Entry nie 100% copy dari blog anizyn.Kisah 69 copy nie untuk warga 69 tahu tentang khasiat pisang nie,pisang sebenarnya adalah buah-buahan yang paling berkhasiat dalam dunia...macam-macam khasiat sebenarnya ada dalam pisang! salah satunya jom kita baca
Pisang pada mulanya adalah sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini berjaya dikomersialkan. Buah-buahan berkenaan bukan saja mengenyangkan malah boleh mengatasi masalah sembelit. Selain mudah didapati dan murah di pasaran, pisang juga antara buah-buahan yang berpotensi membekalkan serat, vitamin A serta menjadi makanan ruji masyarakat Afrika.
Pelbagai jenis masakan boleh dihidangkan melalui pisang dengan cara merebus, menggoreng atau dibuat pengat, lepat, koleh serta jemput-jemput. Bunyinya sangat sedap dan sudah pasti enak!. Tetapi awas! Sungguhpun pisang sedap dimakan dan baik untuk kesihatan serta membantu merawat penyakit tertentu, ia bagaimanapun tidak elok dimakan oleh pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi.
Tahukah anda, ada lebih 20 jenis pisang di dunia. Tetapi pisang nipah, nangka, abu, mas, tanduk raja, embun biasa didengari. Namun pisang talang, kapas, awak, susu, berangan, kari, embun, kelat keling, rastali, talang, khaki, kapas, lidi, lemak manis kurang biasa kita dengar, terutama bagi mereka yang tinggal di bandar.
Ketua Diatetik dan Pemakanan Khasiat, Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU), Prof. Dr. Fatimah Arshad, berkata seperti yang kita tahu, semua pisang boleh dimakan, bagaimanapun ada berapa jenis pisang yang tidak boleh dimakan iaitu pisang pisang hutan kerana banyak biji atau pisang muda.
"Ada pisang yang dimakan mentah dan ada juga tidak boleh dimakan mentah antaranya pisang tanduk, nangka, abu, lidi dan kapas," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Beliau berkata, pemakanan pisang memberikan banyak khasiat kepada tubuh badan kerana secara keseluruhannya ia mengandungi tenaga, vitamin A, serat, vitamin C dan Kalsium.
"Sebagai contoh, 2 biji pisang emas mengandungi 100 kalori, 73gram (g) air, 1.4g protein, 23 g karbohidrat, 1.7 g serat, 380 mikro gram (mg) karoten (pre vitamin A), 63 RE vitamin A, 8.3 mg vitamin C dan 342 mg kalium," katanya.
Khasiat pisang sudah tentu boleh membekalkan tenaga. Pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semula jadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa. Gula semula jadi ini amat penting untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, pula pisang mengandungi magnesium, fosforus, iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat. Penyelidikan yang dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit. Seribu satu khasiat pisang kurniaan Allah kepada manusia. Tidak hairanlah pisang amat popular di kalangan atlet kerana ia membekalkan tenaga yang cukup ketika mereka beraksi dalam apa saja pertandingan sukan.
Pisang adalah buah yang paling digemari penduduk seluruh dunia. Ia juga mampu menawarkan penyakit dan boleh membantu dalam kesihatan manusia.
Daun pisang
# Digunakan sebagai alas makanan kerana menghasilkan bau yang harum apabila terkena makanan yang panas.
# Digunakan sebagai pelindung hujan
# Pembalut kuih atau masakan seperti ikan bakar atau kuih lepat.
# Batang pisang
# Digunakan untuk membuat rakit.
# Mempunyai gentian yang banyak dan boleh diproses secara perdagangan untuk membuat tali dan bahan seumpamanya seperti guni.
Buah pisang
# Boleh dimakan masak atau diambil semasa muda untuk dimasak sebagai lauk, digoreng, dibuat sira, dibuat pengat, dan dijadikan kerepek.
Jantung pisang
# Dibuat sebagai ulam selepas dicelur.
Khasiat pisang dari sudut kesihatan
# Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
# Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
# Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
# Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
# Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
# Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
INFO
# Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.
# Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.
# Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.
# Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.
100 gram pisang menyediakan
# 1.2 gm protein
# 0.3 gm lemak
# 17 mg kalsium
# 78 mg karotin
# 88 mg kalium
# 27.2 gm karbohidrat
# 0.4 gm fiber
# 116 kcal tenaga.
Oleh Hidayah Mohammad
baru tau..selame ni yg tau mkn jer...thnks for d info
ReplyDeletemaknanya hari2 kne beli pisang la jwbnya...hehe
ReplyDelete