h

Warga 69

Monday, February 28, 2011

Ali Dan Abu

Ali sedang bersiar-siar dibandar.Tiba-tiba dia terpandang sahabatnya,Abu, yang telah sekian lama tidak ditemuinya.

Ali :dah 5 tahun kita tak jumpa.Apasal aku tengok engkau kurus sangat?

Abu : Mana tak nya .Isteri aku tu garang sangat. macam harimau

Abu : Eh aku tengok engkau pun kurus cam aku juga .Apasal?

Ali : Isteri aku tu lagi garang, hari hari mau !

Credit:ucapkanlah.blogspot.com/

Sunday, February 27, 2011

Gitaris Kumpulan Sera Meninggal Dunia

Gitaris kumpulan rock yang popular pada 1990-an, Sera, Zainuddin A Karim, 46, atau lebih dikenali dengan panggilan Uban kembali ke rahmatullah kira-kira jam 10 pagi semalam akibat kanser hati dan usus.

Uban menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak berhampiran masjid di Taman Bukit Cheras, dekat sini. Allahyarham dikebumikan selepas waktu Asar semalam.

Bekas penyanyi Sera, Mohammed Zamree Abidin, 44, atau dikenali juga sebagai Oyee menyatakan rasa sedih berikutan kehilangan rakannya.

“Semua ini ketentuan Allah, apapun saya bersyukur kerana sempat juga bertemu arwah pada Khamis lalu selepas terbaca laporan akhbar ini (Harian Metro) mengenai keadaan Uban yang menderita kerana kanser.


“Saya sedih, lebih-lebih kami tidak berjumpa sejak 1996. Tiada siapa dapat melawan takdir, mungkin Allah lebih menyayangi arwah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, akhbar ini melaporkan bekas gitaris kedua kumpulan Sera menderita barah usus peringkat akhir dan berharap rakan lama, terutama di kalangan anggota kumpulan Sera, melawatnya ketika masih berpeluang.

Kumpulan Sera yang pernah muncul ketika era rock kapak dulu popular dengan Di Badai Asmara. Album pertama Sera, Sentuhan Rasa diterbitkan pada 1991.

Kumpulan ini berkubur selepas anggota kumpulan terbabit berpecah dan membawa haluan masing-masing sekitar 1996 dan 1997.

Gambar Kahwin Shuib Sepah Dan Siti Sarah


SITI SARAH dan Shuib bergambar selepas
diijabkabulkan di Bangsar, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Selepas bertunang secara diam-diam pada 16 November tahun lalu, penyanyi Siti Sarah Raisudin, 27, dan pelawak kumpulan Sepah, Shahmira Mohamed, 27, atau Shuib akhirnya selamat diijabkabulkan semalam.

Siti Sarah dinikahkan sendiri oleh bapanya Raisudin Hamzah sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Nizar Mohd. Nadzir.

Pasangan itu yang ditemui sejurus majlis akad nikah selesai tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan bersyukur untuk menjalani kehidupan berumahtangga selepas lebih setahun bercinta.

"Saya bersyukur apabila bertemu dengan lelaki yang benar-benar memahami diri saya dan bertanggungjawab. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang terbaik.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.



Jom Baca Lagi

Saturday, February 26, 2011

Awek Ambik Kesempatan Ketika Lelaki Sedang Mabuk

Entry ini hanya untuk umor 18sx sahaja..bawah 18sx tidak dibenar sama sekali untuk membaca entry ini...hope yang bawah 18sx tu tidak melanggari undang-undang yang di tetapkan...hehehe yang 18sx keatas tu jom tengok

Jom Baca Lagi

Kantoi Dengan Isteri

Haha bodoh punya suami isteri dah ada kat rumah sanggup nak curang lagi...agak memalukan sedang asyik didalam kereta...tiba2 isteri dia datang habis kantoi,mentang-mentang kereta tinted belakang hehehe mula la...nak merapu!!! dah kantoi macam nie baru nak tahu malu...harap warga 69 jadikan ini sebagai pengajaran...

Jom Baca Lagi

Friday, February 25, 2011

Kurangkan Panas

Bidin melihat rakannya, Wafdi.. sedang membuat kopi... kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Bidin bertanya kepada Wafdi...

Bidin : " Kenapa masukkan panadol dalam kopi tu?".

Wafdi : " Kopi ni panas.. bagi panadol.. kurang sikit panas dia...".

Thursday, February 24, 2011

Salah Satu Sebab Nape Ramai Askar Terbunuh Ketika Berperang~



KISAH2 LAWAK TIDAK SUKA PERANG




Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu mengajar mengenai peperangan berlaku. Guru tersebut bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka menggemari peperangan atau mahukan keamanan.
Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan.

"Ada sesiapa diantara kamu yang bole memberikan sebab kenapa kamu bencikan peperangan?" tanya guru tersebut.
Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun. Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut.
"Saya bencikan perang, sebab peperangan akan membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan mata pelajaran sejarah" jawab pelajar itu.

Cendawan Beracun

"Benarkah ini perkahwinan anda buat kali ketiga ?" tanya jurunikah.
"Benar tuan" kata Rosman
"Apakah yang berlaku atas isteri awak yg pertama?" tanya jurunikah lagi.
"Dia mati kerana makan cendawan beracun"
"Yang kedua pula?"soalnya lagi.
"Tulang tengkoraknya patah", jawabnya.
"Bagaimana ianya boleh berlaku?"
"Dia menolak untuk makan cendawan beracun".
"Bikin panas" kata jurunikah..."

Wednesday, February 23, 2011

Jam Palsu

Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jamtangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.

" Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.
"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"
Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab, " Di sinilah! "

Tuesday, February 22, 2011

Nasib Seorang Ibu

Sorang pompuan tu... TERberanak dalam lif. Punyalah dia malu... melalak dan tak mau keluar lif... Datang doktor cuba pujuklah pompuan ni... nak bawa ke hostipal.

"Marilah keluar amoi, saya bawak peligi hostipal". "Tak maulah doktor, saya malu"
Kemudian kata doktor tu... "Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk
punya malu.... TERberanak dalam longkang lagi!!!"

Tetiba, lagi kuat amoi tu lalak.... Doktor tercegang dan tanya kenapa nangis lagi kuat.
Kata amoi tu... "Orang tu sayalah jugak!!!!".....

Monday, February 21, 2011

Sheera Iskandar Melanggar Kontrak

POPULAR sebagai gadis bergigi jongang menerusi telefilem Halimah Jongang, Sheera Iskandar mengecap manis dan pahit yang terlalu banyak.

Manis kerana popularitinya sedikit terangkat dan namanya yang selama ini sekadar ada semakin terserlah sinarnya. Ketika Halimah Jongang musim ketiga masih ditayangkan, tiba-tiba sahaja dia dilabel sebagai artis tidak berdisiplin, melanggar kontrak termasuklah memotong rambut ala tomboy seperti yang diuar-uarkan oleh penerbit drama berkenaan, A. Aida.

Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar mesra disapa Sheera bersama ibunya, Aznah Hamid tergamam berikutan cara isu itu ditangani yang dianggap terlalu keras. Penggambaran siri berkenaan tamat sekitar Ogos 2010 tetapi menjadi kontroversi hanya pada bulan lepas.

"Dalam keadaan sekarang, saya tidak boleh nak menjelaskan apa-apa, kami tidak tahu dan tidak dapat apa-apa maklumat tentang tindakan pihak penerbit berkenaan, nak saman atau bagaimana. Untuk tidak mengeruhkan suasana, lebih baik saya tutup mulut, risau pula takut diputarbelitkan, akhirnya saya juga yang menjadi mangsa.

Jom Baca Lagi

Sunday, February 20, 2011

Hos Baru Melodi




JIKA benarlah Dira Abu Zahar dipilih sebagai pengacara baru Melodi, pasti ada pihak yang akan mempersoalkan, sebesar mana impak yang akan dicipta wanita beranak satu ini terhadap program berkenaan.


AGAK mengejutkan apabila nama pelakon yang eksotik wajahnya, Dira Abu Zahar dicanang-canang sebagai antara nama baru yang akan mengambil alih mikrofon yang selama ini dipegang kemas oleh Fara Fauzana sejak enam tahun lalu sebagai pengacara Melodi.

Khabar panas itu mula bertiup selepas kemunculan terbaru Dira sebagai hos bersama Fara Fauzana yang popular disebut Fafau dan Wahid Senario dalam Melodi, Ahad lepas.

Sebelum itu, Dira juga sudah beberapa kali menjadi penyeri program yang disiarkan setiap Ahad pukul 12.30 tengah hari itu.

Lebih mengiakan, terdengar pula ura-ura bahawa akan berlaku rombakan besar-besaran dalam program berkenaan bermula Mac nanti.

Bukan nama Dira seorang sahaja yang dipetik sebagai pengacara baru program itu bahkan Zizan Raja Lawak juga disebut-sebut sebagai watak baru yang menggantikan tempat Wahid.

Kemunculan Zizan dalam Melodi sebelum ini juga seperti isyarat awal anak kelahiran Terengganu itu sedang diperhatikan sebagai semangat baru kepada program bersifat sensasi dunia hiburan itu.

Penerbit Melodi, Azman Ghaffar bagaimanapun tidak menafikan bahawa pihaknya sedang mencari pengacara baru Melodi bagi menggantikan Fara Fauzana dan Wahid.

Azman berkata, ia disebabkan pasangan berkenaan sudah terlalu lama mengemudi rancangan tersebut.

Bagaimanapun kata Azman, khabar angin bahawa Dira dan Zizan akan menjadi pengacara baru Melodi adalah tidak benar.

Jom Baca Lagi

Fara Mengundur Diri Dari Melodi

Hos program Melodi, Fara Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 29, menafikan dia digugurkan daripada program informasi hiburan TV3 itu yang disiarkan setiap Ahad.

Fara yang juga terkenal dengan panggilan Fafau sebaliknya memberitahu, sudah tiba masanya untuk dia mengundurkan diri selepas mengacarakan program tersebut selama enam tahun.

Menurut Fara yang juga deejay radio Hot FM, kontrak bersama Melodi tamat pada 27 Mac depan dan pengumuman secara rasmi pengundurannya akan dibuat sewaktu Melodi bersiaran dari Johor Bahru pada tarikh berkenaan.

Sementara itu, stesen televisyen TV3 yang dihubungi enggan mengulas mengenai isu itu sebaliknya memberitahu, kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan pada minggu hadapan.

Isu kononnya Fara digugurkan daripada Melodi mula diperkatakan sejak dua minggu lalu di Internet dan ruangan gosip di media tempatan.

Berikut temu bual Kosmo! Ahad bersama Fara menerusi telefon.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Credit:Kosmo

Pemenang Anugerah Seri Angkasa 2010

  • Anugerah Kategori Radio

Pengulas Radio Terbaik – Nurjamalina Jamali (Media Prima)

Liputan Berita Radio Terbaik – Laporan F1 2010 (Media Prima)

Buletin Radio Terbaik – Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

Majalah Radio Terbaik – Feminin (Suara Malaysia RTM)

Rancangan Interaktif Radio Terbaik – Suara Cinta (Suria FM)

Drama Radio Terbaik – Tasik (Klasik Nasional)

Rancangan Hiburan Radio Terbaik – Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)

Bicarawara Radio Terbaik – Kerusi Panas (Bernama Radio 24)

Skrip Drama Radio Terbaik – Tasik (Klasik Nasional)

Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik – Elliza Abdul Razak (Klasik Nasional)

Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik – Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Klasik Nasional)

Kapsul Radio Terbaik – Kempen Kebersihan, Pelancongan dan Keselamatan (Negeri FM)

Pengimbang Muzik Radio Terbaik – Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)


  • Anugerah Kategori Televisyen

Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik – Hanis Kamal (Astro)

Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik – Fadhilah Mansor (Media Prima)

Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik – Eyra Hazali (Astro)

Bicarawara TV Terbaik – Isu Khas Gaza (RTM)

Animasi Tempatan TV Terbaik – Abus (RTM)

Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik – Tom Tom Bak Musim 4 (Astro)

Liputan Berita TV Terbaik – Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro)

Laporan Khas Berita TV Terbaik – Isu Golongan Gelandangan Di Kuala Lumpur (RTM)

Wartawan TV Terbaik – Hanim Muhili (RTM)

Suntingan Rancangan TV Terbaik – Songkok (RTM)

Jurukamera TV Terbaik – Dosa Semalam (RTM)

Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik – Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)

Rekaan Set TV Terbaik – Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM)

Promo/Montaj TV Terbaik – Astro Arena Channel I.D (Astro)

Audio Rancangan TV Terbaik – Songkok (RTM)

Pengimbangan Muzik TV Terbaik – Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)

Penerbitan Kapsul TV Terbaik – Kapsul Ramadan (RTM)

Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik – Menggapai Harapan (RTM)


Credit:http://www.budiey.com/

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin Bina Masjid

Setahun selepas beliau berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa pada 2006, penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin pernah menyatakan impiannya untuk membina masjid.

Impiannya itu tercapai semalam apabila Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berkenan merasmikan Masjid Al-Khalidiah di Kampung Permatang Pasir di sini.

Masjid berwarna putih dengan kos keseluruhan termasuk kelengkapan bernilai RM1.7 juta itu siap sepenuhnya pada Ogos tahun lalu hasil pembiayaan Yayasan Nurjiwa, badan kebajikan yang diilhamkan oleh pasangan berkenaan pada 2006.

Majlis perasmian itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran oleh Johan Qari Negeri Kedah 2010, Othman Azumi Ahmad.

Siti Nurhaliza bersyukur kerana proses pembinaan masjid itu selesai dengan majlis perasmiannya semalam yang kebetulan sama dengan tarikh lahir yang ke-52 suaminya.

“Apabila kami berurusan dengan pejabat Istana, tarikh yang Tuanku pilih adalah hari ini (semalam) iaitu 19 Februari.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Credit:Kosmo

Saturday, February 19, 2011

Awek Siam Terbaik Dari Ladang

Sapa kat sini belom ada awek lagi...mai sini kisah 69 kasi awek...bukan melayu tapi orang siam...awek cun dari siam nie...memang cun habis kalau nak kenal aku leh tolong sebab dia jiran belah nenek aku...so kalau anda berminat hantar email kepada kisah 69......kalau korang teringin nak tengok muka dia dulu sebelum mintak nomber pon boleh......ada kat bawah nie...dia nie pemalu sikit...sebab tu dia suruh kisah 69 buat readmore kat entry nie...kalau nak tengok jom baca lagi....

Jom Baca Lagi

Friday, February 18, 2011

5 Tanda Tangan Termahal Di Dunia

1. Tanda Tangan William ShakespeareHanya ada Enam Tanda Tangan original yang dibuat oleh William Shakespeare dan masing-masing berharga US$ 5 juta.

2. Tanda Tangan Presiden AS Abraham LincolnSurat yang ditanda tangani oleh Presiden AS Abraham Lincoln pada 8 Januari 1863 telah dilelong pada harga US$ 748.000 pada tahun 1991.
3. Tanda Tangan John LennonPada tahun 2003,Salinan terakhir Autograph oleh John Lennon sebelum dia dibunuh oleh Mark Chapman yang dijual pada harga US$ 525.000.

4. Tanda Tangan Jimmy PageTanda Tangan Jimmy Page pada sebuah Gitar adalah salah satu Tanda Tangan yang paling berharga pada satu Acara Lelong dengan tawaran pada harga £ 49.000.

5. Tanda Tangan Jimmy HendrixSebuah potongan kertas yang ditandatangani oleh Jimmy Hendrix berharga £ 41,000.

Credit:http://www.ehoza.com/

Anjing Yang Pandai Berenang

Dua ekor anjing telah terperangkap di sebuah pulau dan ingin berenang menuju ke seberang.
Untuk sampai ke seberang ia memerlukan stamina yang cukup. Anjing A pun training habis-habisan,
anjing B relaks je. Tiba masanya kedua-duanya pun menyeberang dan anjing B sampai awal
daripada A, malahan sempat makan lagi. Anjing A tak puas hati, tapi anjing B kata,"Ala...releks le,
aku ni kan anjing laut."

Wednesday, February 16, 2011

Aku Salah

Sorang wartawan terkenal begitu keras kepala dan mengaku ianya betul dalam segala hal.

"Kau selalu menyangka bahawa kau benar," tegur bosnya.

"Padahal kau juga pernah salah bukan?"

"Memang," sahut si wartawan.

"Pernah sekali saya membuat salah."

"Nah! kau mengaku juga akhirnya" balas Bosnya dengan gembira.

"Bila itu?" tanya Bosnya lagi..

"Sudah lama.." Jawab wartawan, "iaitu ketika saya menyangka bahawa saya salah... dan ternyata saya benar..."

Jaga Kau Harun

Hadi sedang nazak dan hampir meninggal...

Di sebelahnya Imah, isterinya sedang menemani Hadi...

Hadi : "Imah.. sebelum aku mati nanti.. aku ingin berpesan padamu.."

Isteri : "Iya, bang.. cakaplah.."

Hadi : "Aku mau kau kahwin dengan Harun..."

"Isk abang nie.. kan Harun tu musuh ketat abang selama ini?! Apa abang rela menyerahkan saya kepadanya?" dengan terkejut isterinya bertanya.

"Aku ingin dia menderita seperti yang aku alami 30 tahun bersamamu..."

Tuesday, February 15, 2011

Awek Seksi Mirip Mila AF

Wazzup!! Wazzup !! Wazzup!! hehe trademark mila af...hahaha..gambar2 kat bawah nie..kisah 69 jumpa kat web mat kepoh...asyik2 membaca kat sana pastu try la bukak entry mirip mila af kat web mat kepoh...bukak2 nak tergelak pon ada jugak hehehe agak jonggos sikit muka awek tu...tapi yang herannya muka tu memang mirip Mila AF..siap tahi lalat pon dekat tempat yang sama...erm cakap banyak2 pon penat jugak...tengok sendiri dan beri pandangan anda ?

Jom Baca Lagi

Bibik Dan Telefon


Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Monday, February 14, 2011

Derma Ikhlas

Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.

Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Credit:
http://opiebudakbaik.blogspot.com/

Sunday, February 13, 2011

Gaji Safee Sali Di Pelita Jaya

Mematik laporan disiarkan dalam laman web rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Safee akan menerima gaji bulanan sebanyak AS$10,000 (RM30,360) sebulan daripada Pelita Jaya, manakala FAS menerima pampasan AS$30,000 (RM91,080) bagi menebus baki kontrak pemain itu yang sepatutnya berakhir Disember ini.

Palsu

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.

Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, "Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?"

Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, "Susah mencari kereta palsu."

Credit:
http://sepaku.net/

Thursday, February 10, 2011

Topi Serba Boleh


Seorang penduduk di sini mencipta topi keledar yang berfungsi untuk mencukur rambut hanya dalam tempoh 20 saat, lapor sebuah akhbar semalam.

Topi keledar itu mempunyai empat pisau pencukur yang melakukan tugas dengan bantuan dua motor selain dilengkapi krim pencukur.

Klip video topi keledar itu disiarkan di laman URLesque.com dan dicipta oleh seorang lelaki dikenali hanya dengan nama Boris.

Dalam klip tersebut, seorang lelaki menguji topi keledar tersebut walaupun dia kelihatan menggigil.

Selepas dia memakai topi keledar itu, rambut lelaki berkenaan licin dicukur dan terdapat krim berwarna putih pada kulit kepalanya. \

Credit:Kosmo

Orang Barat Gila Tindik


Hahaha dah lama kisah 69 x gelak...nie nak tunjuk sikit gambar2 pelik orang barat yang suka tindik kat macam2 tempat hidung la..lidah la..mulut la macam2 la...kesian jugak tengok depa semua nie...terpengaruh sanggat dengan benda2 negatif nie...elok2 tuhan dah bagi muka yang handsome,hidung yang mancung...erm pandai3 pulak korang nak ubah...hahahaha...lantak korang la yang sakit korang bukan aku hehehe...aku doakan asalkan korang bahagia!!!!







Jom Baca Lagi

Monday, February 7, 2011

Maher Zain – InsyaAllah Malay Version

BUKAN kali pertama dia bertandang ke Malaysia tetapi kali ini, Maher Zain yang mencetuskan fenomena di negara ini bakal hadir dengan sebuah konsert berskala besar pada 25 dan 26 Februari ini di Stadium Malawati, Shah Alam.

Tahun lalu, penyanyi kelahiran Lebanon itu pernah menjejakkan kaki ke Malaysia dan membawakan kegilaan terhadap lagu Insya-Allah.

Namun kali ini dia mahu memberi lebih kesempatan buat para peminat album perdananya, Thank You Allah untuk lebih merapatkan diri serta bertasbih mengikut lagu-lagunya dalam sebuah konsert besar diiringi barisan pemuzik orkestra antarabangsa.

Dibawakan oleh In Team Records Sdn. Bhd. dan Fiero Sdn. Bhd. serta kolaborasi dengan pihak Awakening Entertainment, konsert itu turut mempersembahkan Irfan Makki dari Kanada, Mesut Kurtis dari Macedonia dan grup tempatan, Inteam sebagai artis undangan.

Berasa selesa dengan penerimaan peminat di Malaysia, Maher malah menganggap Malaysia merupakan rumah keduanya.

"Malaysia sudah seperti rumah kedua saya selepas Sweden.

"Saya juga selesa berada di sini memandangkan isteri saya memakai hijab dan masyarakat di sini tiada masalah dengan perkara tersebut," luahnya yang menggemari sate bersama kuah kacang.

Teruja dengan konsert solo itu, Maher berkata, dia bakal menyampaikan 10 buah lagu yang dipetik daripada album Thank You Allah.

Malah, sebagai sebuah penghargaan buat para peminat di Malaysia, penyanyi yang gemar bertopi ini akan menyanyikan secara eksklusif lagu Insya-Allah dalam bahasa Melayu.

"Ia khas bagi menghargai peminat Malaysia yang selama ini banyak memberikan sokongan kepada saya," tuturnya yang juga pernah menyampaikan lagu tersebut dalam empat bahasa lain iaitu Inggeris, Perancis, Arab dan Turki.

Bagi peminat Malaysia yang ingin menyaksikan Maher Zain sekali lagi di Malaysia, anda boleh medapatkan maklumat pembelian tiket di www.inteam.com.my.

Maher Zain - Insya’Allah (Malay Version)



Andainya kau rasa tak berupaya
Hidup sendirian tiada pembela
Segalanya suram
Bagai malam yang kelam
Tiada bantuan tiada tujuan
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Chorus
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya
Insya Allah Insya Allah Insya Allah
Ada jalannya

Andainya dosamu berulang lagi
Bagai tiada ruang untuk kembali
Dikau keliru atas kesilapan lalu
Membelenggu hati dan fikiranmu
Janganlah berputus asa
Kerana Allah bersamamu

Ulang Chorus

Kembalilah
Kepada Yang Esa
Yakin padaNya
Panjatkanlah doa
Oh Ya Allah
Pimpinlah daku dari tersasar
Tunjukkan daku ke jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar
Jalan yang benar

Ulang Chorus

Sunday, February 6, 2011

Safee Sali Dah OfficiaPergiKe Persib Bandung

Penyerang kebangsaan Malaysia, Safee Sali telah menandatangani kontrak bersama kelab di Liga Super Indonesia, Persib Bandung. Penyerang itu menegaskan keberangkatannya dari Selangor, kelab yang sudah lama beliau duduki selama 27 tahun menyatakan bahawa perlawanan terakhirnya untuk Selangor adalah pada 12 Februari ini.

"Semuanya akan jelas pada hari isnin ini ketika Selangor mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan masa depan saya. Saya telah mendapat persetujuan dari keluarga saya tentang kepergian saya ke kelab tersebut,"kata Safee.

Pengurus kelab Persib Bandung beberapa kali telah melawat pejabat Selangor FA sejak Safee menjaringkan lima gol untuk membantu Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki, Disember lalu.

Selangor telah bersetuju untuk melepaskan Safee dari kontraknya yang berakhir November ini dengan bayaran yang tidak didedahkan dengan pemain ditetapkan untuk berhijrah ke Bandung ketika separuh masa kedua musim Liga Super Indonesia 2010/2011 akan berlangsung pada 7 Mac ini.

Kelab Indonesia itu sudah pun memiliki dua penyerang asing iaitu Hilton Moreira, Brazil dan Pablo Frances, Argentina di dalam skuad mereka selain dua pemain dari skuad Singapura iaitu Shahril Ishak, pemain tengah dan Baihakki Khaizan, pertahanan.

"Di mana pasukan kebangsaan yang mengambil berat akan perkara ini, seharusnya tidak ada masalah tapi itu adalah masalah antara FAM dan kelab saya. Adapun percubaan ke Liga Jepun, saya percaya pada usia saya sekarang ini tidak masuk akal untuk pergi ke sana. Akan lebih baik untuk pemain muda mengambil tempat saya itu,"kata Safee.

Sementara itu, adalah diketahui bahawa dua pemain Malaysia yang lain seperti Norshahrul Idlan Talaha dan Khairul Fahmi Che Mat akan menghadiri ujian percubaan dengan kelab di Jepun nanti.

Sumber: Persekutuan Bolasepak ASEAN
Credit:http://www.malayatigerfootball.com/

Belalai Gajah

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…

Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?
Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi. (kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).
Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?
Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!
Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya), Isinya orang ya?
Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!
Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)
Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?
Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar. (sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

Credit:http://www.yynr.org/

Saturday, February 5, 2011

Rosyam Bengang Dengan Pengkritik

MALAM Pentas Pilih Kasih musim kedua minggu kelapan pada malam Sabtu lepas kecoh dengan komen hangat yang disifatkan agak melampau daripada pengkritik tetap program itu iaitu Prof. Madya Dr. Abu Hassan yang seakan-akan berada dalam dunianya sendiri.

Abu Hassan dilihat seringkali mengeluarkan komen-komen yang agak keras dan penuh puitis sehingga sukar untuk memahami apa yang cuba disampaikan olehnya seperti: "Kamu seperti tiang lampu yang hanya tahu melakukan tiga reaksi sahaja" atau "Anda seperti bot yang akan karam bila-bila masa sahaja."

Komen pedas daripada Abu Hassan itu dilihat kurang membina dan dikhuatiri akan menjatuhkan lagi semangat para artis Pilih Kasih yang masih mentah dan memerlukan bimbingan.

Paling terbaru, dia dilihat seringkali membandingkan antara peserta Pilih Kasih sebagai contohnya: "Jay, monolog awak ini jika diberikan kepada Raffamie Karama sudah pasti beliau dapat melakukannya dengan lebih baik."

Sebelum ini Abu Hassan juga pernah membandingkan Jay dengan Sofian Bujang, peserta Pilih Kasih dari musim pertama mengenai watak yang dibawakannya sebagai penagih dadah dalam teater pada minggu lalu.

Ini sedikit sebanyak telah menyebabkan Rosyam Nor bangun untuk menegur Abu Hassan pada malam Sabtu lalu atas komennya yang agak tidak diperlukan itu.

Wajah tidak puas hati jelas terpancar di wajah Rosyam Nor semasa menegur beliau menandakan tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat Abu Hassan itu.

Namun begitu setelah seketika, isu tersebut berjaya diselesaikan dan persembahan diteruskan pula dengan teater yang menghiburkan dari kesemua peserta Pilih Kasih yang berjudul, Dilema Hantu.

Menurut Rosyam, dia melihat komen Abu Hassan tersebut sebagai pembakar semangat para peserta Pilih Kasih musim kali ini, tetapi pada masa yang sama dia tidak mahu mereka sering diberikan komen yang terlalu pedas dan bersifat menghentam dan bukan membina, kerana dikhuatiri ia boleh menyebabkan bakat dan semangat mereka akan terpadam begitu sahaja.

Ada apa dengan Erma Fatima?

Masuk minggu ini sudah masuk enam minggu berturut-turut kerusi pengarah teater tidak diisi oleh Erma Fatima semasa Pentas Pilih Kasih sedang berlangsung.

Nampaknya ada yang tidak kena dengan pengarah terkenal itu. Dia dilihat lebih gemar bersendirian di tempat duduk lain berbanding duduk berdekatan dengan Rosyam Nor seperti yang telah ditetapkan sebelum ini.

Perkara ini merungsingkan banyak pihak yang memikirkan adakah kemungkinan Rosyam Nor dan Erma Fatima bertelagah?

Walau apapun diharapkan segala permasalahan dapat diselesaikan secepat mungkin kerana industri hiburan kita ini tidaklah sebesar mana dan kita pasti akan bertemu antara satu sama lain walau bagaimana cuba dielak sekalipun.

Masing-masing perlu memainkan peranan dan bertolak-ansur untuk memahami antara satu sama lain agar segala yang keruh dapat dijernihkan semula.

Minggu demi minggu kita tidak pernah lekang dengan kejutan yang ingin diberikan oleh Rosyam selaku penerbit Pilih Kasih.

Pada minggu kelapan ini, kejutannya ialah apabila berlaku penyingkiran dua peserta serentak - mengulangi penyingkiran serentak Leyla Krisya dan Afiq Meadin yang juga disingkirkan serentak pada minggu ketiga yang lalu.

'Mangsa' kali ini ialah Bil Azali dan Kris Cempaka. Bil dan Kris yang disenaraikan sebagai tiga peserta yang meraih undian paling rendah pada minggu kelapan bersama seorang lagi peserta iaitu Nur Jannah.

Bila dan Kris dilihat semakin menyinar melalui lakonan drama dan teater yang disampaikan setiap minggu, namun, ia nampaknya tidak memadai untuk memastikan mereka terus kekal berada dalam pertandingan ini apabila malam 29 Januari 2011 yang lalu menjadi tarikh terakhir mereka bersama Pilih Kasih.

"Jika diberikan pilihan, saya tidak mahu menyingkirkan mana-mana dari anda pada malam ini kerana ketiga-tiga anda adalah di antara yang terbaik," kata Rosyam Nor yang bagaimanapun masih mengekalkan Nur Jannah untuk terus berasa dalam Pilih Kasih.

Setelah dua lagi tersingkir, tinggal lapan sahaja lagi peserta Pilih Kasih yang akan berentap mempertaruhkan lakonan mereka untuk minggu ini.

Nampaknya Pilih Kasih musim kedua sudah hampir ke kemuncaknya. Tanggal 20 Februari depan yang hanya tinggal lebih kurang tiga minggu lagi.

Tarikh itu sudah pastinya dinanti-nantikan buat semua peminat Pilih Kasih untuk mengetahui siapa yang bakal menggondol gelaran pelakon pilihan Rosyam Nor untuk musim yang kedua ini, selepas Pilih Kasih musim pertama dimenangi oleh Iqbal Mazlan.

Credit:Kosmo

Suarez Buat Keputusan Hijrah Ke Anfield

LONDON - Luiz Suarez mendedahkan bahawa pengurus Liverpool, Kenny Dalglish me- rupakan faktor utama dia membuat keputu- san berhijrah ke Anfield.

Suarez, 23, yang juga penyerang antarabangsa Uruguay, dibawa masuk ke Anfield dengan yuran perpindahan bernilai £23 juta (RM113 juta) dari kelab Belanda, Ajax Amsterdam.

"Dia (Dalglish) merupakan individu yang kamu pasti akan hormati selepas berbicara dalam tempoh beberapa minit sahaja.

"Dia cuba bercakap bahasa Sepanyol dengan saya dan situasi itu sangat mengagum- kan saya.

"Dia merupakan legenda bagi Liverpool dan juga di bandar ini, namun bagi saya adalah penting kamu menilai seseorang itu selepas kamu bertemu dengannya.

"Saya dengan cepat dapat merasakan bahawa saya sangat sesuai jika berada di bawah kendalian Dalglish yang mana saya lebih semangat untuk beraksi dengan corak permainan yang diterapkan olehnya," jelas Suarez.

Penampilan pertama Suarez bersama Liverpool awal pagi kelmarin ternyata memberikan impak yang besar buat skuad The Reds.

Sekalipun masuk sebagai pemain gantian pada babak kedua perlawanan, Suarez masih mampu menjaringkan satu gol bagi membantu Liverpool menewaskan Stoke City 2-0 dalam saingan Liga Perdana England di Anfield.

"Semua orang pasti akan mengatakan bahawa ia seolah-olah mimpi menjadi kenyataan. Hanya beraksi beberapa minit di atas padang tetapi sudah boleh menjaringkan gol.

"Ditambah pula ia dilakukan di hadapan pe- nyokong Liverpool sendiri. Matlamat utama saya selepas ini adalah bagi membantu Liver- pool kembali bersaing dengan kelab-kelab lain," kata Suarez.

Jaringan yang dilakukan Suarez itu sekali gus mengubat kekecewaan yang dialami penyokong-penyokong skuad The Reds yang menyaksikan bintang kesayangan mereka, Fernando Torres telah berhijrah ke Chelsea.

Tatoo Kelima Miley Cyrus

Penyanyi dan pelakon terkenal, Miley Cyrus, 18, terus menimbulkan kontroversi apabila dia mencacah tubuhnya pada kulit di tulang rusuknya dengan tatu buat kali kelima, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Selepas memiliki empat tatu, Miley menambah satu lagi dengan imej empat bulu burung mewakili bilangan abang dan adiknya iaitu Brandi, 23, Trace, 21, Braison, 16, dan Noah, 11.

Miley sebelum ini mencacah gambar hati dan tatu pada jarinya selain di telinga kanannya.

Terdapat tatu Just Breathe pada satu lagi tulang rusuknya yang merupakan penghormatan kepada seorang rakan baiknya yang meninggal dunia akibat paru-paru berair semasa berusia sembilan tahun pada 2007.

"Setiap tatu Miley mempunyai maksud tersendiri kepadanya. Ia menjadi penghargaan buat keluarga dan rakan baiknya," jelas sumber yang merupakan rakan kepada selebriti itu.

Tatu terbaru Miley itu dibuat sebulan selepas bapanya, Bill Ray memfailkan penceraian dengan ibu penyanyi tersebut pada Oktober tahun lalu.

Bayi Tunjuk Isyarat Bagus Dalam Kandungan

Seorang ibu yang bimbang mengenai kesihatan bayi yang dikandungnya mendapati anaknya itu membuat isyarat bagus semasa perutnya diimbas di sebuah hospital di Kent, Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Ibu bayi itu, Donna Sayer, 29, dan seorang jururawat tergelak selepas mereka melihat bayi itu memberikan isyarat bagus semasa diimbas.

Menurut Donna yang merupakan seorang pengurus makanan dan minuman di Kelab Kriket Kent, bayi itu seolah-olah mahu memberitahu bahawa dirinya berada dalam keadaan baik.

Wanita itu berkata, pemeriksaan itu dibuat selepas jururawat berkenaan menyatakan bayi dalam kandungannya normal.

Namun, bagi mendapatkan kepastian mengenai bentuk bayi itu, satu pemeriksaan imbasan dibuat.

Donna dari Whitstable yang dijangka melahirkan anak dalam bulan Mei ini berkata, semua pihak berasa hairan apabila melihat gambar tersebut.

Credit:Kosmo