h

Warga 69

Sunday, May 29, 2011

Barcelona Juara Liga Juara-Juara

http://www.fcbarcelona.cat/web/english/futbol/imatges/palmares/palmares_futbol.jpg

Barcelona merangkul kejuaraan keempat Liga Juara-Juara dengan bergaya dengan membenam Manchester United 3-1 dalam aksi di Stadium Wembley.

Barcelona memecah kebuntuan pada minit ke-27 selepas mendominasi perlawanan sebaik wisel ditiupkan apabila Pedro Rodriguez berjaya membaca hantaran Xavi Hernandez.

Bagaimanapun keceriaan mereka tidak lama apabila kesungguhan Manchester United terbukti dengan sentuhan Wayne Rooney tujuh minit kebuntuan untuk mengakhiri separuh masa pertama dengan 1-1.

Permainan bersambung tidak seperti yang diharapkan buat peminat Red Devils apabila pasukan dari Catalunya itu terus mendominasi permainan.

Asakan bertali-arus mencerahkan lagi peluang juara 2009 itu memburu gol. Kawalan longgar terhadap Lionel Messi membawa padah buat pertahanan Manchester United yang melepaskan rembatan leret sehingga gagal dibaca Edwin van Der Sar.

Tatkala Messi diberi kawalan ketat, David Villa mencuri perhatian dengan kerja-kerasnya sepanjang perlawanan. Penyerang terbanyak Sepanyol membunuh sisa perjuangan lawan untuk menjadikan kedudukan 3-1.

Sunday, May 22, 2011

Tiket Perlawanan Malaysia Vs Chelsea


Berita gembira buat peminat bola sepak di Malaysia! Chelsea akan menentang pilihan Malaysia Julai nanti dan tiket akan mula dijual dari 20 Mei.

Dengan promosi bersama lawatan pasukan Blues itu, butik sukan Adidas akan memberikan pas-pas latihan Chelsea dengan pembelian tiket dari 20 hingga 29 Mei.

Tiket akan dijual pada harga RM58, RM68 sehingga RM108. Tiket-tiket VIP juga dijual terhad dengan harga RM388.

Anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), pasukan pilihan Malaysia menentang Chelsea FC akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 21 Julai 2011, 8.45 malam.

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents, Julian Kam menjangkakan sambutan hangat dari peminat bola sepak di serantau Asia Tenggara.

"Kami jangkakan ramai yang akan datang untuk perlawanan kali ini terutama sekali dari negara jiran seperti Brunei, Indonesi, Vietnam, Thailand dan Singapore," kata Julian.

Selain dari perlawanan, perlbagai aktivi menarik bakal disajikan kepada peminat seperti sesi tanda tangan pemain, klinik bola sepak, majlis kebajikan dan pertemuan dengan pegawai-pegawai kelab rasmi penyokong Chelsea.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzudin Ahmad gembira dengan perlawanan yang akan berlangsung itu.

"Ini peluang terbaik peminat-peminat bola sepak untuk menyaksikan kelab ternama Liga Perdana Inggeris beraksi.

"Para peminat di Malaysia perlu mengambil peluang keemasan ini," kata Azzudin.

Para peminat boleh mendapatkan tiket di gedung-gedung Adidas dari 20 Mei serta di Ticketpro dari 30 Mei.

Talian hotline Ticketpro juga di buka di nombor 03-78807999 serta lawati laman web www.ticketpro.com.my

Saturday, May 21, 2011

Otai Wrestling Macho Man Randy Savage Meninggal

Macho Man Randy Savage otai wrestling era hulk hogan telah meninggal dunia kira-kira 9.25 AM, hari Jumaat akibat kemalangan jalan raya,kejadian ini berlaku disebabkan Mancho tiba-tiba mengalami sakit jantung ketika sedang memandu lalu terus beliau terlanggar sebatang pokok Isteri Mancho , Lynn Payne yang turut berada di dalam kenderaan itu terselamat dan mengalami kecederaan kecil.

Tempat berlakunya kemalangan

Sedikit Biodata Tetang Beliau

Randall Mario Poffo (November 15, 1952 – May 20, 2011),[1][5] better known by his ring name "Macho Man" Randy Savage, was an American professional wrestler and actor best known for his time with the World Wrestling Federation (WWF) and World Championship Wrestling (WCW). He also had a short run with Total Nonstop Action Wrestling (TNA). Savage held twenty championships during his professional wrestling career and is a ten-time world champion: a two-time WWF Champion,[6] four-time WCW World Heavyweight Champion,[7] three-time ICW World Heavyweight Champion and one-time USWA Unified World Heavyweight Champion.[8] Also a one-time WWF Intercontinental Champion, WWE has named Savage the greatest champion of all time and credited him for bringing "a higher level of credibility to the title through his amazing in-ring performances."[9] Aside from championships, Savage is the 1987 WWF King of the Ring and the 1995 WCW World War 3 winner. For much of his tenures in the WWF and WCW, he was managed by his real life wife, "Miss Elizabeth" Hulette.[1]

Savage was recognizable by wrestling fans for his distinctively deep and raspy voice, his ring attire (often comprising sunglasses, a bandana or head band, flashy robes, and a cowboy hat), intensity exhibited in and out of the ring, and his signature catch phrase ("Ooh yeah!").[1] The WWE has said of Savage, "Few Superstars were as dynamic as "Macho Man" Randy Savage. His style — perfectly punctuated by his entrance music, 'Pomp and Circumstance' — was only outshined by his performances in the ring."[2]


Credit:http://pulakdah.blogspot.com/

Seniwati Mahyon Ismail Meninggal


SUATU ketika dahulu, bukan sahaja kejelitaannya menarik perhatian malah lakonannya juga begitu mempesonakan.

Meski waktu berlalu pergi, nama serta gerak-geri seniwati Mahyon Ismail di layar perak tidak pernah luput daripada ingatan. Sebenarnya, dia tidak keseorangan dalam menempuh dunia seni. Pertemuan dengan Hussein Abu Hassan, seorang lagi pelakon kelahiran Singapura, telah melahirkan bibit cinta antara mereka.

Tidak hairanlah apabila darah seni yang mengalir pekat dalam diri pasangan ini tidak putus begitu sahaja dan diwarisi oleh tiga cahaya mata, Faizal Hussein, 42, Fairuz Hussein, 44 dan juga Dilla Hussein, 46.

Memang benar Mahyon bintang lama. Namun bak berlian berkilauan, sinarnya tidak dimamah usia. Walaupun usia telah menjangkau 67 tahun, seniwati veteran ini masih gah melangkah.

Jika dilihat daripada gaya serta pertuturannya, jelas wanita ini pernah melalui zaman kegemilangan. Orangnya juga sangat ramah menyusun kata ketika berbicara.

Menyingkap kembali penglibatannya dalam bidang seni, Mahyon mula dikenali menerusi filem Abu Nawas dan Tun Teja pada awal tahun 1961. Ketika itu beliau hanya berperanan sebagai pelakon tambahan.

"Saya ingat lagi, saya sedang berlatih menyanyi di Merdeka Studio, lepas itu mereka panggil saya berlakon untuk cukupkan watak," imbaunya ketika pertama kali tampil di layar perak.

Antara filem yang pernah menaikkan namanya ialah Bunga Padi Berdaun Lalang (1975), Tiada Esok Bagimu (1978), Dia Ibuku (1980), Senja Merah (1982), Gila-Gila Remaja (1986) dan Pemburu Bayang (1991).


BERLAKON bersama Hussein dalam Bunga Padi Berdaun Lalang.


Berbicara lanjut mengenai perjalanan seninya, Mahyon mengatakan kegigihan, kesungguhan dan kesabaran menjadi inti pati kepada kejayaannya.

"Hidup sebagai anak seni tak menentu. Kena reda. Kalau ada job, adalah rezeki. Kalau tak ada, kena faham dan cari jalan lain untuk tampung kehidupan.

"Pendapatan pun tak tetap. Bayaran dulu bukan macam sekarang. Tapi sebab nak teruskan hidup, saya terima sahaja apa-apa tawaran selagi ia bersesuaian," ujarnya ketika ditemui di kediamannya di Gombak, Selangor.

Pada era 1960-an, Mahyon sempat berkongsi pentas bersama seniman agung Tan Sri P. Ramlee dalam filem hitam putih Nasib Do Re Mi.

"Dia (P. Ramlee) seorang yang membentuk acuan, dan dia tidak mengikut acuan yang tersedia," ulas Mahyon apabila ditanya mengenai individu yang sangat dikaguminya itu.

Bakat lakonan Mahyon juga melangkaui sempadan. Dia juga terlibat dalam sebuah filem seram, The Red Spells, yang menjalani penggambaran di Sarawak keluaran sebuah penerbitan Hong Kong, yang masih diingati ramai.


ALLAHYARHAM Hussein Abu Hassan, lelaki yang pernah bertakhta di hati Mahyon.


Sudah lumrah bergelar artis, kontroversi bagaikan menjadi sebahagian daripada hidup. Dek sebuah artikel bertajuk Mahyon Naik Risau Hussein Kahwin Lagi, mahligai indah yang dibinanya dengan suami bergolak.

"Masa itu saya sangat marah. Mereka kata mereka sengaja buat cerita tu untuk naikkan nama saya.

"Tapi saya katakan pada mereka kalau nak buat kontroversi, buatlah yang elok. Bukan yang tak elok. Itu menjejaskan nama baik keluarga saya," sanggah pelakon ini.

Namun dengan tenang dia menempuh peristiwa itu dan dibiarkannya berlalu.

Bercerita tentang kehidupan terkini, Mahyon banyak menghabiskan masa di rumah dengan menjaga keluarganya. Namun begitu, Mahyon masih mahu menaburkan bakti dalam dunia seni.

Terbaru, beliau sedang sibuk menjalani penggambaran bersama anaknya, Faizal Hussein dalam drama 26 episod terbitan Brand Network, Seharum Kenanga yang bakal disiarkan di saluran RTM.

Entry Yang ke 1000


Salam semua warga 69, sibuk-sibuk nak update blog tadi kisah 69 terperasan pulak dekat dashboard-tulis 1,000 post.hah? biar betul ! hehehe siapa sangka dah 11 bulan kisah 69 berblog nie akhirnya dah seribu dah entry kisah 69 post dalam blog nie.hehehe kisah 69 ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga 69 kerana banyak mengikuti perkembangan dalam blog ini,kisah 69 ingin memohon maaf andai ada terkasar bahasa dan menyingung perasaan mana-mana pihak,kisah 69 harap warga 69 akan terus menyokong kisah 69 dalam bidang blog ini..

Sekian terima kasih!

Saturday, May 7, 2011

Ayam Dalam Tin

Mudah-mudah,sekarang nie punya la moden ayam pon dah boleh di tinkan,dekat malaysia memang ada tapi dah potong ayam kecil2 . nie dakat negara barat...seekor ayam terus depa tinkan wow hebat! cara untuk memasak ayam tin nie...kita kena letakkan ayam nie dalam Oven suhu 475° sehingga 10 atau 15 minit,pastu dah boleh makan.memang mudahkan untuk orang bujang...!


Jom Baca Lagi