan. Hanya beraksi beberapa minit di atas padang tetapi sudah boleh menjaringkan gol.

"Ditambah pula ia dilakukan di hadapan pe- nyokong Liverpool sendiri. Matlamat utama saya selepas ini adalah bagi membantu Liver- pool kembali bersaing dengan kelab-kelab lain," kata Suarez.

Jaringan yang dilakukan Suarez itu sekali gus mengubat kekecewaan yang dialami penyokong-penyokong skuad The Reds yang menyaksikan bintang kesayangan mereka, Fernando Torres telah berhijrah ke Chelsea.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment