h

Warga 69

Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Thursday, May 17, 2012

Review-Kumpulan Senario


Entry kali ini kisah 69 akan kongsikan sedikit fakta/sejarah tentang kumpulan pelawak yang tidak asing lagi dengan masyarakat malaysia iaitu kumpulan Senario.

Kumpulan Senario ialah sebuah kumpulan penyanyi dan pelakon yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini juga terkenal sebagai sebuah kumpulan lawak.Kumpulan ini dicungkil bakat mereka dalam rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995,di mana pada tahun itu Shamsul Ghau-Ghau menjadi juara dan Mazlan Pet-Pet menjadi naib juara. Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk, Wahid, Ilya, Hamdan, Azlee dan Mazlan. Tidak lama selepas itu, Farouk dan Shamsul keluar dari Senario dan mereka bergerak berlima hinggalah Illya dan Hamdan turut mengundur diri. Kemudian Senario menjadi empat dengan kemasukan Saiful Apek dan kemudian berlima dengan kehadiran Yassin.

Hamdan dan Ilya seterusnya menubuhkan kumpulan lawak yang diberi nama Aku Kaya bersama Yassin yang juga pernah menganggotai Senario. Senario paling terkenal ketika berlima, dengan dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Yassin dan Saiful Apek. Namun yang tinggal kini hanyalah Azlee, Wahid dan Mazlan.

Friday, May 4, 2012

Kenali Anak Muhammad Ali, Laila Ali Seorang Petinju Profesional Wanita

Muhammad Ali adalah seorang tokoh yang popular bukan sahaja kerana kemenangan di gelanggang tetapi juga kepantasan tumbukkan yang padu kepada lawanya.Pada tahun 1981, Ali mendapat tanda-tanda awal penyakit Parkinson, penyakit yang teruk sistem saraf pusat. Dan selama 20 tahun, ia sukar untuk bergerak, bercakap. Doktor menyifatkan ini kepada kerjaya olahraga dan banyak terkena tumbukan di gelanggang. Laila Ali, anak perempuan, juga mengikut jejak bapanya menjadi seorang peninju profesional wanita bak kata perpatah ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi..Laila ali memegang rekod yang sangat baik apabila sepanjang kariernya beliau masih belum ditewaskan.Jumlah 24 perlawanan 21 kemenangan dengan KO,3 kemenangan dengan jumlah mata.Antara kejuaraan yang pernag dia miliki ialah Super Middleweight Champion pada 2002 dan Super Middleweight Champion 2005




Jom Baca Lagi

Friday, April 27, 2012

Review-Kumpulan Rap Terkenal Era 1993 Iaitu Kumpulan NICO




Kumpulan Nico merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini ditubuhkan pada 1993 dan menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Ahli-ahli

Kumpulan Nico atau Network International Chicanos Organisation (NICO)dianggotai Abdul Fashah Abdul Aziz( Md Nico), Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan Shah Rosli (Dino). Kumpulan itu hanya mampu merakamkan tiga album : Buatan Los Angeles (1993), Realiti (1995), Alamak! (1996).Kemudian pada 2003 kumpulan Nico kembali dan merakamkan album baru bertajuk Ops Kecoh.Hanya Md Nico saja yang tinggal untuk meneruskan perjuangan irama Rap dan G-Funk dianggotai bersama ahli baru iaitu E-zad sebanyak 12 buah lagu dipertaruhkan namun akibat kurang publibsiti kumpulan Nico kembali senyap dan terus hilang dari industri muzik Malaysia
Abdul Fashah Abdul Aziz atau Md Nico
Muzaffar Shah Baharin (Affa)
Shah Rosli (Dino).
E-zad(Ahli Baru)

Jom Baca Lagi