h

Warga 69

Sunday, April 29, 2012

Saintis China Hasilkan Biri - Biri Daripada Gen Cacing


Seekor biri-biri yang bernama Peng Peng cuba berdiri di sebuah ladang di Urumqi, Xinjiang pada 26 Mac lalu.

Sekumpulan saintis China mengklonkan seekor biri-biri modifikasi genetik bercirikan lemak 'baik' yang ditemui secara semula jadi dalam kacang, biji benih, ikan dan sayur-sayuran hijau.

Biri-biri berkenaan, Peng Peng yang mempunyai gen cacing bulat dilahirkan dengan berat 5.74 kilogram di sebuah makmal dalam wilayah Xinjiang, barat China pada 26 Mac lalu.

"Ia membesar dengan baik dan sihat seperti seekor biri-biri biasa," kata Ketua Saintis Institut Genom Beijing, Du Yutao di Shenzhen, selatan China.

Yutao dan beberapa saintis lain memasukkan gen yang memiliki ciri pengeluaran asid lemak politaktepu ke dalam sel penderma yang diambil daripada telinga seekor biri-biri Merino China.

Sel tersebut kemudian dimasukkan ke dalam sebiji telur yang belum disenyawakan dan dipindahkan ke dalam rahim seekor biri-biri tumpang.

"Gen berkenaan berasal daripada C. elegans (cacing bulat) yang didapati dapat meningkatkan kandungan asid lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan manusia," kata Yutao.

China perlu membekalkan makanan kepada rakyatnya.

Namun, hanya tujuh peratus daripada tanah subur di dunia terdapat di China.

Bagi membantu menyelesaikan masalah berkenaan, Beijing giat meningkatkan pengeluaran gandum, daging dan produk makanan lain untuk bekalan domestik sejak beberapa tahun lalu.

Tilam Mahal Yang Berharga RM 90,500 Seunit



Tilam Posturepedic Palatial Crest berjenama Sealy yang ditawarkan pada harga RM90,500 seunit yang diperkenalkan oleh Harvey Norman telah mencatat sejarah sebagai tilam termahal di negara ini.

Pengurus Jualan dan Pemasaran Sealy Asia (Malaysia) Sdn. Bhd., Derek Yeoh berkata, pihaknya menyasarkan jualan sebanyak 10 unit tilam mewah itu sepanjang Pesta Tilam Berjenama Antarabangsa Malaysia ke-8 yang diadakan di pusat beli-belah Ikano, Power Centre, Mutiara Damansara di sini yang berlangsung sehingga 6 Mei ini.

“Kami yakin untuk mencapai sasaran tersebut berdasarkan pencapaian dan reputasi Harvey Norman selaku syarikat kelengkapan perhiasan rumah antarabangsa yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian pesta berkenaan di sini semalam.

Friday, April 27, 2012

Review-Kumpulan Rap Terkenal Era 1993 Iaitu Kumpulan NICO




Kumpulan Nico merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini ditubuhkan pada 1993 dan menyampaikan lagu-lagu Melayu.

Ahli-ahli

Kumpulan Nico atau Network International Chicanos Organisation (NICO)dianggotai Abdul Fashah Abdul Aziz( Md Nico), Muzaffar Shah Baharin (Affa) dan Shah Rosli (Dino). Kumpulan itu hanya mampu merakamkan tiga album : Buatan Los Angeles (1993), Realiti (1995), Alamak! (1996).Kemudian pada 2003 kumpulan Nico kembali dan merakamkan album baru bertajuk Ops Kecoh.Hanya Md Nico saja yang tinggal untuk meneruskan perjuangan irama Rap dan G-Funk dianggotai bersama ahli baru iaitu E-zad sebanyak 12 buah lagu dipertaruhkan namun akibat kurang publibsiti kumpulan Nico kembali senyap dan terus hilang dari industri muzik Malaysia
Abdul Fashah Abdul Aziz atau Md Nico
Muzaffar Shah Baharin (Affa)
Shah Rosli (Dino).
E-zad(Ahli Baru)

Jom Baca Lagi

Thursday, April 26, 2012

3 Orang Malaun


Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko.... Aktiviti seharian depa ni menyebabkan tok imam tak senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dg niat nak tarbiyah depa ni.Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt. Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan.. Tanpa berlengah terus je Ali azan, "Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali..

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok, tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!” Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2..

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang
tok!!! He heee..."

Tok imam pun terkedu & terpana...

p/s : jgn lupa ambil wuduk sblm solat , hormati org lebih tua &
berpengalaman

Saturday, April 14, 2012

Anak Didalam Kandungan Isteri Norshahrul Idlan Talaha Hilang Diculik Bunian?

Norshahrul Idlan Talaha, pemain kebanggaan Kelantan dan juga Malaysia ini mengalami satu fenomena pelik apabila anak didalam kandungan isterinya dikatakan hilang.. Idlan Talaha membuat pengakuan itu di media dan perkara ini satu perkara yang pelik lebih-lebih lagi bila berlaku keatas orang yang agak terkenal.. Sebab perkara-perkara pelik jarang berlaku kat orang-orang terkenal ini…

Nurshahrul Idlan Talaha berkata, sebelum kejadian dia selalu bermimpi berjumpa anaknya dan melihat jelas muka anaknya itu.. Comel dan putih.. Apabila menceritakan perkara itu kepada isterinya, Isterinya mengadu sakit perut dan perutnya selalu sakit-sakit.. Sehinggalah sampai satu hari, apabila Norshahrul Idlan Talaha dan Isteri ingin membuat pemeriksaan doktor.. Doktor mengatakan yang bayi mereka telah tiada.

Kredit:Info Skuad Olimpik Malaysia(Football Team)

Kisah Kes Mat Komando

Mat Komando diburu 255 hari

Ketua Kumpulan 13 akhirnya tewas selepas mati ditembak dalam operasi subuh hari

Pondok di mana mat komando mati ditembak

KEHENINGAN subuh di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang, Kedah, pada12 September 2002, diganggu dengan dentuman berdas-das tembakan senjataapi.
Ketika itu jam menunjukkan sekitar 6.30 pagi, kebanyakan penghuni kampung yang terletak kira-kira 35 kilometer dari bandar raya Alor Star itu baru bangun untuk menunaikan solat subuh manakala pelajar bersiap untuk ke sekolah.

Penduduk tidak pun menyangka bahawa bunyi tembakan itu adalah daripada satu operasi besar dan penting polis yang dinamakan kod Ops Api Sawit 2sekali gus menandakan kejayaan menumpaskan ketua kumpulan penjenayah amat dikehendaki, Kumpulan 13, yang diketuai Mat Komando atau namase benarnya Ahmad Mohd Arshad.

Penduduk tidak menyangka Mat Komando, 37, yang ditumpaskan pagi itukerana tersebar khabar angin kononnya dia dipercayai berjaya menyusupkeluar dari negara ini pada waktu berkenaan.

Serbuan sepasukan 10 anggota polis yang turut disertai Unit TindakanKhas (UTK) pagi itu mengakhiri pemburuan pasukan keselamatan terhadap Mat Komando selama 255 hari.

Operasi tragis itu berlangsung kira-kira sebulan selepas isterinya,Faridah Mat Piah, 34, dan bapa mertuanya, Md Piah Che Nam, (72 tahun ketika itu), membuat rayuan menerusi temu bual dengan akhbar HarianMetro, supaya dia menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Beberapa jam selepas operasi itu tamat, Ketua Polis Negara ketika itu,Tan Sri Norian Mai, mengesahkan bahawa lelaki yang berbalas tembak dengan polis waktu itu adalah Mat Komando.

Pengumuman itu sekali gus mengakhiri pemburuan polis ke atas Mat Komando, yang dilancarkan sejak 1 Januari 2002 selepas tiga rakannya terbunuh ketika lari dari sekatan polis di Kuala Nerang sebelum itu.


Pihak anggota PGA dan SENOI PRAAQ yang menjalankan operasi memburu mat komando.
Kematian Mat Komando pada pagi itu berjaya menyelesaikan siasatan polis terhadap Kumpulan 13 yang turut dikaitkan dengan 52 kes samun bersenjata membabitkan wang tunai lebih RM2.5 juta, dua kes mencuri motosikal dan satu kes cubaan membunuh.


Jenazah Mat Komando dikebumikan setelah selesai disembahyangkan

Kumpulan 13 kerap terbabit dalam beberapa siri rompakan bank terpencil,selain rompakan terhadap pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Mereka dipercayai terbabit dalam 11 rompakan di Perak, lima di Kedah dan masing-masing dua kes di Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor.

Operasi pada pagi itu juga menyudahkan satu episod jenayah terancang dengan sembilan anggota Kumpulan 13 ditangkap manakala empat termasuk ketuanya, mati ketika berbalas tembak dengan polis.

Polis turut menemui sepucuk pistol jenis Colt .45 dan revolver .22;beberapa butir peluru hidup dan kelongsong serta wang tunai RM70 padabadan Mat Komando, pagi itu.

Ketika diburu selama lebih 200 hari, polis turut mengesan beberapa taktik penyamaran dilakukan oleh Mat Komando ketika dalam persembunyian untuk mengelak dikesan termasuk muncul berjanggut atau jambang ala Taliban serta botak licin (skin head).

Dalam beberapa serbuan polis sebelum itu, Mat Komando yang bertubuh tegap dan sasa berjaya melepaskan diri termasuk dalam Ops Api Sawit sebelum itu yang mengorbankan anggota kumpulannya termasuk abang ipar,Ismail Md Piah, di Bukit Selambau dan Jalan Gubir-Kuala Nerang pada 1Januari 2002.

Selepas kejadian itu, Mat Komando terus berjaya mengelak daripada dikesan polis.

Kali terakhir dia dikesan di Baling, Kedah, ketika cuba membunuh orang kanannya, Mohd Syukri Husin, 31, yang bersamanya melepaskan diri daripada kepungan polis di Gemas, Negeri Sembilan, pada 5 Ogos 2002.

Tindakan itu membuktikan Mat Komando amat berbahaya kerana selain bersenjata api ketika melakukan samun, dia tidak akan teragak-agakmelepaskan tembakan ke arah sasarannya, hatta cuba membunuh orang kanannya itu kerana dipercayai akan memberi banyak maklumat mengenai kegiatannya kepada polis jika dibiarkan hidup.

Dalam tempoh 255 hari itu, pelbagai andaian dan cerita mengenai ‘kehebatan' Mat Komando diperkatakan kerana dia berupaya meloloskan diri daripada kepungan polis termasuk anjing pengesan.

Mat Komando juga mungkin mempunyai kelebihan tertentu yang menyebabkan dia licik meloloskan diri, terutama ketika melarikan diri ke dalam hutan berbekalkan pengalaman dan kemahirannya sebagai anggota komando sebelum terjerumus ke kancah jenayah.

Antaranya termasuk Mat Komando memiliki ilmu kebal dan menguasai ‘ilmuselisih' yang membolehkannya meloloskan diri tanpa disedari poliswalaupun dikepung.

Mat Komando turut mencatat sejarah dalam fail jenayah polis apabiladi kategorikan sebagai penjenayah ‘berhati kering' apabila berani mendedahkan mukanya dalam kebanyakan kes rompakan tanpa memakai topeng.Taktik itu memang jarang diamalkan penjenayah kerana ia menyebabkan mereka mudah dikenali, sekali gus memudahkan polis menjejakinya.

Modus operandinya ialah sebelum melakukan kegiatan, Kumpulan 13 akanmerompak kereta terutama milik wanita dipercayai mudah untuk kenderaan itu dilarikan dan selepas misi mereka selesai ada di antara kenderaan itu dibakar bagi menghilangkan bukti.

Malah, ada yang mendakwa dia hanya boleh dibunuh ketika kedua-dua kakinya tidak berpijak di tanah.

Dalam banyak perjuangan, sama ada suci atau sebaliknya, perkara yangpaling sukar bagi pihak bertentangan ialah jika buruannya tidak takut mati.

Teori sama dikatakan menghantui tentera Amerika Syarikat ketika berperang dengan Taliban di Afghanistan kerana pejuang itu tidak takut mati dan rela gugur syahid dalam pertempuran.

Mat Komando juga dilaporkan pernah menzahirkan kepada rakan dan ahli keluarganya bahawa dia lebih rela mati daripada menyerah diri kepada polis walaupun dia tinggal berseorangan. Subuh 12 September 2002 adalah penyudah kepada episod itu apabila dia ditembak mati dalam serbuan itu.

INFO

Mat Komando

NAMA: Ahmad Mohd Arshad @ Mat Arshad
ALAMAT TERAKHIR DIKESAN: LLM 30 Kampung Selengkoh Tengah, Yan, Kedah tetapi dikatakan berasal dari Parit Panjang, Baling, Kedah.
GELARAN: Mat Komando, Mat Spring. Dilabel juga sebagai penjenayah paling ganas, kebal, licik ala Robin Hood.
KOD OPERASI: Ops Api Sawit dan Ops Api Sawit 2
GANAS: Mula sejak akhir 2001 dan mangsa pertama adalah pemborong kelapa sawit.
JENAYAH: Lebih 40 rompakan bersenjata membabitkan bank, pemborong kelapa sawit, pengurup wang, kedai pajak gadai dan individu. Juga dikatakan terbabit dengan cubaan membunuh dan dua kes curi motosikal.
KAWASAN KEGIATAN: Perak, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Johor
TUMPAS: 12 September 2002 dalam serbuan polis di Felcra Kampung Hujung Keton, Pendang, Kedah.

Credit:

Friday, April 13, 2012

Giliran Abby Abadi Pula Berhijrah







Kunjungan pelakon Abby Abadi ke Mekah untuk menunaikan umrah pada 15 hingga 26 Mac lalu telah melancarkan niat sucinya untuk bertudung.

Menurut laporan akhbar Berita Harian pada Rabu, pelakon berusia 34 tahun itu telah lama dipendam kerana enggan penghijrahannya itu dianggap sebagai mempersendakan agama sebelum ini.

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekaligus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,” katanya sambil menjelaskan karier seni tetap berjalan seperti biasa.

Bercakap mengenai pengalamannya menunaikan ibadat umrah buat kali pertama, Abby berkata dia bersyukur kerana segala urusan sepanjang berada di sana berjalan dengan lancar. Bahkan, Abby memberitahu dia ke sana kerana membawa hatinya yang lara.

“Namun, syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah kesihatan saya di sana sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi.

“Saya juga tidak terkilan sekalipun sebelum ke sana, tawaran berlakon datang mencanak. Hampir lima ke enam tawaran berlakon saya terima, tetapi terpaksa ditolak secara baik kerana pihak produksi tidak dapat menunggu tetapi saya tidak ralat kerana percaya rezeki tetapi ada,” katanya.

Abby juga berkata perpisahannya dengan pelakon Zul Ariffin juga barangkali menjadi faktor yang mempercepatkan agendanya ke sana.

“Saya ke sana pula bukan atas alasan membawa hati yang kecewa. Sebaliknya, sebagai umat Islam mengerjakan umrah menjadi tuntutan buat kita,” katanya.

Kredit - mStar

Gambar Jasmin Hamid Melecur Terkena Air Panas Tahun Lepas

Pelakon Jasmin Hamid dilaporkan mengalami kemalangan terkena air panas ketika di lokasi pengambaran drama Buaian Kasih di Kuang, Sungai Buloh. Akibatnya, kaki kanan dan kiri Jasmin Hamid melecur teruk.

Menurut Jasmin, kedua-dua kakinya itu melecur di bahagian peha (kanan) dan betis (kiri) dimana kejadian tersebut berlaku ketika dia sedang duduk berehat di tepi meja yang mempunyai sebaldi air panas bersama beberapa pelakon lain.

"Sebenarnya kami memang duduk di situ untuk berehat dan makan. Tiba-tiba air panas tersebut diletakkan di atas meja yang berdekatan dengan kami.

"Sudahlah meja tak stabil, tiba-tiba tong air panas tersebut terjatuh dan air panas itu terkena pada kami. Sayalah yang paling teruk sekali terkena.
Kesan lecuran di bahagian peha kaki kanan Jasmin.

Mujurlah budak kecil tiada ketika itu," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.

Tambah Jasmin, lecuran pada kedua-dua belah kakinya itu membuatkan dia terpaksa berulang-alik ke klinik untuk membersihkan luka tersebut.

Malah katanya, dia turut mengalami kesukaran untuk tidur kerana rasa tidak selesa dan sakit pada paha dan betis yang melecur itu.

"Bayangkan, doktor terpaksa menyiat kulit di bahagian lecuran itu keran takut jika ia menggelembung.

"Saya percaya kerana lecuran ini juga, ia akan meninggalkan kesan parut. Itu pun saya tak tahu bila kaki saya boleh pulih sepenuhnya.

"Saya risau, kerana masalah ini, penggambaran yang melibatkan babak saya itu

tertangguh dan pada masa yang sama tawaran-tawaran lakonan lain juga akan terganggu," ujarnya.

Dalam pada itu, Jasmin agak kecewa dengan kejadian tersebut kerana menganggap pihak produksi tersebut iaitu Summit Treasure Production leka dengan tugasan serta keselamatan ketika di set penggambaran.

"Mereka sepatutnya perlu berhati-hati. Sepanjang 20 tahun saya bekerja sebagai pelakon, inilah kali pertama insiden seperti ini berlaku terhadap saya dan harap kejadian ini menjadi pengajaran buat mereka serta produksi-produksi di luar sana," tegasnya.

Bagaimanapun, jasmin belum memikirkan untuk melakukan sebarang tindakan terhadap produksi tersebut.

Orang Paling Pandai Dalam Dunia

Siapakah orang yang terpandai yang pernah hidup? Jika pertanyaan ini dilontarkan, pikiran yang terlintas di kepala kebanyakan orang adalah Albert Eisntein, Leonardo Da Vinci, Thomas Alfa Edison, John Stuart Mills, Isaac Newton, Mozart, atau sederetan nama terkenal lainnya.

Tapi jawabannya bukan mereka. Orang yang paling pandai yang pernah hidup bernama William James Sidis. Seorang Jahudi Rusia yang beremigrasi ke Amerika. Jika orang normal memiliki IQ 90-110, Albert Eistein sebagai prototype jenius memiliki IQ 160, Sidis memiliki IQ yang ‘out of scale’. Diperkirakan IQ-nya berkisar 250-300. Mengapa namanya tenggelam dan kurang dikenal walau angka IQnya mencapai kisaran 250 – 300?

Menurut ibunya, Sidis mulai berbicara pada usia 4 bulan dan membaca Koran pada usia 18 bulan. Pada usia 8 tahun ia mengajari dirinya sendiri bahasa Latin, Yunani,, Rusia, Prancis, Jerman, Ibrani, Armenia dan Turki. Ia akhirnya dapat menguasai 40 bahasa dan kabarnya ia bisa belajar bahasa dalam satu hari. Pada usia tiga tahun sudah bisa mengetik Menulis empat buku diantara usia empat dan delapan tahun, dua diantaranya mengenai antomi dan astronomy. Ia menyelesaikan SD dalam 7 bulan, Sekolah Menengah 6 minggu dan lulus Kedokteran Harvard dan MIT pada waktu berusia 11 tahun. Semuanya dengan Cumlaude. Dia juga kuliah di Fakultas Hukum Harvard.



Keajaiban Sidis diawali ketika dia bisa makan sendiri dengan menggunakan sendok pada usia 8 bulan. Pada usia belum genap 2 tahun, Sidis sudah menjadikan New York Times sebagai teman sarapan paginya. Semenjak saat itu namanya menjadi langganan headline surat kabar : menulis beberapa buku sebelum berusia 8 tahun, diantaranya tentang anatomy dan astronomy. Pada usia 11 tahun Sidis diterima di Univ. Harvard sebagai murid termuda. Harvardpun kemudian terpesona dengan kejeniusannya ketika Sidis memberikan ceramah tentang Jasad Empat Dimensi di depan para professor matematika.

Lebih dasyat lagi : Sidis mengerti 200 jenis bahasa di dunia dan bisa menerjamahkannya dengan amat cepat dan mudah. Ia bisa mempelajari sebuah bahasa secara keseluruhan dalam sehari !!!! Keberhasilan William Sidis adalah keberhasilan sang Ayah, Boris Sidis yang seorang Psikolog handal berdarah Yahudi. Boris sendiri juga seorang lulusan Harvard, murid psikolog ternama William James (Demikian ia kemudian memberi nama pada anaknya) Boris memang menjadikan anaknya sebagai contoh untuk sebuah model pendidikan baru sekaligus menyerang sistem pendidikan konvensional yang dituduhnya telah menjadi biang keladi kejahatan, kriminalitas dan penyakit. Siapa yang sangka William Sidis kemudian meninggal pada usia yang tergolong muda, 46 tahun – sebuah saat dimana semestinya seorang ilmuwan berada dalam masa produktifnya. Sidis meninggal dalam keadaan menganggur, terasing dan amat miskin. Ironis.

Orang kemudian menilai bahwa kehidupan Sidis tidaklah bahagia. Popularitas dan kehebatannya pada bidang matematika membuatnya tersiksa. Beberapa tahun sebelum ia meninggal, Sidis memang sempat mengatakan kepada pers bahwa ia membenci matematika – sesuatu yang selama ini telah melambungkan namanya. Dalam kehidupan sosial, Sidis hanya sedikit memiliki teman. Bahkan ia juga sering diasingkan oleh rekan sekampus. Tidak juga pernah memiliki seorang pacar ataupun istri. Gelar sarjananya tidak pernah selesai, ditinggal begitu saja. Ia kemudian memutuskan hubungan dengan keluarganya, mengembara dalam kerahasiaan, bekerja dengan gaji seadanya, mengasingkan diri.

Ia berlari jauh dari kejayaan masa kecilnya yang sebenarnya adalah proyeksi sang ayah. Ia menyadarinya bahwa hidupnya adalah hasil pemolaan orang lain. Namun, kesadaran memang sering datang terlambat. Mengharukan memang usaha Sidis. Ada keinginan kuat untuk lari dari pengaruh sang Ayah, untuk menjadi diri sendiri. Walau untuk itu Sidis tidak kuasa.

Pers dan publik terlanjur menjadikan Sidis sebagai sebuah berita. Kemanapun Sidis bersembunyi, pers pasti bisa mencium. Sidis tidak bisa melepaskan pengaruh sang ayah begitu saja. Sudah terlanjur tertanam sebagai sebuah bom waktu, yang kemudian meledakkan dirinya sendiri.

Sayangnya William Sidis meninggal pada usia 46 tahun karena stroke dan sejarah hampir tidak mencatat apa-apa tentang dia. Ia tidak punya peninggalan seperti jenius lainnya. Ia tidak memiliki apa-apa yang bisa disumbangkan bagi peradaban manusia padahal ia lahir di abad ke 20. Hidup dan potensinya sia-sia karena tidak ada keinginan untuk menyumbangkan sesuatu bagi kepentingan dunia.

Kepandaian tidak menentukan kontribusi dan pengaruh yang kita berikan bagi sesama. Dampak bagi umat manusia hanya datang dari keinginan atau desire untuk melakukan dan mengembangkan dan potensi yang kita miliki. Itulah yang menentukan tingginya puncak hidup seseorang.



Kebanyakan kita tidak dilahirkan sebagai orang jenius, namun kita adalah makhluk yang diciptakan sesuai dengan image Tuhan. Kepada kita telah diberikan kemampuan yang unik oleh Sang Pencipta. Tujuan Tuhan agar manusia bisa memuliakanNya dan menjadi penguasa atas ciptaanNya yang lain. Jangan sia-siakan potensi yang Tuhan sudah investasikan dalam hidup kita. Temukan dan kembangkan.


SOURCE
http://en.wikipedia.org/wiki/William_James_Sidis
http://www.sidis.net/Sperling.htm
http://www.sidis.net/BioWilliamJamesSidis.htm
http://www.astrotheme.com/celestar/p...8W8Rs7p&info=1

CaRa nAk rEmOvE TiMeLiNe Fb KePaDa fB LaMa



Thursday, April 12, 2012

Langkah-Langkah Anda Perlu Lakukan Ketika Berlaku Tsunami


Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Ia berikutan gempa bumi kuat magnitud 8.9 melanda perairan utara Sumatra petang ini, menurut jabatan kajian geologi Amerika Syarikat (USGS),

Pusat gempa bumi pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur.

Kesan gempa bumi itu dirasai di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Alor Setar, menurut pengguna laman sosial Facebook danTwitter.

SEKIRANYA tsunami dijangka tiba, ia akan melanda Georgetown pada jam 9.11pm dan Port Dickson 2.10am.

Ada beberapa panduan jika anda berhadapan dengan tsunami.

Maklumat ini mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dan orang lain.

Jika anda mendengar amaran kehadiran tsunami maka, pindahkan keluarga anda ke zon yang lebih jauh.

Bergerak dengan teratur, tenang dan cara yang selamat.

Patuhi arahan pihak berkuasa dan pemantau kecemasan.

Jika anda di pantai atau berhampiran laut dan terasa bumi bergegar, maka segera ke kawasan lebih tinggi tanpa perlu menunggu amaran kehadiran tsunami.

Jauhi, pantai, tepi laut, sungai dan saliran yang bercantum ke laut.

Lazimnya kita masih boleh bertindak sebelum tsunami sampai ke pantai.

Anda juga dilarang pergi ke pantai untuk menyaksikan tsunami.

Selain itu, bangunan tinggi dan hotel turut dibina di kawasan rendah di sepanjang pantai.

Justeru, jika berlaku tsunami, naik ke tingkat atas bangunan berkenaan.

Jangan sekali-kali berada dalam rumah atau bangunan kecil bila ada amaran kemunculan tsunami.

Jika ada dalam bot, jangan sekali-kali balik ke pangkalan. Kehadiran tsunami mampu mengakibatkan kemusnahan serius di pelabuhan dan pangkalan.

Hubungi pihak berkuasa pangkalan atau pelabuhan bagi mengetahui keadaan sebelum anda bercadang pulang ke sana. (Mynew)

Video Terkini Tsunami Indonesia 2012




Tempat Taman Permainan Paling Brutal Dan Mengerikan

Tidak dapat dinafikan lagi,gambar-gambar di bawah ini memanglah taman permainan yang sangat-sangat brutal tidak langsung sesuai unutk kanak-kanak.Kita boleh lihat begitu seram dan suasana yang menakutkan sekali jika kanak-kanak dibiarkan bermain di taman permainan ini.Sebaiknya tempat sebegini selalunya akan dijadikan'port' untuk penagih dadah, jadi taman permainan sebegini haruslah dirombakan jadi seperti taman permainan biasa.







Jom Baca Lagi

Perubahan Menjadi Perempuan

dari seorang lelaki menjadi perempuan....

Wednesday, April 11, 2012

Hukum Bayar Hutang Guna Duit Nombor Ekor

Hukum nak bayar hutang guna hasil menang No Ekor ini boleh atau tidak ?,

Soalan: boleh ke terima duit org yg hutang kita hasil dia menang no ekor.. org tu hutang kita, dia bayar balek kat kita.. ketika itu kita memerlukan duit sgt.. adakah haram menerimanya??

Mari kita lihat penjelasanUstaz Azhar Idrus 'tak bolih terima melainkan tiada duit lain dan kita dalam keadaan darurat'.



Tuesday, April 10, 2012

Penyanyi Veteran Singapura Ismail Haron Meninggal Dunia


Penyanyi veteran Singapura, Ismail Haron meninggal dunia, semalam. Penyanyi popular mendapat jolokan Tom Jones Singapura itu meninggal dalam tidur kira-kira jam 2 petang di rumah kakaknya di Jurong West, Singapura. Beliau berusia 65 tahun dan masih bujang.

Beliau popular era 70-an menerusi paduan duet bersama diva Anita Sarawak menerusi lagu Menunggu Nasi Minyak dan Kesah Dol dan Minah. Menurut pengurusnya, Maria Sata, beliau terkejut menerima panggilan daripada kakaknya, Halimah Haron dimaklumkan Ismail meninggal dunia. Bagaimanapun belum ada pengesahan sebarang implikasi penyakit daripada doktor.“Beliau memang kurang sihat dan demam sejak dua tiga hari lalu. Sepanjang saya tahu, beliau tidak pernah menghidap apa-apa penyakit. Pemergian beliau satu kehilangan besar kepada seni suara tempatan di Singapura dan Malaysia. Saya menghormati beliau kerana berpendirian tegas dan serius mempersiapkan diri sekiranya mendapat undangan persembahan di mana-mana saja. “Beliau bukan jenis suka membaca lirik di depan mata atau ‘standboard’ sebaliknya lebih suka mempersiapkan diri menghafal lagu sebaik mungkin. Malah, beliau akan membuat persiapan seminggu sebelum menyanyi untuk memastikan persembahannya ‘tip-top’. Semoga roh arwah dicucuri rahmat,” kata Maria sewaktu dihubungi di Singapura yang bertindak sebagai pengurusnya sejak 2008.
Antara rakan dan sahabat menziarahi beliau semalam adalah rakan seangkatan seni suara seperti Rahimah Rahim, Aziz Ahmad dan Mahani Mohamad.Upacara pengebumian akan disempurnakan di tanah perkuburan Islam Pusara Abadi 2, Jalan Bahar, Singapura, jam 10 pagi ini. Maria berkata, Allahyarham yang berusia 66 tahun tidak pernah berkahwin dan tinggal bersama adik beradiknya sejak pulang dari Brisbane, Australia pada tahun 2003 selepas 28 tahun berada di negara itu. Beliau merupakan anak keempat daripada 12 beradik.
Ismail dilahirkan di Killiney Road, Singapura pada 13 Mei 1946. Beliau pernah menganggotai kumpulan Valiants yang bertukar nama sebagai The Guys dan merakam empat lagu dalam bahasa Inggeris.

Kredit:My Metro Online

Monday, April 9, 2012

Kenali Geng Al Maunah


Peristiwa Bukit Jenalik, Sauk, Perak pada 5 July , 2000 merupakan detik hitam dalam sejarah Malaysia. Dalam buku setebal 337 mukasurat bertajuk Maunah- Kebenaran Yang Sebenar ditulis oleh Zabidi Mohamed juga seorang peguam adalah bekas Al-Arqam yang juga penulis buku Arkam Tersungkur Di Pintu Syurga.

Buku ini sangat menarik kerana terperinci menceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Ia harus dibaca oleh mereka yang ingin mengetahui cerita yang terperinci tentang Al-Maunah dan peristiwa di bukit Jenalik. Operasi Polis dan tentera juga diceritakan. Bagaimana pada masa itu Inspektor Razak dari Unit Gas Pemedih Mata, Pasukan Gerak Khas (Komando) Polis di Raja Malaysia dari Ulu Kinta, Perak, VAT 69 adalah orang yang pertama berbincang dengan anggota Al-Maunah iaitu Zahit Muslim yang juga bekas anggota VAT69 sebelum bersara dari pasukan tersebut. Ceritanya begitu terperinci sehingga kita dapat merasa kita berada di situ pada ketika itu. Operasi pasukan sniper Tentera yang dikenali sebagai Yankee Squadron yang telah membuat "outer-cordon" diluar kawasan bukit Jenalik juga ada diceritakan terperinci. Kekuatan tentera pada masa itu adalah 2 batalion. Misi utama mereka adalah mengepung, menawan dan mengambil senjata. Buku ini menceritakan juga kisah sebenar selepas mereka ditangkap. Pengakuan oleh mereka terlibat. Kisah ini adalah benar kerana penulis sendiri adalah peguam kepada mereka.

Cerita dalam buku ini dapat memberi kefahaman kepada saya. Kenapa mereka boleh melakukan perkara tersebut? Kesimpulan yang boleh saya buat adalah apa yang berlaku adalah kerana ketaksupan yang melampau kepada pemimpin mereka Mohamed Amin Mohamed Razali, iaitu Presiden Persatuan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah.

Penulis menyatakan tiga tanda atau ciri-ciri orang taksub.

Pertama: Orang yang taksub tidak mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.

Kedua: Jahil tentang agama.

Ketiga: Tidak mahu menerima pandangan orang lain atau orang luar dari kumpulan mereka.

Kesan dari memiliki ketiga-tiga tanda dan ciri orang taksub biasa memiliki akhlak yang kasar dan terlalu extreme.


"Prinsip rahsia dalam rashia". Prinsip ini telah memerangkap mereka sehingga mereka tidak berani mempersoalkan apa yang di buat oleh guru mereka Amin. Mereka telah ditanam dalam kepala mereka semua yang dibuat oleh guru mereka ada hikmah yang akan diterangnya kemudian. Pada mulanya mereka diberitahu oleh Amin hanya bertujuan untuk mengikuti latihan Persilatan peringkat tertinggi di Bukit Jenalik. Mereka tertipu kelicikan Amin kerana beliau menyatakan mereka akan dilatih oleh tentera. Mereka ditipu oleh Amin menyatakan mereka dikehendaki mengambil senjata di kem Tentera (kem Pos 2, Kuala Rui, Lebuh Raya Timur Barat, Grik , Perak). Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mencuri senjata di kem Tentera. Suatu yang mustahil yang boleh dilakukan. Menurut Penulis kumpulan Al-maunah ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu mereka yang tertipu dan mereka yang masih menanggap mereka benar. Kisah di ceritakan selepas pada Januari 2002, penulis sendiri telah berjumpa dengan 2 orang yang telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. Pada tanggapan penulis telah membuat pengakuan yang mengejutkan berbunyi;

"Kami buat tu semua atas nama Jihad. Yang kami salah cuma dari segi Undang-undang. Dari segi perlembagaan negara. Tapi dari segi agama apa yan kami buat itu betul. Memangpun dituntut agama" mereka menyatakan dengan nada yang sombong dan sinis.

Penulis dapat membuat pernilaian dari bahasa badan dan percakapan mereka berdua langsung tidak menampakkan rasa berdosa dan mereka merasa Allah menyebelahi mereka. Arah pemikiran yang mereka anuti bukan datang dari aliran pemikiran Islam yang sebenar. Fahaman mereka berceleru. Akidah Ahli Sunah Wal jamaah tetapi sebenarnya berkiblatkan Wahabiah. Fahaman politik Wahabiah pimpinan Sheikh Abdul Wahab. Penganut fahaman ini dengan bantuan ajen British, Lawrwnce of Arabia telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniah secara kekerasan. Ini sama sekali bertentangan dengan Imam Al Ghazali adalah berdosa menjatuhkan kerajaan kalau sekalipun pemimpin dan pemerintahnya fasik. Ini adalah kerana tindakan secara kekerasan akan membawa kerosakan yang lebih besar. Ini adalah sebab kenapa sepajang sejarah perjuangan Ahli Sunnah Wal jamaah tidak pernah pemerintah dijatuhkan secara revolusi atau kekerasan. Amin telah merujuk kepada surah Al-Baqarah :190
dengan tafsiran yang sempit dan melampau dengan kejahilannya. Amin membuat penafsiran mengikut cara fahaman Qadariah yang mentafir Al-Quran mengikut hawa nafsu mereka. Jika ilmu cetek tidak dapat membezakan yang mana benar yang mana salah.

Kisah dalam buku ini boleh memberi kita pengajaran bahawa kita hendaklah patuh dan taat kepada undang-undang negara. Negara kita ada pemerintah. Kalau nak tukar pemerintah kena melalui saluran yang betul iaitu pilihanraya.













Gambar FRU Dipukul Di Stadium Negeri, Kuching Semalam


SEORANG anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa dikejarkan ke hospital akibat parah dibelasah dua orang penyokong fanatik pasukan bola sepak Sarawak di Stadium Negeri, Kuching, malam tadi.

Dalam kejadian berkenaan, dua orang anggota FRU cuba meleraikan pergaduhan antara penyokong Sarawak dan Kelantan namun berakhir dengan keadaan ngeri apabila dua penyokong itu bertindak ganas dengan menumbuk salah seorang anggota FRU bertubi-tubi sehingga pengsan. Salah seorang penyerang dengan gaya rambut Mohawk bagaimanapun turut sama campur tangan dengan cuba menghalang seorang anggota FRU lain dalam memberi bantuan kepada rakannya yang sudah tidak sedarkan diri itu.

Kekecohan mula berlaku apabila sekumpulan penyokong kedua pasukan bola sepak Sarawak dan Kelantan itu saling mencemuh antara satu sama lain sebelum pergaduhan mula tercetus.
Kira-kira 30 anggota dikejarkan ke kawasan tempat duduk penonton dalam cubaan meleraikan pergaduhan yang mungkin akan berakhir lebih teruk.
Bagaimanapun dua orang penyerang itu berjaya melepaskan diri dan dipercayai berjaya ditangkap kira-kira 15 minit kemudian pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, kelekaan benteng pada lewat permainan menyebabkan kemenangan yang berada hampir dalam genggaman terlepas apabila Sarawak terpaksa berkongsi mata selepas seri 1-1 menentang Kelantan, malam tadi. 

Beraksi di depan 20,000 penyokong, skuad Bujang Senang sudah mendahului seawal minit ke-12 apabila sepakan percuma ketua pasukan, Guy Bwele melencong masuk menerjah pintu gol pelawat yang dikawal Mohd Shahrizan Ismail.
Bagaimanapun, Kelantan yang beraksi longlai separuh masa pertama bangkit menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan tetapi usaha mereka gagal sehinggalah pada minit ke-85 apabila Norfarhan Mohamad melepaskan rembatan padu untuk gol penyamaan.
Tuan rumah sepatutnya meraikan kemenangan pada minit ke-90, tetapi pemain import baru mereka yang pernah beraksi bersama kelab German, VfL Bochum dan Liga Greek, Panathinaikos, Joel Epalle gagal menampan bola ke dalam gawang.
Kedudukan itu bagaimanapun menyaksikan Kelantan kekal di tempat kedua, manakala Bujang Senang kekal di pertengahan liga.

          http://www.bharian.com.my/

Sunday, April 8, 2012

Senarai Nama Dan Kategori Antara Yang Dicolankan Dalam ABPBH


Penyanyi lelaki:
1 – Faizal Tahir
2 – Anuar Zain
3 – Aizat
4 – Hafiz
5 – Black

Penyanyi wanita:
1 – Najwa Latif
2 – Yuna
3 – Stacy
4 – Alyah
5 – Shila Amzah

Artis duo/berkumpulan:
1 – 6ixth Sense
2 – Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
3 – Meet Uncle Hussain/Hazama
4 – Bunkface
5 – Forteen

Artis baru lelaki:
1 – Johan Ariff As’ari
2 – Hazama
3 – Awi Rafael
4 – Aeril Zafrel
5 – Beto Khusyairi

Artis baru wanita:
1 – Tasha Shilla
2 – Najwa Latif
3 – Neelofa
4 – Nur Fathia
5 – Izara Aishah

Pelakon filem lelaki:
1 – Aaron Aziz
2 – Shaheizy Sam
3 – Adi Putra
4 – Syamsul Yusof
5 – Bront Palarae

Pelakon filem wanita:
1 – Lisa Surihani
2 – Maya Karin
3 – Diana Danielle
4 – Yana Samsudin
5 – Eja

Pelakon TV lelaki:
1 – Aaron Aziz
2 – Adi Putra
3 – Remy Ishak
4 – Fizz Fairuz
5 – Fauzi Nawawi

Pelakon TV Wanita:
1 – Fasha Sandha
2 – Tiz Zaqyah
3 – Scha Alyahya
4 – Nora Danish
5 – Rozita Che Wan

Artis komedi lelaki:
1 – Zizan Razak
2 – Johan
3 – Nabil
4 – Along Cham
5 – Afdlin Shauki

Artis komedi wanita:
1 – Noorkhiriah
2 – Sharifah Shahira
3 – Didie Alias
4 – Kenchana Dewi
5 – Alliza Abdullah @ Enot

Pengacara TV lelaki:
1 – Aznil Nawawi
2 – Faizal Ismail
3 – Ally Iskandar
4 – Awal Ashaari
5 – Zizan Razak

Pengacara TV wanita:
1 – Fara Fauzana
2 – Cheryl Samad
3 – Sharifah Shahira
4 – Raja Azura
5 – Nurul Syuhada

Penyampai radio lelaki:
1 – Faizal Ismail
2 – Aznil Nawawi
3 – AG
4 – Halim Othman
5 – Khairil Rashid @ Krill

Penyampai radio wanita
1 – Fara Fauzana
2 – Linda Onn
3 – Raja Azura
4 – Abby Fana
5 – Sharifah Shahira


Awek Cun Kantoi


Kantoi!!! Apakah objek yang sedang dikepit di celah paha Awek nie?

Friday, April 6, 2012

Dihukum Penjara 56 Hari Akibat Mengejek Fabrice Muamba Di Account Twitter

Pemain tengah Bolton, Fabrice Muamba pengsan ketika perlawanan menentang pasukan Tottenham dalam pusingan kelima persaingan Piala FA, 17 Mac 2012 , insiden yang mengejutkan banyak pihak khususnya peminatnya. Dia dibawa keluar dari padang dengan alat sokongan pernafasan, dan diiringi beberapa anggota paramedik dan staf perubatan Bolton. Sejurus selepas dia meninggalkan kawasan padang, pengadil Howard Webb memutuskan untuk menangguhkan perlawanan.
Disebalik kejadian itu Liam Stacey, 21 mengunakan account Twitter untuk mengutuk Fabrice Muamba akibat begitu lantang bersuara ,Pelajar Sarjana Muda Biologi tahun ketiga Universiti Swansea, dihukum penjara 56 hari oleh Mahkamah Majistret Swansea kerana mengejek pemain bola sepak Bolton, Fabrice Muamba di account Twitter-nye ketika Muamba rebah di atas padang semasa perlawanan menentang Tottenham di White Hart Lane baru-baru ini