h

Warga 69

Thursday, May 17, 2012

Review-Kumpulan Senario


Entry kali ini kisah 69 akan kongsikan sedikit fakta/sejarah tentang kumpulan pelawak yang tidak asing lagi dengan masyarakat malaysia iaitu kumpulan Senario.

Kumpulan Senario ialah sebuah kumpulan penyanyi dan pelakon yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini juga terkenal sebagai sebuah kumpulan lawak.Kumpulan ini dicungkil bakat mereka dalam rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan pada tahun 1995,di mana pada tahun itu Shamsul Ghau-Ghau menjadi juara dan Mazlan Pet-Pet menjadi naib juara. Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh Farouk, Wahid, Ilya, Hamdan, Azlee dan Mazlan. Tidak lama selepas itu, Farouk dan Shamsul keluar dari Senario dan mereka bergerak berlima hinggalah Illya dan Hamdan turut mengundur diri. Kemudian Senario menjadi empat dengan kemasukan Saiful Apek dan kemudian berlima dengan kehadiran Yassin.

Hamdan dan Ilya seterusnya menubuhkan kumpulan lawak yang diberi nama Aku Kaya bersama Yassin yang juga pernah menganggotai Senario. Senario paling terkenal ketika berlima, dengan dianggotai oleh Wahid, Azlee, Lan Pet Pet, Yassin dan Saiful Apek. Namun yang tinggal kini hanyalah Azlee, Wahid dan Mazlan.


Kumpulan Senario ditubuhkan pada 1996 hasil gabungan 7 peserta Sinaran Pasport Kegemilangan. Nama Senario diambil dari idea Farouk yang menggelarkan mereka sebagai kumpulan "senang riuh" dan akhirnya menjadi Senario. Mereka diberi kepercayaan menjayakan program TV sendiri, juga bernama "Senario" pada Jun 1996 dengan empat episod pengenalan. Ternyata sitkom itu mendapat sambutan dan mereka diambil sebagai kakitangan TV3.

Pada 1999, kumpulan ini mengembangkan sayap ke layar perak dengan pengeluaran filem pertama mereka Senario The Movie.

Senarai Filem Senario

  • Senario The Movie (1999
  • Senario Lagi (2000)
  • Lagi-Lagi Senario (2001)
  • Lang Buana (2003)
  • Senario XX (2005)
  • Senario Pemburu Emas Yamashita (2006)
  • Senario The Movie : Episod 1 (2008)
  • Senario The Movie : Episod 2 - Beach Boys (2009)
  • Senario Asam Garam (2010)
  • Senario The Movie Ops Pocot (2011)
Ahli Kumpulan Senario

Ahli Awal

Wahid
Lan Pet Pet
Azlee Jaafar
Farouk Hussein
Shamsul Ghau Ghau
Ilya
Hamdan
Saiful Apek
Yassin Yahya


Ahli Terkini


  • Abdul Wahid bin Mohd atau lebih dikenali sebagai Wahid Senario merupakan seorang pelakon lawak Melayu. Abdul Wahid dilahirkan pada 5 Oktober 1975 di Ipoh, Perak, Malaysia.Wahid merupakan pengacara rancangan Melodi yang ditayangkan di TV3 bergandingan dengan Farah Fauzana.
  • Lan Pet Pet (nama lahir: Mazlan bin Ahmad) ialah seorang pelawak, penyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau adalah salah seorang anggota kumpulan Senario dan berasal dari Alor Setar, Kedah.Beliau memulakan kerjaya di dalam bidang hiburan semenjak beliau menyertai sayembara Sinaran Pasport Kegemilangan terbitan TV3 di tahun 1990-an. Selepas berjaya menduduki tempat teratas dalam sayembara tersebut, beliau telah ditawarkan untuk menyertai sitkom pentas yang disiarkan di TV3, Senario. Tidak lama kemudian, Senario telah dijadikan sebuah kumpulan lawak. Mazlan dan anggota lain kemudian telah merakamkan album yang lirik lagu-lagunya berunsurkan lawak.

    Beliau memulakan kerjaya beliau di dalam bidang perfileman pada tahun 1999 melalui filem Senario The Movie arahan Aziz M. Osman bersama rakan-rakan Senario yang lain sebagi diri beliau sendiri, watak Mazlan.
  • Azlee Jaafar ialah seorang pelawak dan pelakon Malaysia kelahiran Johor yang mula mencipta nama bersama kumpulan komedi Senario pada era 1990-an. Beliau juga seorang penggiat muzik ghazal di Johor.

    Pernah dicalonkan di Festival Filem Malaysia untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (FFM) pada edisi FFM 14 (1999) menerusi filem Senario The Movie. Selain lakonannya sebagai pemuda terencat akal dalam filem tersebut, lakonan Azlee sebagai pengusaha warung roti canai dalam filem Lagi-lagi Senario (2001) juga mendapat pujian ramai pengkritik.

    Azlee sering digandingkan bersama pelawak Syanie dan Sheila Rusly.
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment